Isi Kandungan

Sebagai pasangan suami isteri, memang kita digalakkan saling bantu membantu dalam apa jua situasi. Barulah kasih sayang antara keduanya akan berpanjangan hingga ke jannah.

Begitu juga dengan perkongsian pasangan suami isteri ini yang saling membantu ketika salah seorang ditimpa sakit.

Ads

Dalam satu posting di laman sosial Twitter menggunakan akaun @cydacumi memberitahu kesetiaan dan kesanggupan seorang suami untuk menjaga isteri yang ditimpa musibah menderita masalah Scoliosis sejak melahirkan anak pertama.

Scoliosis adalah masalah kesihatan membabitkan tulang belakang seseorang akan bengkok ke kiri atau ke kanan. Disebabkan masalah itu pesakit akan mengalami pening kepala, mudah marah selain kesukaran untuk bernafas.

Ads

Suami adalah segala-galanya

“Allah Bagi Macam-Macam Mukjizat, Salah Satunya Dikurnia Suami Baik” – Luah Wanita Derita Tulang Bengkok

Ads

Mengalami selepas bersalinkan anak pertama

Seronok rasa bila Allah swt makbulkan impian aku untuk hidup dengannya… Tapi 8bulan lepas bersalinkan anak aku yg pertama, aku diduga dengan penyakit yang buat aku lemah untuk hidup. Luaran nampak biasa. Tapi dalaman hanya Allah swt dan suamiku saja tahu…

Tulang belakang jadi bengkok, susah bernafas, sakit perut dan mudah marah

Aku ada scoliosis. Tulang belakang aku bengkok. Hari2, aku akan sakit belakang, susah nafas, sakit kepala, sakit perut, mudah marah sebab masatu anak aku yang pertama kecik lagi. Dan akhirnya aku akan menangis. Kenapa aku yang Kau duga.

Suami layan segala ragam & berkata ini dugaan Allah tanda Dia sayang

Soalan tu selalu bermain kat kepala aku. Hari2, itulah orang yang menghadap segala ragam aku.. suamiku… Penat dia balik kerja.. buka pintu, aku tengah nangis. Dia terus peluk aku.. “sabar… dugaan tanda Allah sayang”

Dengan tak mandi lagi, dia ambil minyak, dia sapu kat belakang aku dan suruh aku rehat. Dia pandang aku lama. Dia kesiankan aku… Dia balik, dengan makanan pun takda, terus hadap orang sakit. Dengan nak urus anak lagi. Rumah lagi

Penat dia lagi…

“Allah Bagi Macam-Macam Mukjizat, Salah Satunya Dikurnia Suami Baik” – Luah Wanita Derita Tulang Bengkok

Sakit jadi berkurangan, emosi stabil dari sebelumnya

Bila dia sapu minyak & urut belakang, aku akan rasa lega. Sakit kurang. Emosi aku stabil daripada sebelum… Malam tu aku tertidur “sayang, jom makan. pa ada masak sikit tapi tak sedap macam ma masak

” kesian dia… Maafkan ma

Boleh kata dalam sebulan, 2/3 hari saja aku boleh survive Masa tulah aku guna segala kudrat untuk anak dan suami yang aku sayang… Waktu dia dah nak balik kerja, aku siapkan lauk2 atas meja. Pinggan, nasi , air semua dah siap

“Assalamualaikum… Aku jawab salam dan buka pintu. Aku senyum… Dia tahu aku sihat dan terus peluk dan cium dahi aku… “pa suka tengok ma macam ni… alhamdulillah …” Dia mandi pastu makan. 2kali tambah

Dia tetap tidak bosan melayan kerenah, terima diri ini seadanya

Alhamdulillah untuk hari itu…

‘pa tak bosan ke dengan ma? jaga ma.. tahan dengan perangai ma. ma tak macam oranglain… ma selalu sakit’ “pa takan bosan dengan ma.. pa tahu ini dugaan untuk kita… pa sayang ma lebih dari nyawa pa…”

Allah beri aku sakit dan Allah beri aku suami yang terima aku seadanya… Sekarang, aku dah boleh control sakit aku… Suami aku pun dah makin membulat sebab aku selalu masak

Macam-macam mujizat Allah beri dan kehadiran suami paling bermakna

Alangkah bahagianya kalau setiap hari aku sihat

Tahun ni, dah hampir 10tahun perkahwinan aku & dia… Dah 2 anak dah

macam2 mukjizat Allah swt untuk aku… And benda paling bermakna…

Dia adalah orang yang sama. Tak jemu tak penat melayan ragam aku. Tetap sapu minyak tetap urut sampai kurang sakit aku. Tetap masakkan untuk aku… Tetap peluk dan ingatkan aku, “dugaan, tanda Allah sayang…”

Aku taknak sia2kan waktu aku sihat. Sebab itu yang aku ada untuk membahagiakan suami dan anak2 aku… Esok harijadi suami aku yang ke 31tahun…

“Allah Bagi Macam-Macam Mukjizat, Salah Satunya Dikurnia Suami Baik” – Luah Wanita Derita Tulang Bengkok

Semoga Allah tunaikan impian kami, mahu sihat & berjuang cari rezeki untuk keluarga

Semoga Allah swt tunaikan impian aku untuk dia… Aku nak sihat dan berjuang cari rezeki untuk dia & anak2… lama sangat aku dah rehat… Semoga Allah swt panjangkan umur dia… dan Semoga dia berjaya ddunia dan diakhirat…

Alhamdulillah… inilah bahagian aku… Aku masih dapat rasa bahagia walaupun dalam keadaan yang buat aku lemah… Aku bersyukur… Dugaan, tanda Allah sayang… Selamat harijadi suamiku… -end

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI