Sejak beberapa hari lepas Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang membolehkan orang ramai hanya duduk di rumah bagi mengelak jaringan penyebaran virus koronavirus COVID-19 ini.
Namun masih ada sesetengah pihak yang tidak ambil endah larangan ini. Masih ada yang keluar lepak minum atau makan di kedai tanpa ada rasa bersalah.
Ada juga yang marahkan pihak berkuasa Polis yang menjalankan kerja pemantauan ini. Masing-masing mengambil sikap ‘selfish’ dan tidak ambil kisah dengan larangan dikeluarkan.
Sumber Foto: Google
Rentetan itu, hari ini kerajaan memutuskan melalui Kementerian Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membantu polis mulai Ahad ini bagi memantau keadaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini.
Dalam laporan dalam Sinar Harian Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, usaha itu dilakukan untuk mengurangkan pergerakan rakyat, namun ia bukanlah satu perintah darurat.
Ads
“Kita berharap rakyat terus patuh arahan tentera. Dari laporan pihak polis, jelas nampak ada peningkatan dari segi pematuhan rakyat. Kita ucap terima kasih kepada rakyat.
“Bagaimanapun, masih terdapat insiden ramai tidak mempedulikan arahan pihak kerajaan dan arahan polis. Pada peringkat awal ini, kita hanya nasihat dan tindakan berhemah dilakukan,” katanya sebentar tadi.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Sumber Foto: Umno Online
Sementara itu rata-rata warganet bersetuju dengan keputusan yang diambil ini bagi mengekang penyebaran virus merbahaya ini.
Ads
Joe BikeTerbaik. Satu tindakan yg amat baik demi kepentingan bersama. Dan mohon PDRM dan ATM ambil tindakan tegas dlm penguatkuasaan ini.
Mohd Fawzy Md Saidinilah cara yg terbaik. masyarakat dh tk heran dgn penguatkuasa polis, polis dibuat spt kwn kwn je…lngsung tdk peduli dgn arahan polis. inilah sebaiknya, tentera lebih tegas
Ads
Kekanda YanaAlhamdulilah..bagi kesedaran sikit pada yg berdegil sangat tu
Badrul Hisham Bin MansorAlhamdulillah …moga ini yg terbaikbuat semua… hargailah nyawa kalian juga insan yg tersayang
Nur DiyanaApa yang terbaik kami akan sokong..demi keselamatan kami semua..terima kasih kerana telah buat yg terbaik untuk kami rakyat Malaysia..pd tak masih x sedar lagi tolong lah kerajaan untuk memutuskan rangkaian Covid19 ni..
Sumber Foto: Google
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kepada Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali.
Tragedi menyayat hati melibatkan seorang ibu dan lapan anak-anak yang masih kecil maut dirempuh sebuah lori trelar di melibatkan empat kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam dalam kejadian hujan lebat malam tadi cukup meruntun jiwa rakyat Malaysia.
Ini kerana kesemua sembilan ahli keluarga ini maut dirempuh lori terbabit selepas kenderaan mereka rosak di tepi lebuhraya berkenaan termasuk seorang individu lain turut menjadi mangsa kejadian.
Dalam pada itu, seorang pengguna lebuhraya berkenaan yang dikenali sebagai Syed Mohamad Al Syahab yang melalui lebuhraya berkenaan sejurus selepas kemalangan ngeri itu berlaku berkongsi bagaimana menggigil tubuhnya menyaksikan banyak mayat terperesuk di bawah trelar berkenaan.
Kemalangan maut ini meragut nyawa 9 beranak sekaligus dan cukup menyayat hatiBomba menggunakan peralatan khas memotong kenderaan kerana kesemua mangsa terperangkap di bawah treler ini
Ini antara perkongsiannya.
Isteri bersama tujuh orang anak meninggal dalam kereta. Kalau kereta rosak, jangan duduk dalam kereta, bahaya. Kongsinya.
Jelas Syed Mohamad, kebetulan malam semalam dia melalui kawasan tragedi. Kemalangan baru berlaku dalam pukul 11.30 malam tadi. Kereta dirempuh lori pasir DI LALUAN KECEMASAN.
“Saya pun berhenti turun nak bantu. Nampak satu orang dah meninggal di bahu jalan. Lepas tu ada perempuan atas jalan, cedera ringan. Abang pergi dekat lori besar nie nampak ada kereta kat bawah dia. Abang tak nampak orang dalam kereta dah hancur. Datang seorang abang ini menangis.
“Abang, tolong abang. Anak dengan isteri 7 orang ada ada bawah kereta ini bang,” katanya.
“Langsung lembik lutut saya dengar. Saya peluk abang tu, saya cakap sabar bang, sabar bang. Sedih sangat-sangat. Saya pujuk abang tu dan perlahan-lahan minta dia duduk tepi. Tenang dan berselawat.
“Namun dirinya tetap bersedih. Dia asyik ulang-ulang cakap anak dan isteri saya abang. Anak dan isteri saya. Jujurnya saya memang tak kuat dah. Saya tanya budak-budak lain yang ada di sekeliling tu, kata mereka dah panggil ambulan, polis dan bomba dah,” kata Syed Mohamad yang terus menambah, selepas dirinya menutup satu dari jenazah yang berada di tepi pembahagian jalan itu, dirinya terus menuju kereta kerana tidak kuat menyaksikan peristiwa amat sedih ini.
“Perasaan saya ketika itu sedih campur marah. Bercampur baur sangat-sangat. Semoga Allah beri kekuatan buat abang yang diuji itu. Sungguh berat ujian di hadapinya.
Tambahnya lagi, pemandu trelar berkenaan ada membawa dua orang anak dan isteri dalam kenderaannya. Malah dia sendiri takut dengan kejadian yang baru menimpa itu.
“Saya suruh dia ambil anak-anaknya duduk di tepi jalan. Entahlah, rasa geram pun ada. Difahamkan ada seorang makenik yang meninggal dari dua orang yang datang baiki kenderaan rosak tu. Meninggal ketika membuat kerja kebajikan, insya Allah khusnul khotimah.
Ini antara kenderaan terlibat dan remuk selepas dirempuh treler berkenaanKemalangan ngeri ini melibatkan empat kenderaan lain di saat dalam keadaan negara dilanda hujan semalam semalamSebahagian kenderaan yang rosak
Semoga Allah tempatkan roh mereka di kalangan orang-orang beriman,” katanya yang mengakui kali ini kakinya lembik menyaksikan kemalangan ngeri ini. Pertamanya satu keluarga dengan anak-anak yang masih kecil meninggal dunia. Habis semuanya dalam sekelip mata.
Tulisnya lagi, jangan lupakan doa berangkat memulakan perjalanan. Mudah-mudahan Allah lindung kita semua. Aamiin humma aamiin.
Dalam pada itu, memetik laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kemalangan membabitkan dua Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler.
Beliau berkata, sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 11.42 malam untuk operasi menyelamat.
“Nahas membabitkan 17 mangsa, yang mana 10 daripadanya disahkan meninggal dunia.
“Mangsa yang maut adalah seorang lelaki dan seorang wanita, manakala lapan lagi membabitkan lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.
“Sebuah kren digunakan untuk mengangkat treler terbabit. Semua mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis. Bagaimanapun, 10 mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.
Menurut Norazam, operasi ditamatkan pada 2.40 pagi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Mana-mana wanita, pasti mereka bercita-cita untuk menjadi isteri solehah yang menjadi penyejuk hati dan mata bagi si suami. Kedudukan suami bagi seorang isteri itu begitu tinggi sehingga Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang sujud kepada seseorang manusia, nescaya aku akan suruh perempuan sujud kepada suaminya.” (HR. Imam Tirmizi)
Hadis Nabi Muhammad SAW sendiri menyebut yang bermaksud, “Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita (isteri) solehah.” (HR. Muslim)
Berikut perkongsian Abby Abadi tentang eksklusifnya seorang suami kepada isteri.
S U A M I kita Hak exclusif kita Itu mahalnya bila dah sah Segalanya H A L A L ? Jangan bagi perempuan lain pegang suami kita Jangan bagi suami peluk perempuan lain Jangan bagi suami dukung perempuan lain Jangan bagi perempuan lain Pakaikan baju, makeup suami kita Jangan jangan jangan Itu ‘mengundang namanya ?
Walaupun sekadar lakonan Atau sewaktu persembahan nyanyian Atau waktu bekerja Dipejabat outstation & sebagainya Syaiton tetap sukaaaaaa Nampak mcm2 takde pape Tapi sebenarnya sebesar2 maksiat Yg buat ALLAH murka Beringat sentiasa ☺️
Bila sebut kaki sembang, perkataan ini amat popular di kalangan rakyat Malaysia. Ramai yang suka “bersembang”, ia sama ada untuk bertukar-tukar cerita, berbual kosong dan tentunya paling banyak bersembang adalah orang-orang politik kerana mahu menjaga kebajikan rakyat.
Namun jenis “sembang” ini terdiri dari tiga kategori yang mana ia sebenarnya amat dibenci oleh Rasulullah SAW.
Berikut ada tiga jenis kaki sembang yang Rasulullah SAW paling benci.
1. "Thartharun", iaitu golongan yang sembang kencang atau cakap berjela-jela yang tidak berfaedah. Mereka ini biasanya suka mencelah percakapan orang lain dan gemar menguasai perbualan tanpa memberi ruang kepada orang lain bercakap. . 2. "Mutasyaddiqun", iaitu golongan yang suka bercakap dengan gaya yang merendahkan atau meremehkan orang lain. . 3. "Mutafayhiqun", iaitu golongan yang bila bercakap, suka cerita tentang dirinya sahaja untuk tonjolkan dirinya lebih dari orang lain. . Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: . أَبغَضَكُمْ إِليَّ وَأبْعَدَكُمْ مِنيمَجْلساً يَومَ القِيامةِ: الثَّرْثَارونَ، والـمُتَشَدِّقُونَ، وَالـمُتَفَيْهِقُون . “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya daripadaku pada hari Kiamat ialah orang yang paling lebat sembangnya, orang yang suka memperolok orang lain dan orang yang sombong bicaranya.” [riwayat al-Tirmidzi].
Sumber: Pondok Habib .
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?