Siapa yang tidak mengenali penyanyi, pengacara serta pelakon versatil, Alif Satar. Personaliti ini dilihat sebagai seorang yang mempunyai ciri-ciri lengkap bergelar lelaki budiman.
Malah walaupun dia dilihat sibuk dengan aktiviti harian, tetapi itu tidak menghalang Alif untuk memenuhi tuntutan akhirat.
Jika sebelum ini viral gambarnya yang menghadiri sembahyang Jumaat tetapi kali ini dia mengambil kesempatan yang ada untuk belajar mengaji.
Dalam status di laman sosialnya, Alif telah muat naik foto bersama Bilal Masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Hafiz sehingga mendapat perhatian warga net.
Dalam kapsyen yang ditulis Alif memberitahu dia menghadiri kelas malam dan baru seminggu tidak mengaji sudah berterabur.
kelas malam!! baru seminggu tak mengaji dah berterabur terima kasih @ustaz_hafiz85 kongsi ilmu.. siapa nak belajar ngaji boleh call ustaz hafiz.. yang student laki boleh mintak dia ajar azan sekali.. steadyyyyyy
Ternyata perkongsian ini mendapat reaksi positif daripada netizen. Ramai memuji sikap Alif yang bijak mengimbangi urusan dunia dan akhirat.
0_i_love_muhammad Masha Allah May Almighty Allah bless you @alifsatar
amanzul Kalau dlm tempoh belajar.. Memag kena selalu baca dan ulang supaya kita x lupa cara bacaan tu.. Terbaik bro alif.. Moga terus sukses
yusrienayusrizan Dunia kejar akhirat kejar, baru seimbang: Perfect! Steady bro @alifsatar
Malah ramai turut mengkagumi dirinya yang merupakan dari kalangan selebriti yang patut dijadikan contoh dalam industri ini.
nfaizahzainudin Contoh public figure, terbaik !, jadi ikutan anak² muda…moga allah berkati selalu
sawiyah_jantzen Alif….walaupun artis tapi tak lupa ngaji. Good example frm our artis! May Allah bless u !
ummuuwais22 Bagusnya tak segan pun share pi kelas mengaji tak kira usia.. Semoga menjadi contoh yang baik kepada semua umat Islam di luar sana
KREDIT: INSTAGRAM ALIF SATAR
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Menu Rahmah, Tak Suka Jangan Makan.’ Jangan Biasakan Budaya Hina Makanan, Nabi Tak Suka
‘Menu rahmah, tak suka jangan makan.’ Jangan biasakan budaya hina makanan, nabi tak suka. Kalau tak suka sekalipun, lebih baik diam daripada bercakap buruk tentang makanan.
Makanan adalah rezeki daripada Allah, hina makanan seolah-olah menghina rezeki Allah. Allahuakbar, semoga kita dijauhkan daripada sikap tak tahu bersyukur.
Artikel Berkaitan:
Ikuti perkongsian Dr Azizul Azli Ahmad yang mengulas tentang sikap segelintir masyarakat yang suka menghina makanan sejak kerajaan perkenalkan menu rahmah ini. Luahnya,
Menu Rahmah
1. Sejak zaman ada sosial media, saya tak pernah nak upload apa benda saya makan. Saya berprinsip, tak semua yang kita mampu orang akan mampu. Makan diam-diam.
2. Sejak kerajaan perkenalkan Menu Rahmah ini, budaya hina makanan makin menjadi-jadi. Di TikTok ada yang tambah dengan air oren sebab kering sangat katanya.
Kawan kawan,
3. Jangan jadikan bahan makanan satu kehinaan. Nabi pesan dan sangat tak suka.
4. Benci dengan kerajaan, jangan hina makanan kita. Ahli parlimen pun ramai buat perangai purba.
5. Jadilah manusia yang rasional, tak suka jangan beli ambil dan makan. Sudah makan tak sedap atau selesa, maklumkan baik-baik pada pemilik kedai.
Tak Suka Jangan Makan
6. Semalam saya singgah beli barang dapur di Mydin Ipoh, lewat di bahagian makanan ada yang minta menu Rahmah dan staf Mydin bagi dengan baik dan banyak.
7. Bagi orang lapar, sedap bukan keutamaan tetapi banyak dan kenyang itu adalah keutamaan mereka.
Jangan Biasakan Budaya Hina Makanan
Berhentilah!
Membuat konten menghina makanan ini. Nabi benci dan sangat tak suka.
Tak kan hendak ikut sunnah poligami sahaja, tapi makanan menghina apa yang nabi ajarkan.
Baca Di Sini
‘Kucing Memang Kesayangan Nabi.’ Penyayang Biar Bertempat, Jangan Bela Hingga Susahkan Jiran
Komen Warganet:
Perkongsian ini turut mendapat pelbagai reaksi warganet, kebanyakan mereka bersetuju bahawa menghina makanan adalah perbuatan yang biadab.
Arni Syazila
Betul doktor, kami selalu pesan dengan anak-anak jangan membazir dan jangan mencela makanan. Apa yang ada makan, tak suka jangan ambil.
Tak lama lagi nak masuk Ramadan, buffet pasti akan ada makanan berlebihan dan membazir. Sedih lihat makanan terpaksa dibuang begitu sahaja sedangkan ramai lagi tengah berkira-kira untuk makan.
Addie Norazlie Adnan
Saya merayu tolonglah atas sebab apa sekalipun, janganlah menghina rezeki makanan yang Allah bagi. Mungkin tiada harga dan tidak sedap pada kita, tapi amat diperlukan orang lain…
Jika tidak sedap, habiskan makanan dan jangan beli lagi. Jika untuk peningkatan kualiti makanan, mungkin boleh buat aduan rasmi kepada pengurusan.
Apa-apa sekalipun, sekali lagi saya merayu jangan hina rezeki makanan, selalulah bersyukur dengan makanan yang kita ada…
Rina Sulaiman
Masa di mydin, saya dan anak-anak tengok menu rahmah. Di bungkus elok. Packaging pun dah kos. Anak saya nak, saya kata jangan beli hak orang.
Kita pergi kedai lain untuk makan. Saya memang didik anak-anak makan saja rezeki yang ada. Tak suka jangan makan dan tak perlu cakap yang buruk-buruk. Sebab ibu ayah sudah lalui zaman susah masa kanak-kanak. Kami selalu cerita kisah-kisah susah itu supaya mereka belajar erti syukur.
Nabi Tak Suka
Muhd Sabiq
Nabi ajar, dapat makanan terus makan sahaja. Kalau sedap, ucap alhamdulillah. Kalau kurang berkenan, diam.
Bila lihat Melayu malaysia, budaya bukan Islam makin bermaharajalela, bermaksud terlalu ramai alumni sekolah sekular yang tak diajar pendidikan akhlak di sekolah dan di rumah dapat pula yang tak beri input.
Pendidikan Malaysia wajar disemak ulang agar Allah tak turunkan bala banjir dan kemarau seperti diujinya negara lain.
Mungkin satu hari nanti, orang Malaysia akan mengutip serbuk roti di tempat sampah macam anak-anak Syria andai terus begini dibudayakan.
Faris Fakhrullah
Kita sedang berdepan dengan generasi miskin adab dan tatasusila berkiblatkan barat. Sebab itulah, di sekolah jenuh guru bersilat untuk wujudkan karamah insaniah.
Kashoorga: Dapat makanan, makan saja kerana makanan itu rezeki daripada Allah SWT. Renung-renungkan.
Sumber: Dr Azizul Azli Ahmad via Twitter Abudi Alsagoff
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Imam Al-Syafie pejuang sunnah & kebenaran
Masyarakat Islam khususnya di Malaysia tahu bahawa pengamalan ibadah dan hukum fekah mengikut Mazhab Syafie, namun berapa ramai yang tahu nama sebenar pengasas Mazhab Syafie? Siapakah dia? Di manakah lahirnya? Bagaimanakah keperibadiannya?
Abu Abdullah Muhammad bin Idris, lebih dikenali sebagai Imam Al-Syafie.
Beliau adalah tokoh ilmuwan agung yang lahir dalam sejarah kegemilangan Islam. Sebaris dengan tokoh hebat seperti Al-Imam Abu Hanifah, Al-Imam Malik bin Anas, Al-Imam Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Laila, Abi Thaur, Al-Imam Al-Auza’i, Al-Imam Sufyan Al-Thauri dan ramai lagi.
Dilahirkan pada 150 Hijrah di Ghazzah, selatan Palestin, tahun yang sama dengan kewafatan ulama besar yang juga pengasas Mazhab Hanafi, Imam Abu Hanifah. Ada sebahagian mengatakan: “Seorang imam telah meninggal dunia dan lahir pula imam yang lain.”
Si anak yatim
Ayahnya meninggal dunia semasa beliau masih kecil. Ketika berusia dua tahun, ibunya telah membawa beliau kembali ke tempat asal keturunannya iaitu di Makkah.
Imam Al-Syafie mempelajari al-Quran ketika usianya lima tahun dan mula menghafaz al-Quran semasa berusia tujuh tahun. Apa yang menarik mengenai beliau adalah daya ingatannya sangat kuat ketika belajar. Beliau mudah memahami, dan berkebolehan tinggi.
Imam Al-Syafie sedar mustahil seseorang itu dapat memahami makna al-Quran, hukum-hakam dan rahsia yang terkandung tanpa menguasai bahasa Arab dengan baik.
Justeru, Imam Al-Syafie telah mengambil keputusan dengan meninggalkan kota Makkah dan tinggal di pedalaman Arab Badwi bersama suku Hudzail. Suku Hudzail ibarat seperti jin dalam kalangan manusia. Mereka bukan sahaja fasih berbahasa Arab, bahkan mampu melihat kesalahan yang orang lain menganggapnya betul.
Ilmu hadis
Keinginan Imam Al-Syafie terhadap ilmu Islam semakin membara. Setelah menghafal al-Quran dan mendalami bahasa Arab, beliau cenderung pula terhadap ilmu hadis. Beginilah adab untuk mencapai mujtahid yang sebenar.
Dalam kitab Al-Muhaddits Al-Fashil ada diceritakan kisah yang hampir sama dengan Imam Al-Syafie.
Hafs bin Ghiyats berkata: “Saya datang kepada Al-A’masy dan berkata kepadanya: “Riwayatkanlah hadis kepadaku! Al-A’masy bertanya: “Apakah engkau sudah menghafal al-Quran?” Saya jawab: “Belum.” Lalu dia berkata kepadaku: “Pergilah hafal al-Quran! Kemudian (jika sudah), barulah aku bersedia meriwayatkan hadis kepadamu.” Hafs berkata: “Kemudian saya pergi untuk menghafal al-Quran. Lalu, saya datang semula kepadanya.” Dia meminta saya untuk membaca al-Quran dan saya pun membaca (di hadapannya). Setelah itu, barulah dia meriwayatkan hadis kepadaku.
Imam Al-Syafie mendapat khabar ada seorang ulama besar Madinah yang hebat dalam bidang hadis, iaitu Imam Malik. Lantas, Imam Al-Syafie meminjam kitab Al-Muwattha’ susunan Imam Malik daripada kenalan di kota Makkah.
Usianya ketika membaca dan menghafal Al-Muwattha’ ialah 14 tahun. Kemudian, Imam Al-Syafie berjumpa dengan Imam Malik di Madinah dan berguru dengannya sehingga Imam Malik meninggal dunia.
Dalam usianya yang masih muda, beliau banyak menuntut ilmu dengan ramai fuqaha. Antaranya Sufyan bin ‘Uyainah, Muslim bin Khalid Az-Zinji, Abdul Majid bin Abdul Aziz bin Abu Daud, Imam Malik dan ramai lagi. Disebabkan itulah beliau sering diminta memberi pandangan dalam menyelesaikan masalah agama.
Hadapi tentangan
Ketokohan Imam Al-Syafie sebagai murid terpintar Imam Malik bin Anas, diiktiraf ramai. Imam Al-Syafie mengambil alih kedudukan Imam Malik bin Anas sebagai guru di Masjid Nabawi Madinah sehinggalah beliau ditawarkan satu kedudukan jawatan oleh Gabenor Yaman. Jawatan Imam Al-Syafie di Negeri Yaman tidak lama kerana beliau difitnah sebagai pengikut mazhab Syiah. Selain itu pelbagai konspirasi lain dijatuhkan ke atasnya sehinggalah beliau dirantai dan dihantar ke penjara di Baghdad, yakni pusat pemerintahan Dinasti Abbasiyyah ketika itu.
Imam Al-Syafie dibawa menghadap Khalifah Harun Ar-Rashid dan beliau berjaya membuktikan dirinya berada di pihak yang benar. Kehandalan dan kecekapan Imam Al-Syafie membela diri dengan pelbagai hujah agama menyebabkan Harun Ar-Rashid tertarik kepada beliau. Imam Al-Syafie dibebaskan dan dibiarkan bermastautin di Baghdad. Di sini Imam Al-Syafie berkenalan dengan anak murid Imam Abu Hanifah dan duduk berguru bersama mereka, terutamanya Muhammad bin Al-Hasan As-Syaibani.
Jurang perbezaan
Pada tahun 188H/804M, Imam Al-Syafie berhijrah ke Mesir sebelum itu beliau singgah ke Makkah, Di sana beliau diberi penghormatan dan dipelawa memberi kelas agama. Imam Al-Syafie diiktiraf sebagai imam dan banyak berusaha menutup jurang perbezaan antara aliran fekah Imam Malik dan Imam Abu Hanifah. Usahanya tidak disambut baik penduduk Makkah kerana mereka berpegang pada aliran fekah Imam Malik.
Pada tahun 194H/810M, Imam Al-Syafie kembali ke Baghdad dan dipelawa memegang jawatan kadi dalam Dinasti Abbasiyyah. Beliau menolak dan hanya menetap selama empat tahun di Baghdad. Imam Al-Syafie kembali semula ke Mesir dan memusatkan ajarannya di sana.
Saat-saat akhir
Dalam usahanya untuk menutup jurang antara ajaran Imam Malik bin Anas dan Imam Abu Hanifah, Imam Al-Syafie menghadapi banyak tentangan daripada pengikut Mazhab Maliki yang taksub kepada guru mereka. Pada satu malam, dalam perjalanan balik ke rumah daripada kuliah Maghrib, Imam Al-Syafie diserang dan dipukul sehingga menyebabkan kematiannya.
Imam Al-Syafie meninggal dunia pada 29 Rejab tahun 204H/820M di Mesir ketika berumur 54 tahun (Hijriah), dan dikebumikan di Al-Qarafah selepas Asar. Beliau meninggalkan sebuah kitab yang paling agung dalam bidang usul fiqh berjudul Ar-Risalah. Kitab ini adalah yang terawal menyatakan kaedah mengeluarkan hukum daripada gabungan nas al-Quran dan sunnah. Selain itu, Imam Al-Syafie juga meninggalkan kitab fiqhnya yang termasyhur berjudul Al-Umm. Aliran mazhabnya diteruskan anak muridnya seperti Abu Yaaqub Al-Buwayti (231H/846M), Rabi’ bin Sulaiman Al-Maradi (270H/884M) dan Abu Ibrahim bin Yahya Al-Muzani 274H/888M).
Info
KARYA IMAM AL-SYAFIE
1. Ikhtilaf Al-Hadits.
2. Al-Hujjah.
3. Al-Mabsuth.
4. Al-Umm.
5. Al-Risalah.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Kalau Datangkan Mudharat, Elak Bersahabat Dengan Golongan Transgender. Ustaz Ini Jelaskan Sebabnya!
Soalan:
Apakah hukum berkawan dengan orang yang telah melakukan pembedahan tukar jantina (transgender).
Jawapan:
“Perbuatan merubah jantina tentunya adalah bertentangan dengan fitrah bertentangan dengan akal juga pada masa yang sama bertentangan dengan agama.
“Tentunya di dalam persahabatan membawa kesan yang baik atau sebaliknya bergantung kepada siapa kita bersahabat dan apa tujuan dalam bersahabat.
“Oleh sebab itu Rasulullah SAW bersabda:
“Seseorang itu akan berada pada perangai atau agama, atau maruah sahabatnya”.
“Hendaklah kamu memilih dengan siapa kamu bersahabat”.
“Kata Nabi SAW
“Orang bersahabat dengan orang yang baik, umpama orang yang pergi kedai minyak wangi”
“Yakni akan mendapat wangi dan kebaikan. Nabi memberikan penjelasan tentang penting untuk memilih sahabat dan memilih teman
“Bila mana dalam anjuran kita bersahabat dengan orang yang baik dan di dalam syariat juga larangan bersahaba dengan orang yang tidak baik, maka kita patuh kepada aturan syariat untuk memilih kepada teman dengan siapa kita bersahabat.
“Kemudian hak persahabatan itu adalah membawa kebaikan kepada sahabatnya seperti menasihati bila mana salah, seperti berkongsi maklumat bila mana mendatangkan manfaat seperti mengajak kepada kebaikan, baik kepada orang yang baik atau orang yang fasik.
“Berteman dengan orang-orang yang tidak baik, bila mana tujuannya untuk menasihati, bila mana tujuannya untuk berdakwah, bila mana tujuannya untuk menginsafkan,
“Maka dalam hal ini adalah perkara itu dianjurkan untuk berdakwah kepada sesiapa sahaja, bukan hanya kepada (yang) mengubah jantina walaupun kepada sesiapa sahaja yang berbuat maksiat, orang fasik kita diperintahkan untuk berdakwah kepada semua.
“Tetapi kalau berkawan dengan mereka sekadar seperti kawan-kawan biasa, maka dalam hal ini kembali kepada asas pembahasan tentang persahabatan itu mendatangkan manfaat ataupun sebaliknya mendatangkan mudharat.
“Berkawan dengan yang baik atau berkawan dengan yang tidak baik, bila mana berkawan dengan orang yang baik (orang yang soleh), maka itu digalakkan.
“Tapi bila mana berdakwah dengan orang yang kita boleh terjejas dengan bersahabat dengannya, maka mengelak daripada berkawan dengan orang-orang yang sedemikian.
Wallahuallam
Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Sumber: Instagram Habib Ali Zaenal
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI