Setelah hampir tiga bulan tidak bersekolah, hari ini menjadi berita gembira buat ibu bapa serta pelajar apabila Kementerian Pendidikan mengumumkan sesi persekolahan akan mula dibuka secara berperingkat mulai 15 Julai ini.
Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin dalam satu sidang media hari ini.
Ternyata berita ini memberi kelegaan kepada semua golongan termasuk pendidik, ibu bapa serta pelajar sekolah.
Sebelum itu terdapat pelbagai spekulasi mengenai sesi persekolahan yang akan dibuka sama ada Julai atau September ini.
Menurut beliau dalam sidang media berkenaan berkata, murid Tahun Lima dan Enam, Tingkatan Satu hingga Empat dan kelas peralihan akan kembali ke sekolah bermula 15 Julai.
Ads
Katanya, murid Tahun Satu hingga Empat pula akan kembali ke sekolah bermula 22 Julai.
Sementara itu, katanya bagi pelajar Tingkatan Enam Semester 1, keputusan penawaran kemasukan calon sudah boleh disemak bermula hari ini dan pelajar akan mendaftar pada 15 Julai ini.
Dr Radzi berkata, pembukaan itu akan dibuat menggunakan tiga model pengoperasian yang perlu dijadikan panduan oleh pentadbir mengikut kesesuaian dan situasi di sekolah masing-masing.
“Model Satu Sesi ialah untuk sekolah yang mempunyai bilik darjah atau ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dalam satu sesi, setelah mengambil kira penjarakan sosial.
Ads
“Model Dua Sesi ialah untuk sekolah sedia ada yang telah beroperasi secara dua sesi ataupun sekolah satu sesi yang kini perlu beroperasi secara dua sesi kerana tidak mempunyai ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dengan mengambil kira penjarakan sosial.
“Model Penggiliran untuk sekolah yang tidak mempunyai ruang mencukupi bagi menempatkan semua murid walaupun dengan melaksanakan model dua sesi,” kata beliau dalam sidang media khas pada Rabu.
Ads
Maklumat senarai sekolah mengikut model yang telah ditetapkan akan dimaklumkan oleh kementerian selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka semula sepenuhnya.
Takwim persekolahan juga telah dipinda mengambil kira keperluan untuk mengatur semula pelbagai aspek termasuk pindaan tarikh bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Katanya, ini termasuk memperincikan tarikh permulaan sesi persekolahan tahun 2021 bagi memastikan sesi persekolahan pada tahun hadapan berjalan lancar.
Kashoorga: Bagi yang mahu membeli barangan sekolah, cari di sini
‘Allah yang gerakkan perasaan saya.’ Wanita ini pinang isteri baru buat suami sempena anniversary ke-10. Bukan suami yang minta izin kahwin baru, sebaliknya wanita ini yang rela dimadukan.
Malahan dia yang ambil langkah pertama untuk melamar wanita ini untuk suaminya. Besarnya pengorbanan wanita ini untuk suami dan madunya.
Bagi kebanyakan isteri sukar untuk menerima hakikat diri dimadukan, namun berbeza dengan seorang wanita berusia 37 tahun yang bertindak melamar isteri baharu buat suaminya.
Wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Chinta Arjuna menjelaskan, dia memberi keizinan kepada suami untuk berkahwin lain pada tarikh ulang tahun perkahwinan mereka ke-10 yang juga ulang tahun kelahiran suaminya.
Tambahnya, walaupun sudah mendirikan rumah tangga selama sedekad dan masih belum dikurniakan zuriat, namun ia bukanlah alasan utama untuknya rela dimadukan.
Wanita Ini Pinang Isteri Baru
Sebaliknya Chinta Arjuna menegaskan, dia benar-benar ikhlas untuk menerima wanita berstatus janda anak dua itu sebagai madu kerana mahu membantu ‘memuliakan’ dan menjaga maruahnya.
“Dia (madu) merupakan individu yang saya kenal kerana kami tinggal di kawasan perumahan sama. Semenjak dia bergelar janda, bermacam-macam fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya.
“Jadi untuk menjaga maruah, saya sendiri bertanya sama ada awak nak tak berkahwin dengan suami saya?” katanya.
Buat Suami Sempena
Tambahnya lagi, pernikahan tersebut bukanlah atas dasar keinginan suaminya kerana dia sendiri yang melamar wanita berkenaan tanpa pengetahuan sesiapa.
“Alhamdulillah, Allah permudahkan niat saya untuk membantu dia (madu). Dia dan suami pun bersetuju untuk meneruskan kehidupan berpoligami.
“Pada tarikh 19 Mei lalu, saya telah menyarungkan cincin pertunangan pada jari manis si madu dan kami juga berbincang serta bersetuju untuk berkongsi tarikh perkahwinan sama iaitu pada 28 Jun yang mana ia merupakan hari ulang tahun suami,” ujarnya.
Anniversary Ke-10
Pada masa sama, wanita berkenaan memberitahu bahawa dia reda dengan segala ketentuan Ilahi sekiranya perkahwinan yang dibina selama 10 tahun itu menemui titik noktah dengan penceraian.
Katanya, dia sentiasa berdoa agar keputusan dalam membenarkan suami untuk bernikah lain adalah yang terbaik kerana niat utama bukanlah kerana zuriat.
“Walaupun ada yang kata perbuatan ini gila kerana sanggup berkongsi kasih tetapi tidak bagi saya kerana ALLAH yang menggerakkan perasaan itu dan saya yakin itu merupakan satu keputusan tepat,” katanya.
Berkahwin dalam usia muda tidak membataskan setiap pasangan itu untuk belajar hidup berkeluarga.
Malah sama-sama perlu mengamalkan sikap bekerjasama serta tolong menolong bagi memastikan rumahtangga dibina kekal hingga ke jannah.
Cabarannya makin ketara lebih-lebih lagi apabila dikurniakan anak di awal perkahwinan. Biarpun belum banyak ilmu di dada tetapi berusaha untuk menjadi ibu bapa terbaik.
Seperti perkongsian pengacara Aidid Mercello di laman sosial Instagramnya mengucapkan kata-kata ucapan sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya yang ke 14 tahun.
Aidid meluahkan betapa besar cabarannya dan isteri sepanjang membesarkan anak sulungnya itu.
Malah anak yang diberi nama Alyea Nai Lina ini banyak mengajarnya dan isteri erti kehidupan sebenar, maksud kesabaran serta limpahan rezeki yang meluas.
Walau bagaimanapun, dia begitu bersyukur kerana anaknya itu tanpa paksaan melaksanakan peranan dan tanggungjawab sebagai seorang gadis Muslim.
Di akhir ucapannya bekas pengacara popular ini mendoakan anak yang dipanggil Ana ini menjadi anak solehah yang selalu di jaga ke arah jalan yang benar.
Berkat nikah malam Jumaat rezeki Allah bagi kat kitorang seorang puteri 7.1.2006 lahir ke dunia bernama Alyea Nai Lina.
Budak ni lah yg banyak ajar aku dan isteri istilah kehidupan sebenar, maksud kesabaran & limpahan rezeki yang meluas, Alhamdulillah. .
2007, berkat rezeki, dia ikut aku dan isteri ke tanah haram, demam 14 hari kat Mekah, mmg spend masa jaga dia jer kat sana, masyaAllah. . Kalau drive time baby, asyik muntah macam waterfall siap kena bawak bekas plastic . . Tapi Alhamdulillah, aku syukur sangat dengan dia sebab awal2 tanpa paksaan, dia dah faham apa peranan & tanggungjawab dia sebagai seorang gadis muslim yang soon bergelar wanita.
Tapi, biasalah depa ni… makin besaq makin banyak pe’el, yelah… dah makin bijak… sebab tu rasanya nak kena letak gambaq depa masa baby, pakai pampers kat bilik depa sebab nak bagi depa selalu ingat pengorbanan kita. .
Apapun, aku dah bgtau kat dia. Aku x pernah paksa dia utk dapat straight A dlm belajar, tapi cukuplah sekadar dia tau balancekan ilmu sekolah, manage herself & ilmu agama. . Untuk Ana, daddy just nak bgtau yg daddy sayang sangat2 kat ana dan sentiasa doakan Ana menjadi anak yang solehah yang selalu dijaga kearah jalan yang benar. . Susah ooo nak bela anak dara ni, pening kepala hahahaha . Saya percaya hampa pun mesti ada cerita anak pompuan hampa, cuba share. Antara yang saya rasa sama.
Mandi berejam / adjust tudung sampai pecah cermin / iron baju lama gila / asyik singgah kedai skin care / takut matahari dan lain2 hahahaha
Bye Ana… jangan marah… tatatititutu . Selamat hari lahir yang ke-14 . #aididmarcellofamily #aididitmyway #happybirthday
Ternyata perkongsian ini mendapat respon yang baik dari warganet. Masing-masing turut mengucapkan selamat hari jadi kepada anak perempuannya ini dan mendoakan menjadi anak solehah.
affenda Happy birthday Ana. Moga terus dirahmati dan dilindungi Allah swt.
hamidah1483 Hepi besday Ana.semuga menjadi anak solehah..berjaya dunia n akhirat .
zeka3778 We’re sharing almost the same story, got married on 1 May and got 1st daughter in Jan 2006. Happy birthday Ana, semoga muslimah yg solehah dan berjaya dunia akhirat
arechu_mokhyi Sanah helwah Ana smoga mnjadi ank yg solehah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jangan kerana fesyen dan demi ikut trend sanggup memakai yang haram. Sesungguhnya, lelaki wajib tahu hukum pakai gelang dan barang perhiasan yang menyerupai wanita seperti cincin emas, rantai atau subang.
Kadang-kadang perhiasan yang dikenakan lelaki hari ini sudah persis wanita apatah lagi di kalangan anak muda yang kebanyakan terpegaruh dengan trend berfesyen dan menganggap perkara tersebut normal.
Lebih menyedihkan bila sedari kecil, ibu bapa sengaja memakaikan anak lelaki mereka gelang dan juga rantai tanpa rasa bersalah. Bila perkara ini dinormalisasikan sejak kecil. Maka tidak hairanlah bila anak lelaki ini besar kelak tidak mahu mendengar cakap.
Ikuti perkongsian Ustazah Asma’ Harun berkaitan isu ini
JANGAN KERANA FESYEN DAN IKUT TREND SANGGUP MEMAKAI YANG HARAM
Makin ramai kaum lelaki memakai rantai, artis dan influencer pun dah semakin berani tonjolkan diri di khalayak dengan gaya sebegini, mereka ini boleh mempengaruhi anak muda.
Sebenarnya kita lihat sudah lama kaum lelaki memakai rantai sama ada daripada besi, perak atau emas, seolah-olah sudah menjadi kebiasaan dan makin boleh diterima.
Jangan Kerana Fesyen
Hukum yang berkaitan dengannya :
1. MEMAKAI RANTAI BAGI LELAKI
Daripada Ibnu Abbas r.a, beliau berkata:
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat golongan lelaki yang menyerupai orang perempuan dan juga golongan perempuan yang menyerupai orang lelaki.” – (HR Bukhari, hadis sahih)
Syeikh Badruddin al-‘Aini pula mengulas hadis ini, kata beliau:
وَتُشْبِهُ الرِّجَالُ بِالنِّسَاءِ فِي اللِّبَاسِ وَالزِّينَةِ الَّتِي تَخْتَصُّ بِالنِّسَاءِ مِثْلُ لُبْسِ المَقَانِعِ وَالقَلَائِدِ وَالمَخَانِقِ وَالأَسْوِرَةِ وَالخَلَاخِلِ وَالقُرْطِ
Maksudnya:
“(Celaan ini) adalah pada perbuatan orang lelaki yang menyerupai perempuan dari sudut pakaian dan juga perhiasan yang khusus buat orang perempuan seperti memakai serkup kepala, rantai, gelang tangan, gelang kaki, dan juga anting-anting.” – (Kitab ‘Umdatul Qari, Al-‘Aini 22/41)
Ikut Trend
Jelas daripada hadis di atas bahawa HARAM bagi seseorang untuk memakai pakaian atau perhiasan yang khas bagi jantina berlawanan dengannya. Antara barang perhiasan yang tidak dibenarkan dipakai oleh lelaki adalah:
a) Rantai.
b) Gelang tangan (kecuali bagi tujuan perubatan hukumnya harus).
c) Gelang kaki.
d) Cincin (yang dibuat daripada emas).
e) Anting-anting.
Pengharaman bagi lelaki menyerupai wanita ini tiada khilaf dalam kalangan alim ulama sama ada dari sudut pergerakan badan, kelembutan kata-kata, perhiasan, pakaian dan lain-lain yang khas bagi wanita dari sudut adat dan tabiat.
Sanggup Memakai Yang Haram
2. MEMAKAI GELANG DAN CINCIN BAGI LELAKI
Imam al-Nawawi menyatakan bahawa jumhur ulama mengharamkan lelaki memakai gelang.
Syeikh Zakariyya Al-Ansari berkata bahawa diharuskan bagi seorang lelaki memakai cincin perak kerana mengikut Rasulullah SAW, bahkan hukumnya adalah sunat, namun lelaki tidak boleh memakai gelang dan tidak halal baginya, meskipun gelang tersebut diperbuat daripada perak.
Hal ini kerana memakai gelang itu mempunyai unsur kewanitaan dan ia tidak layak dan sesuai dengan sifat seorang lelaki.
(Rujuk Fatawa Hujjah al-Islam Abu Hamid al-Ghazali, hlm. 30; Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 4/444 dan Asna Al-Matolib 1/379).
Lelaki Wajib Tahu
3. BARANG PERHIASAN DARI EMAS UNTUK LELAKI
Kaum lelaki diharamkan untuk mengambil emas sebagai perhiasan, maka begitu juga dengan memakai cincin emas bagi lelaki juga jelas pengharamannya melalui hadis Nabi SAW. Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata:
أَنَّهُ نَهَى عَنْ خَاتَمِ الذَّهَبِ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang (lelaki) dari memakai cincin emas.”- (HR Muslim, hadis sahih)
Rasulullah SAW pernah melihat seseorang memakai cincin yang diperbuat daripada emas lalu Baginda SAW mencabut cincin tersebut dari tangan lelaki tersebut lalu mencampakkannya, kemudian Baginda SAW bersabda:
Namun dalam isu ini terdapat beberapa pengecualian, antaranya ialah fatwa daripada Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Negeri Sembilan akan keharusan pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki untuk tujuan perubatan atau rawatan berdasarkan keperluan dan hajat dengan syarat:
1. Ia bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (bagi lelaki).
2. Tidak terdapat unsur najis padanya.
3. Tidak mempercayai atau meyakini bahawa pemakaian gelang tangan tersebut boleh menyembuhkan penyakit tertentu kerana ia dikhuatiri boleh menjerumuskan seseorang kepada unsur khurafat yang boleh menjejaskan aqidah.
4. Tidak menyebabkan kemudaratan kepada pemakainya.
5. Mendapat perakuan daripada pakar perubatan yang beragama Islam dan telah terbukti secara saintifik bahawa ia merupakan antara kaedah rawatan yang berkesan dalam merawat penyakit.
Bagi lelaki yang memakai gelang untuk tujuan perubatan, adalah lebih baik tidak memakainya di tempat awam secara terbuka atau menghebahkannya di media sosial supaya mengelakkan fitnah terhadap pemakai, kerana melakukan sesuatu yang mendatangkan fitnah adalah makruh.
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...