Sejak beberapa hari lepas Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang membolehkan orang ramai hanya duduk di rumah bagi mengelak jaringan penyebaran virus koronavirus COVID-19 ini.
Namun masih ada sesetengah pihak yang tidak ambil endah larangan ini. Masih ada yang keluar lepak minum atau makan di kedai tanpa ada rasa bersalah.
Ada juga yang marahkan pihak berkuasa Polis yang menjalankan kerja pemantauan ini. Masing-masing mengambil sikap ‘selfish’ dan tidak ambil kisah dengan larangan dikeluarkan.
Rentetan itu, hari ini kerajaan memutuskan melalui Kementerian Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membantu polis mulai Ahad ini bagi memantau keadaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini.
Dalam laporan dalam Sinar Harian Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, usaha itu dilakukan untuk mengurangkan pergerakan rakyat, namun ia bukanlah satu perintah darurat.
“Kita berharap rakyat terus patuh arahan tentera. Dari laporan pihak polis, jelas nampak ada peningkatan dari segi pematuhan rakyat. Kita ucap terima kasih kepada rakyat.
“Bagaimanapun, masih terdapat insiden ramai tidak mempedulikan arahan pihak kerajaan dan arahan polis. Pada peringkat awal ini, kita hanya nasihat dan tindakan berhemah dilakukan,” katanya sebentar tadi.
Sementara itu rata-rata warganet bersetuju dengan keputusan yang diambil ini bagi mengekang penyebaran virus merbahaya ini.
Joe Bike Terbaik. Satu tindakan yg amat baik demi kepentingan bersama. Dan mohon PDRM dan ATM ambil tindakan tegas dlm penguatkuasaan ini.
Mohd Fawzy Md Said inilah cara yg terbaik. masyarakat dh tk heran dgn penguatkuasa polis, polis dibuat spt kwn kwn je…lngsung tdk peduli dgn arahan polis. inilah sebaiknya, tentera lebih tegas
Kekanda Yana Alhamdulilah..bagi kesedaran sikit pada yg berdegil sangat tu
Badrul Hisham Bin Mansor Alhamdulillah …moga ini yg terbaikbuat semua… hargailah nyawa kalian juga insan yg tersayang
Nur Diyana Apa yang terbaik kami akan sokong..demi keselamatan kami semua..terima kasih kerana telah buat yg terbaik untuk kami rakyat Malaysia..pd tak masih x sedar lagi tolong lah kerajaan untuk memutuskan rangkaian Covid19 ni..