Sudah dua hari Pendakwah Bebas, Ustazah Shadiya Abbas meninggal dunia fana ini dan bertemu PenciptaNya.
Sahabat serta keluarga masih lagi terkesan dengan pemergian arwah secara mengejut selepas diserang asma di rumahnya.
Perjalanan terakhirnya telah disempurnakan dengan baik sekali oleh kaum keluarga terdekat sahaja.
Walaupun ramai yang mahu menziarah dan menghantar arwah tetapi atas nasihat pihak polis dengan situasi sekarang hanya ahli keluarga dibenarkan.
Malah suami awah, Ustaz MK Azman juga turut memaklumkan bahawa jenazah Ustazah Shadiya negatif COVID-19 setelah dilakukan ujian sebanyak dua kali.
Dalam perkongsiannya di laman sosial Facebook, Ustaz turut memberitahu urusan memandikan jenazah sebelum itu dilakukan oleh ibu, adik perempaun, anak lelaki serta anak murid arwah isterinya yang menawarkan diri untuk berkhidmat buat kali terakhir.
Dia juga turut mengimamkan solat jenazah buat isteri tercinta. Jika sebelumnya arwah menjadi makmum berada di belakang, tetapi kali ini jenazah berada di depan dirinya sendiri.
Ustaz MK Azman turut menceritakan bagaimana bertuah arwah isterinya kerana Allah menghadiahkan kubur yang sangat indah dan liang lahad yang cantik.
Dia perasan hal ini apabila masu memasukkan jenazah ke dalam liang lahad dan berkata dalam hati betapa cantik liang lahad diberikan oleh Allah.
Malah penggali kubur serta petugas pengurusan jenazah juga turut mengakui ini kubur paling cantik pernah mereka lihat.
Kata mereka lagi dalam kubur jika memakai kasut bot pun terasa sejuknya, seolah-olah berlantaikan marmar.
Mengakhiri ucapan penuh syahdu ini, Ustaz MK Azman mahu isterinya itu tenang di sana dan dia reda dengan pemergian isteri tercinta.
Isteri kesayangannya itu sudah sempurnakan tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak, guru dan juga sebagai seorang sahabat.
Semoga mereka akan bertemu di alam barzakh, padang mahsyar dan sama-sama masuk syurga.
PERJALANAN TERAKHIR
Alhamdulillah.. Selesailah sudah urusan pengkebumian jenazah buah hati dan bidadari saya Shadiya Abbas petang tadi jam 4.00petang di Tanah Perkuburan Puncak Alam. Segalanya dipermudahkan Allah..
Urusan mandikan jenazah mu sayang dilakukan oleh ibumu, adik beradik perempuanmu, anak² lelakimu dan anak muridmu yang menawarkan diri untuk berkhidmat untukmu sayang. Abang ambil peluang ini untuk memandikanmu buat kali terakhir. Masih ingat lagi 2 hari sebelum sayang meninggalkan abg, sayang mandikan abg.
Sayang.. Abg imamkan solat untukmu. Sebelum ni sayang berada di belakang sebagai makmum, tapi kali ini sayang di depan abg. Bukan sebagai imam tetapi sebagai jenazah.
Sayang.. Sayang bertuah kerana dihadiahkan Allah kubur yang indah dan liang lahad yang cantik. Abang perasan hal itu ketika hendak memasukkan mu dalam liang lahad, dalam hati abg menyebut, cantik sungguh liang lahad ini. Abg bersembang dengan penggali kubur dan petugas pengurusan jenazah, mereka akui kubur itu paling cantik mereka lihat, kata mereka dalam kubur kalau pakai kasut bot pun terasa sejuk, seolah² lantainya dari mar mar.. Kata mereka, bakal kubur siapakah ini. Ternyata sayang adalah pemiliknya. Semoga sayang berada dalam rahmat Allah.
Sayang..damailah engkau di sana, abg redha dengan pemergiaanmu. Sayang telah sempurna melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak, guru dan sahabat. Insyaallah kita bertemu nanti di alam barzakh, padang mahsyar dan sama-sama masuk syurga.
Terima kasih kepada semua yang membantu urusan jenazah, bantu sediakan makanan, memberi sumbangan, berkongsi perasaan dan mendoakan arwah bidadari saya, jika ada dosanya, mohon ampunkan. Jika ada hutang arwah pada kalian, maklumkan pada saya.
Jom kita sama² baca doa ini
اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها