Kebiasaannya hari minggu menjadi aktiviti wajib bersama keuarga. Ada orang membawa keluarga melakukan aktiviti lasak dan ada juga yang mengambil kesempatan membawa anak ke pusat beli belah.
Walaupun sedang sibuk membeli belah, namun kewajipan kepada Allah tetap tidak dilupakan.
Viral dalam sebuah posting di laman sosial Facebook The Rohani berkongsi mengenali kisah seorang bapa yang menjadi Imam kepada anak-anak lelakinya di sebuah surau di pusat beli belah, selangor.
Ternyata sikap bapa ini yang menjadi ketua keluarga telah mendapat pujian netizen. Rata-rata memuji sikap bapa ini yang tidak melupakan tanggungjawab menunaikan solat dan turut mengajak sama anak-anak untuk bersolat.
Malah turut disenaraikan beberapa pengajaran yang boleh dipelajari di sini. Salah satunya didiklah anak bersolat tidak kira di mana dan berapa usia mereka.
Dan jangan sering memarahi anak-anak jika belum bersolat, lebih baik ajak bersolat bersama-sama kita sebagai bapanya.
KEPIMPINAN MELALUI TELADAN
========================
Semasa solat di surau AEON MALL Shah Alam tadi, ternampak seorang lelaki menjadi imam solat Zohor.
Barangkali yang menjadi makmum itu semua anak-anak lelakinya.
Sejuk mata memandang.
Apa yang boleh dipelajari di sini:
1) Walaupun anak belum wajib solat, ajar dan ajak dia solat. Lama-lama dia akan biasa
2) Pentingnya ayah sebagai ‘role model’ untuk anak-anak
3) Shopping-shopping juga, solat jangan lupa
4) Kalau ada anak lelaki, jangan tinggalkan dia dengan isteri. Ajak dia masuk surau lelaki. Maklumlah, surau wanita selalunya sesak.
5) Janganlah bila kita solat, kita tinggalkan anak di tepi. Ajak dia solat sekali.
6) Jangan asyik marah anak bila kena ingatkan dia “Dah solat ke belum?”
7) Lebih baik ajak anak solat bersama-sama kita. Jadi, kita tak akan stress bertanya soalan yang sama
8 ) Kalau nak anak jadi baik, kita kena tunjuk baik. Kalau nak anak solat, kita kena tunjuk kita solat depan dia. Kepimpinan melalui teladan.
Semoga anak-anak ini, dan anak-anak kita semua kekal istiqomah begini sehingga akhir hayat.
Terus melaksanakan ibadah dan suruhan Allah, apabila kita sudah tiada lagi.
Cuma saya tak pasti, kenapa seorang lagi itu berbaju t-shirt hitam.
Mungkin dia tak jumpa baju belang-belang dalam almari, untuk keluar jalan-jalan sedondon.
Sabtu,
18 Jan 2020
3.47pm
Perkongsian ini telah mendapat dan mendapat komen positif dari netizen. Antara komen warganet yang turut bersetuju dengan tindakan bapa ini dan mendoakan anak-anaknya menjadi soleh dan contoh terbaik buat masayarakat.
Chekgu Shida Alhamdulillah… Semoga menjadi anak yg soleh dan contoh terbaik buat masyarakat di luar sana. Tahniah buat ayah dan ibunya…
Ben Kadir ramai ayah2 jadi role model untuk anak2, solat berjemaah bersama walaupon sudah ada jemaah lain sedang solat berjemaah. alhamdulillah. lagi baik solat bersama2 jrmaah yang sedang berjemaah.
Nuraini Jamain Mungkin t shirt hitam tu sepupunya,tumpang solat sekali..sejuk mata memandang,ank sy pun sudah d latih sebegini..sbb takut pula dengan Allah swt bila ank xsolat..takut bukan biasa2..harap ank2 solat tak tinggal walaupun ibubapa dh tiada..aminn
Sh Zurida Alhamdulillah semoga terus membesar menjadi anak yg soleh, pembimbing masyarakat…
Anuar Thamrin Alhamdulillah….semoga anak2 mnjadi ank yg soleh.