Siapa yang tidak mengenali penyanyi, pengacara serta pelakon versatil, Alif Satar. Personaliti ini dilihat sebagai seorang yang mempunyai ciri-ciri lengkap bergelar lelaki budiman.
Malah walaupun dia dilihat sibuk dengan aktiviti harian, tetapi itu tidak menghalang Alif untuk memenuhi tuntutan akhirat.
Jika sebelum ini viral gambarnya yang menghadiri sembahyang Jumaat tetapi kali ini dia mengambil kesempatan yang ada untuk belajar mengaji.
Dalam status di laman sosialnya, Alif telah muat naik foto bersama Bilal Masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Hafiz sehingga mendapat perhatian warga net.
Dalam kapsyen yang ditulis Alif memberitahu dia menghadiri kelas malam dan baru seminggu tidak mengaji sudah berterabur.
kelas malam!! baru seminggu tak mengaji dah berterabur terima kasih @ustaz_hafiz85 kongsi ilmu.. siapa nak belajar ngaji boleh call ustaz hafiz.. yang student laki boleh mintak dia ajar azan sekali.. steadyyyyyy
Ternyata perkongsian ini mendapat reaksi positif daripada netizen. Ramai memuji sikap Alif yang bijak mengimbangi urusan dunia dan akhirat.
Kain kafan yang selalu kita lihat membaluti jenazah adalah berwarna putih, jarang sekali kita lihat selain warna ini. Jika ada pun mungkin atas faktor kecemasan.
Bagaimanapun, bagi menjawab persoalan menarik ini, kita ikuti penjelasan dari pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Soalan:
Assalamu’alaikum S.S Mufti, bagaimanakah kita ingin mengkafankan jenazah di kawasan yang tiada padanya kain kafan berwarna putih ?
Jawapan:
Wa’alaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Kafan bermaksud suatu yang membalut atau menutup badan jenazah yang meninggal dunia. Secara umumnya, mengkafankan jenazah dengan kain putih adalah dituntut di sisi syarak. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.A bahawa Rasulullah
“Pakailah dari pakaian kamu yang berwarna putih, sesungguhnya ia merupakan pakaian terbaik kamu dan kafankanlah orang yang meninggal dunia dari kalangan kamu dengan warna putih” Riwayat Abu Daud (4061)
Kata perintah dalam ayat tersebut membawa kepada hukum sunat. Ini kerana, Rasulullah S.A.W ada memakai pakaian-pakaian yang tidak berwarna putih dalam keadaan yang banyak bagi menjelaskan keharusannya.
Imam al-Nawawi menyatakan bahawa proses mengkafankan jenazah ini disunatkan padanya untuk menggunakan kain kafan yang berwarna putih.
Jenis (kainnya) pula bagi hak si mati adalah apa yang dibolehkan untuk dia memakainya semasa masih hidup. Maka dibolehkan untuk dikafankan orang perempuan menggunakan kain sutera, namun makruh hukumnya. Manakala bagi orang lelaki haram dikafankan dengan kain sutera.
Justeru, jika tiada kain kafan dalam pemahaman masyarakat iaitu kain yang berwarna putih, maka boleh untuk jenazah dikafankan dengan apa sahaja kain yang dibolehkan untuk si mati memakainya semasa hayatnya.
Sekiranya tidak mencukupi tiga helai kain, memadailah dengan sekadar sehelai kain sahaja untuk menjadi kain kafan kepada si mati.
Kata Imam al-Nawawi: أقل الكفن ثوب ، وأكمله للرجال ثلاثة ، وفي قدر الثوب الواجب ، وجهان . أحدهما : ما يستر العورة ، ويختلف باختلاف عورة المكفن في الذكورة والأنوثة . والثاني : ما يستر جميع بدنه إلا رأس المحرم ، ووجه المحرمة
Maksudnya: Sekurang-kurang kain kafan adalah sehelai pakaian. Yang paling lengkap adalah tiga helai pakaian. Kadar pakaian yang wajib (sebagai kain kafan) ada dua pandangan (di sisi ulama mazhab).
Pertama: (Pakaian) yang menutup aurat, dan ia berbeza dengan perbezaan aurat individu yang dikafankan antara jenazah lelaki dan jenazah wanita.
Kedua: Pakaian yang menutup kesemua tubuh badan jenazah melainkan kepada jenazah yang dalam keadaan berihram dan wajah jenazah perempuan yang dalam keadaan berihram.
Kesimpulan
Sebagai penutup, kami menyatakan bahawa sekiranya tidak terdapat kain kafan yang berwarna putih keseluruhannya itu untuk digunakan dalam proses mengkafankan jenazah, adalah dibolehkan untuk dikafankan jenazah dengan pakaian yang menutup seluruh aurat jenazah dengan jenis kain yang dibolehkan kepada dirinya untuk dipakai semasa hayatnya di dunia.
Kami juga mencadangkan agar para pendakwah yang berdakwah kepada masyarakat-masyarakat di pedalaman agar turut membawa bersama bahan-bahan pengebumian masyarakat bagi memudahkan urusan masyarakat tersebut.
Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Ameen.
Kashoorga: Bukan sahaja pendakwah, kita sebagai individu harus membuat persediaan awal dengan menyimpan baik kain kafan putih bagi kegunaan masa hadapan. Kita tak tahu bila ajal kita sampai.
Ada juga pasangan yang diuji lambat dapat anak. Malahan ada juga suami isteri yang bertahun-tahun kahwin dan berikhtiar hingga kini belum dikurniakan anak.
Benarlah soal anak ini Ketentuan Allah. Manusia hanya mampu merancang, tapi Allah sebaik-baik perancang. Begitu juga dengan pengalaman yang dikongsikan Dr Hazwan Shafiq ini pada awal perkahwinannya dulu.
Ikuti kisahnya sepanjang 8 tahun yang berusaha untuk dapatkan zuriat! Katanya, semoga perkongsiannya ini menjadi pemangkin semangat untuk kalian yang sedang berusaha. Never give up ya!
Jelasnya dia berkahwin pada tahun 2014, tahun pertama kahwin masing-asing sibuk dengan belajar. Tersilap sebut tak nak anak lagi.
‘Bila dah habis belajar , konon ready nak ada anak. Rupanya Allah dah makbulkan doa yang mula-mula. Tahun demi tahun belum ada rezeki anak.’
‘Tapi tetap berusaha! Dua kali wife gugur, sakit sangat tengok masa gugur dia tu. Sampai saya decide tak apalah tak ada anak pun. Tak sampai hati tengok wife sakit keguguran.
‘Lepas tu wife memang dah give up! Siap benarkan suami dia ni kahwin lain dah pun. Tapi kami decide untuk cuba berusaha juga! Pantang mengalah! Keep berdoa dan berusaha.’
Berikhtiar Baru Allah Kurniakan
Menerusi video yang sama, Dr Hazwan Shafiq ceritakan pengalamannya turun, naik jumpa pakar selama lapan tahun. Dua kali buat IVF di peringkat awal. Sentiasa berdoa dan berusaha.
Akhirnya selepas 8 tahun, dia dapat dukung dan cium zuriat sendiri. Alhamdulillah!
Dalam masa yang sama, Dr Hazwan Shafiq mengingatkan pasangan di luar sana yang baru berkahwin agar menjaga percakapan. Walaupun Allah lebih Mengetahui di sebalik apa yang terjadi, tetapi sentiasa beringat dalam berkata-kata.
Kashoorga : Bila sudah berkahwin, doa yang baik-baik, betul dan tepat agar tak menyesal di kemudian hari.
Mengahwini adik ipar setelah isteri meninggal dunia memang agak jarang terjadi, namun ia tetap berlaku dalam masyarakat kita. Tentulah ada faktor yang mendorong hal ini terjadi. Setiap kes adalah berbeza.
Islam tiada halangan dalam hal ini. Di saat salah seorang daripada pasangan suami isteri meninggal dunia, maka dibolehkan pasangan yang masih hidup untuk bernikah lagi dengan syarat memenuhi kriteria sah nikah.
Ayah perlukan teman hidup yang sentiasa ada di sisi.
Tiada seorang pun berhak menghalang hasrat untuk bernikah itu termasuklah anak-anaknya. Mereka tidak dibenarkan melarang orangtuanya untuk berkahwin lagi.
Kita sebagai anak perlu faham mengapa ayah mengambil keputusan itu. Bukan bermakna ayah tidak lagi menyayangi allahyarhamah ibu, tetapi ada sesetengah lelaki memerlukan teman hidup untuk menjalani kehidupan seharian.
Mahu teman untuk berkongsi cerita, mencari teman yang boleh menjaga makan minumnya da menjaganya diwaktu sakit pening. Dia tidak mahu menyusahkan anak-anak yang telah pun mempunyai kehidupan masing-masing.
Sekiranya ayah mampu untuk memberi nafkah kepada isteri baharunya, maka kita sebagai anak-anak perlu berikan sokongan penuh. Dalam Islam, sekiranya duda kematian isteri, maka dia boleh sahaja menikahi siapapun, termasuklah jika ingin mengahwini adik atau kakak ipar (saudara kandung perempuan) allahyarhamah isterinya.
Ayah tidak perlu menjalani masa menunggu hingga empat bulan atau sewaktu dengannya setelah isterinya meninggal sebagaimana yang disyaratkan terhadap balu yang perlu menunggu habis iddah.
SOALAN:
Seorang telah kematian isteri dan isterinya memiliki saudara kandung perempuan yang hendak dinikahi olehnya. Apakah dia harus menjalani masa iddah dan menungga hingga empat bulan sepuluh hari dari sejak isterinya meninggal? Atau apakah dia boleh langsung akad dengan saudari kandung isterinya sebelum masa itu?
JAWAPAN:
Kami mengambil kesimpulan bahawa boleh bagi lelaki (ayah) tersebut menikahi saudara kandung perempuan isterinya yang sudah meninggal tanpa menunggu masa tertentu.
Dalam kitab Al-Hamidiyah disebutkan bahwa ada seorang lelaki telah kematian isteri dan isterinya memiliki saudara kandung perempuan, apakah dia boleh menikah saudara kandung perempuan isterinya setelah sehari isterinya meninggal?
Jawapannya, Ya, seperti disebutkan dalam kitab Al-Khulashah.
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...