Perkara asas akidah yang wajib diketahui adalah Allah SWT adalah pemilik sebenar rezeki. Tidak ada yang boleh memberi atau menahan rezeki melainkan Allah SWT.

Firman Allah SWT bermaksud: “Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): ‘Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?’ Terangkanlah jawabnya: ‘Ialah Allah…'” (Surah Saba’, ayat 24)

Kisah anak gagak Bughats yang malang

Percayalah, Allah sudah mengatur rezeki setiap makhluknya. Namun kisah anak gagak yang disebut sebagai bughats sebelum membesar ini perlu kita jadikan teladan iaitu konsep rezeki yang dijamin dan datangnya dari Allah SWT.

Seorang ulama dari Syria bercerita tentang doa yang selalu ia bacakan. Ulama ini selalu mengucapkan doa seperti berikut.

ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺍﺭﺯُﻗﻨَﺎ ﻛَﻤَﺎ ﺗَﺮﺯُﻕُ ﺍﻟﺒُﻐَﺎﺙََ

Ya Allah, berilah aku rezeki sebagaimana Engkau memberi rezeki kepada bughats.

Apakah “bughats” itu?
Dan bagaimana kisahnya?

Allah Jamin Rezeki Makhluknya, Kisah Anak Gagak Bughats Yang Malang Boleh Dijadikan Teladan
.

Ads

Allah Jamin Rezeki Makhluknya, Kisah Anak Gagak Bughats Yang Malang Boleh Dijadikan TeladanTahukah, pabila lahir anak gagak, kulitnya berwarna putih, berbeza dengan ibunya warna hitam pekat. Disebabkan berbeza warna kulit, gagak dewasa ada satu sifat curiga adakah itu anak mereka. Dan ibu gagak biasanya akan meninggalkan anaknya sendirian di dalam sarang tanpa datang menjenguk, tidak seperti ibu-ibu lain yang akan menyuapkan anak mereka ulat. Ibu gagak biasanya akan melihat dari jauh sahaja.

Kata orang pandai-pandailah nak hidup. Kalau dalam usia sekecil itu, bagaimana bughats nak membesar tanpa sebarang makanan dan minuman?

Allah Yang Maha Pemberi Rezeki yang menanggung rezekinya, kerana Dialah yang telah menciptakannya.

Sebagai Sang Pencipta, Allah SWT sudah menjamin rezeki bughats kerana ketika kecil, ada satu aroma bau-bauan pada tubuh kecilnya yang akan menarik perhatian serangga-serangga kecil untuk mendekatinya. Ya itulah rezeki yang dijamin oleh Allah taala sehinggalah anak bughats tadi mula membesar hingga tumbuh bulunya. Bauan aroma ini hanya akan kekal sehinggalah anak bughats ini bertukar warna dan kemudian akan hilang dengan sendiri. Malah anak gagak akan bebas mencari rezekinya sendiri sebagaimana gagak dewasa yang lain.

Dan kerana itu, kisah teladan ini jangan kita risaukan tentang rezeki. Di sebalik usaha mencarinya, ada rezeki lain Allah sudah aturkan buat kita.

Dipetik dari petikan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr Luqman Abdullah, Mufti ini menulis tentang konsep rezeki dijamin Allah ini.

Ads

Setiap makhluk yang hidup termasuk haiwan, Allah sudah menetapkan rezekinya. Allah SWT berfirman bermaksud : “Dan tiadalah sesuatupun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).” (Surah Hud, ayat 10)

Ayat ini menjelaskan tiada satu pun makhluk yang diberikan kehidupan oleh Allah, kemudian dibiarkan tanpa ada jaminan rezeki. Al-Hafiz Ibn Kathir menyatakan: “Allah SWT memberitahu bahawa Dia menjamin rezeki semua makhluk termasuk semua binatang. Yang kecil, besar, di laut mahupun di darat.” (Tafsir Al-Quran Al-‘Azim)

Nabi Muhammad SAW juga pernah menjelaskan berkenaan kejadian manusia. Setelah menjelaskan peringkat kejadian manusia, Nabi SAW bersabda: “…Kemudian Allah mengutuskan malaikat, lalu diperintahkan agar ditulis empat kalimah. Dikatakan kepada Malaikat: Tulislah amalannya, rezekinya, ajalnya dan (pengakhirannya) sama ada duka atau gembira. Kemudian ditiupkan roh ke dalamnya…” (Hadis Riwayat Muslim, no 2643)

Bahkan dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman: “Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara kedua-duanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Maidah, ayat 17)

Tidak mempercayai atau meragui Allah adalah pemilik rezeki sama sahaja seperti meragukan Allah adalah pencipta alam. Ayat-ayat yang disebutkan adalah sebahagian petunjuk dan dalil bahawa Allah SWT adalah pemilik mutlak rezeki, bukannya manusia. Allah penentu rezeki seseorang, bukannya manusia.

Allah Jamin Rezeki Makhluknya, Kisah Anak Gagak Bughats Yang Malang Boleh Dijadikan Teladan

Ads

 

WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI

✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘

Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..

✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽‍♀‍

✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)

✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻

Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-jodoh-suami-kiriman-ilahi/

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI