“Allah Jadikan Penyakit Itu Sebagai Rahmat Kepada Orang-Orang Beriman” – Ingatan Buat Kita HambaNya Yang Lemah

Share

Kita sebenarnya satu dunia kini sedang diuji oleh Allah dengan musibah yang tidak pernah terfikir dek akal.

Namun sebagai hambaNya kita perlu menerima segala takdir Tuhan dengan berlapang dada kerana pasti ada hikmah di sebaliknya.

Walaupun kita sedang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, namun masih boleh bekerja dan juga menyebarkan ilmu melalui alam maya.

Misalnya Ustazah Asma Harun yang tidak putus-putus muat naik perkongsian ilmu di laman sosialnya.

Dalam perkongsian terbaru, Ustazah Asma Nasa yang menggunakan#BersamaHadapiUjianWabakDenganIman memberitahu bahawa rahmat Allah itu sentiasa ada. Allah akan menjadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang yang beriman.

RAHMAT ALLAH SENTIASA ADA 

Saidatina Aishah r.a berkata:

سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الطاعون فأخبرني أنه عذاب يبعثه الله على من يشاء وأن الله جعله رحمة للمؤمنين ليس من أحد يقع الطاعون فيمكث في بلده صابرا محتسبا يعلم أنه لا يصيبه إلا ما كتب الله له إلا كان له مثل أجر الشهيد.

“Aku bertanya Rasulullah SAW tentang wabak taun. Baginda menjawab itu adalah azab yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah akan jadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang beriman. Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah swt dan yakin jangkitan yang berlaku adalah ketentuan Allah, melainkan Allah akan memberinya pahala Syahid.”

(HR Bukhari)

#UAHSahabatDuniaAkhirat
#BersamaHadapiUjianWabakDenganIman

Jadi apa yang kita boleh lakukan sekarang ini dalam berhadapan dengan musibah ini adalah teruskan berdoa dan isi masa yang ada dengan amalan mulia. Semoga negara dan diri kita dilindungi dari jangkita penyakit merbahaya ini.

Published by
Siti Zurina Mat Saman