Surah At-Taubah merupakan surah ke sembilan dalam Al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyyah yang terdiri dari 129 ayat. At-Taubah bermaksud pengampunan.
Dinamakan demikian kerana kata At-Tuabah berulang kali disebut dalam surah ini.
Surat At Taubah memiliki banyak keutamaan. Dalam kitab al-Khashaish al-Kafiyah dijelaskan, mereka yang mengamalkan dua ayat terakhir dalam surah A-Taubah selepas solat fardu sebanyak tujuh kali akan mendapat keutamaaan dunia dan akhirat dalam kehidupannya.
لَقَدْ جَاۤءَكُمْ رَسُوْلٌ مِّنْ اَنْفُسِكُمْ عَزِيْزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيْصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِيْنَ رَءُوْفٌ رَّحِيْمٌ فَاِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللّٰهُ لَآ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ ۗ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ
Laqod jaa-akum rasuulum min anfusikum aziizun alaihi maa anittum harii-shun alaikum bilmu’miniina rauufur rahiim
Fain tawallau faqul hasbiyallaahu laailaaha illaa huwa alaihi tawakkaltu wahuwa rabbul arsyil azhiim.
Ertinya:-
“Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung”.(QS.At-Taubah :128-129).
Di samping mengamalkan dua ayat tersebut di atas, ada juga riwayat dari Nabi yang secara khusus menyebutkan potongan ayat dari ayat terakhir, iaitu:-
حَسْبِيَ اللهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ
“Allahlah yang mencukupi (segala keperluanku), tiada Allah (yang berhak disembah) kecuali Dia, kepadaNya aku bertawakal. Dia-lah Rabb yang menguasai Arash yang agung.”
Dikatakan juga, siapa yang mengamalkan dua surah terakhir ini akan mendapat lima keutamaan dalam kehidupannya.
Pertamanya, Allah akan memberikannya kekuatan zahir dan batin (dunia dan akhirat).
Keduanya, Allah akan memberi kemuliaan di mata masyarakat. Ketiganya, Allah akan memberikan kelapangan rezeki.
Keempat, Allah akan memberi kekebasan bagi orang yang di penjara (namun surah ini hrus dibaca setiap waktu solat fardu sebanyak 40 kali) dan terakhir Allah akan memberi jalan keluar bagi orang yang mempunyai hutang dan kesulitan membayarnya.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI