Alhamdulillah, Terima Kasih Ya Allah Atas Kemenangan Ini. Hidayah Sujud Syukur Namanya Dibersihkan

Share

Persengketaan di antara Siti Nor Hidayah Mohd Ali yang juga merupakan balu Abam Bocey dan bekas adik iparnya, Ali Puteh terakhir dengan indah apabila mahkamah memutuskan Ali Puteh perlu membayar RM60,000 kepadanya kerana kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan, di Instagram dua tahun lalu.

Dalam satu hantaran di instagramnya sebentar tadi, dirinya menulis :-

“Alhamdulillah syukur pada Allah kes saman. Hakim putuskan kemenangan kepada ku Hidayah Hamzah syukur pada Allah. Terima kasih kepada peguam kami, Mak, Abah, Anakku Hamzah, adik beradik famili & rakyat Malaysia yang mendoakan kami sekeluarga. Aamin2.

Memetik laporan Astro Awani, Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan Ali Puteh membayar RM60,000 kepada isteri Allahyarham Abam Bocey, Siti Nor Hidayah Mohd Ali kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan, di Instagram dua tahun lalu.

Hakim, Zulqarnain Hassan memerintahkan demikian selepas membenarkan tuntutan balas yang dikemukakan Siti Nor Hidayah selaku plaintif terhadap Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan selaku defendan.

Ia berhubung hantaran ‘Bile balu arwah abam berhati binatang!!!’, pada dua tahun lalu.

Pada Mei 2020, Siti Nor Hidayah, 30, telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh, 34, berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.

Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Dia juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, kod dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu dalam prosiding sama, mahkamah menolak saman fitnah yang dikemukakan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya lain terhadap Siti Nor Hidayah dan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dengan kos sebanyak RM13,000.

Selepas prosiding selesai, Siti Nor Hidayah dilihat menangis dan sujud syukur di galeri awam.

Dalam prosiding hari ini, Ali Puteh diwakili peguam, Noorazmir Zakaria manakala Nor Hidayah diwakili peguam Mohamed Ibrahim Mohamad manakala Alif Syukri diwakili peguam, Hasshahari Johari Mawi.

Kemelut antara kedua-dua individu itu tercetus selepas kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Published by
almaswa Haji Che Ros