Hubungan

‘Alhamdulillah, Proses Dipermudahkan.’ Terlantar Sejak 2021, Mahkamah Syariah Luluskan Tuntutan Fasakh Jahidah

Share

‘Alhamdulillah, proses dipermudahkan.’ Terlantar sejak 2021, mahkamah syariah luluskan tuntutan fasakh Jahidah. Sudah tentu tiada kata yang terluah melainkan rasa syukur, apabila penantian selama ini berakhir.

Apa lagi dengan keadaan Jahidah sebegitu membuatkan keluarga memilih jalan terbaik buatnya. Hari ini Mahkamah Rendah Syariah Seremban telah meluluskan permohonan tuntutan fasakh Jahidah Nordin, 44 terhadap suaminya, Rosmaini Abd Raof, 40.

Artikel Berkaitan:

Lelaki Fasiq Tak Sesuai Dengan Wanita Solehah. ‘Suami Mengaku Songsang, Isteri Berhak Tuntut Fasakh.’

Alhamdulillah

Adik kepada Jahidah, Fauziah Nordin, 41, mengakui gembira menerima berita itu selepas kakaknya kini terlantar akibat kecederaan serius selepas dipukul suaminya itu pada kejadian Mei 2021.

Menurut Fauziah yang mewakili kakaknya itu, dia membuat tuntutan fasakh mewakili Jahidah pada 1 Februari lalu dan bersyukur proses itu dipermudahkan tanpa menunggu lama.

“Saya sangat bersyukur sebab sudah lama tunggu supaya ada keputusan mengenai perkahwinan kakak ini. Saya memang tidak sangka akan dapat keputusan hari ini, rasa kurang sikit beban saya.

“Saya akan bincang dengan peguam untuk langkah seterusnya kerana ia perlu dilakukan satu persatu memandangkan saya perlu menjaga kakak dan anaknya,” katanya.

Proses Dipermudahkan

Jelas Fauziah, dia kini lega dan dapat memberi fokus terhadap kes jenayah membabitkan Rosmaini dengan kakaknya yang kini masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah.

Terdahulu, di mahkamah, Peguam Mohd Amirul Adam Ahmad dari Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan yang mewakili Fauziah menyerahkan kenyataan bertulis kepada Hakim Hamizan Mohd Nor.

Terlantar Sejak 2021

Tambah Mohd Amirul, hakim membuat keputusan hari ini selepas mahkamah berpuas hati dengan keterangan secara bertulis oleh pihak penjaga ad litem serta berdasarkan dokumen yang dikemukakan.

Mengulas mengenai defendan atau wakilnya yang tidak hadir hari ini, jelas Mohd Amirul, sebelum ini pihaknya cuba menyerahkan saman secara kendiri di alamat terakhir Rosmaini di Johor.

“Tetapi apabila kami meminta bantuan Jabatan Bantuan Guaman Johor untuk serahkan saman (notis kehadiran), laporan yang kami terima tiada penghuni di rumah berkenaan.

Mahkamah Syariah Luluskan

“Jadi pilihan ada untuk memanggil pihak defendan hadir juga ke mahkamah adalah melalui saman ganti iaitu saman tampalan di alamat terakhir atau saman melalui iklan. Kami buat melalui iklan di akhbar Berita Harian pada 24 Februari,” katanya.

Media pada Mei 2021 melaporkan, Jahidah yang hamil parah dipercayai dipukul suaminya dalam kejadian pada 4 Mei.

Tuntutan Fasakh Jahidah

Jahidah yang juga kakitangan awam jabatan kerajaan dilaporkan berada di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Mangsa parah pada kepala dan tengkorak akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya.

Baca Di Sini:

Bagai “Malaikat Kecil’, Baby J Membesar Sihat Di Samping Ibu Koma. Ramai Doakan Anak Kecil Ini Membela Nasib Ibunya Kelak

“Kerosakan Otak Yang Teruk, Takkan Normal Seperti Dulu”! Adik Kongsi Keadaan Terkini Kakak, Mangsa Dibelasah Suami

Kashoorga: Semoga kesihatan Jahidah semakin baik dan diharap apa yang berlaku pada Jahidah menjadi pengajaran buat kita semua.

Sumber: myMetro

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat