Tular di media sosial, seorang lelaki bermotosikal dalam keadaan bogel di Johor Bharu. Di sebalik ramai menyifatkan dirinya “tengah lalok”, ada kisah di sebalik kejadian di mana dirinya dipercayai telah mengelar leher isteri dan anak sulungnya.
Dalam kejadian menyayat hati ini, Hajar Nur Syahirin yang baru menjalani pantang didapati meninggal akibat dikelar suami. Bahkan anak sulung pasangan ini, Hans Mohd Thakif Amir berusia kira-kira dua bulan juga didapati meninggal dunia.
Dalam pada itu, bapa kepda Hajar Nur Syahirin akui terkedu melihat anak perempuan dan cucunya berlumuran darah dan tidak bernyawa dipercayai dikelar di leher oleh menantunya sendiri di Kampung Bakar Batu di sini, tengah hari tadi.
Rosman Ahmad, 58, berkata dia menerima panggilan telefon daripada anak sulungnya yang memaklumkan terdapat masalah di rumah anak ketiganya yang berusia 26 tahun sebelum dia bergegas ke lokasi kejadian.
"Apabila saya sampai, anak pertama dan kedua sudah ada di sini (rumah keluarga anak ketiga), saya lihat anak perempuan saya terbaring depan pintu rumah dengan luka di leher macam dikelar.
"Cucu lelaki saya, juga terdapat luka di leher, ketika itu ada jururawat sedang mengendongnya. Tetapi, saya difahamkan cucu saya ditemui di sisi ibunya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.
Ads
Wanita itu dan anak tunggalnya, Hans Mohd Thakif Amir berusia kira-kira dua bulan, ditemukan sudah meninggal dunia, dipercayai dikelar suaminya berumur 25 tahun. Lelaki itu pula dilaporkan melarikan diri sejurus kejadian itu dengan menaiki motosikal dalam keadaan berbogel.
Beberapa video dan gambar memaparkan seorang lelaki dipercayai suspek dalam kejadian kelar isteri dan anak itu kemudian tular di media sosial.
Menurut Rosman, anak dan menantunya itu dijadualkan bersanding 24 Julai ini memandangkan tidak dapat berbuat demikian selepas bernikah tahun lalu kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ads
Malah, katanya, persiapan untuk majlis bersanding itu juga sudah siap dan hanya menunggu hari bahagia itu.
Ketika ditanya mengenai hubungan anak dan menantunya itu, Rosman berkata, sejak berkahwin, pasangan itu hidup bahagia.
"Anak saya dan menantu memang anak yang baik. Mereka tiada masalah. Saya tidak pernah dengar mereka bergaduh.
Ads
"Cuma akhir-akhir ini, saya tahu menantu saya tiada pekerjaan tetap selepas berhenti kerja beberapa bulan lalu. Mungkin dia ada masalah tempat kerja.
"Dulu dia ada buat kerja pembersihan di stadium, lepas itu dia berhenti kerja. Kemudian saya dapat tahu dia hanya kerja sambilan mencuci kapal di Pasir Gudang dan bantu kerja-kerja penyediaan makanan," katanya yang memaklumkan menantunya bukan seorang yang panas baran.
Sementara, isteri Rosman, Norazlina Hamdan, 50, berkata, mereka sekeluarga reda dengan apa yang sudah berlaku kerana menganggap menantunya juga anak yang baik "Anak saya kalau ada masalah banyak cerita dengan adik-beradik dia saja, tetapi tidak ada pula dia mengadu ada masalah kewangan.
"Jadi saya tidak sangka perkara ini boleh berlaku kerana sudah kenal menantu lama dan mereka baik," katanya pasrah.
Jenazah kedua-dua mangsa kini berada di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu di sini, esok. Sumber/ Gambar : Harian Metro
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Alangkah untungnya bagi mereka yang diberikan rezeki untuk bertemu jodoh. Tidak kira siapa jodoh kita, mereka adalah insan instimewa yang perlu kita jadi dalam mewujudkan keluarga bahaga.
Malah rumahtangga yang sakinah dan mawaddah adalah sebab utama rezeki akan sentiasa murah.
Namun setiap pasangan itu perlu saling hormat menghormati satu sama lain dan perlu ingar rezeki Allah itu sentiasa ada terbentag depan mata dan jangan lupa untuk mengingatinya agar rezeki berkat.
Salah satu amalan untuk rezeki dalam rumahtangga sentiasa berkat adalah mengamalkan doa tertentu. Antaranya ketika mahu membasuh beras yang dimasak.
~Assalamualaikum..
Nak share sikit, orang pompuan, kalau nk masak nasi tu, basuh beras tu bersih2..kalu boleh sampai air tu jernih2.. Tak keruh.. Supaya nasi tak cepat basi.. Sambil basuh dgn berlawan arah jam tu zikir #YaLatiff70x.. #YaWaduud70x
~Pastu doa, Ya Allah lembutkan la hatiku dan suamiku beserta ank2ku Sebutkan nama mereka(.. ….)Jadikan kami hamba2 yg taat dgn suruhanMu,satukanlah hati2 kami.. Dengan rezeki halal yg kau berikan kpd kami, Campakkanlah kasih syg antara kami.. Wujudkanlah rase cinta yg tak berbelah bagi buat kami..Hanye Engkau Ya Allah yg maha pengasih lg maha penyayang… Aaminnn..
#Buat hari2 dengan penuh yakin dan kasih sayang inshaaAllah Izin Allah ,Allah akan makbulkan Doa kita..
#SilakanShare moga Ukhwah kita semua berkekalan
Kredit : FACEBOOK VIA Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Antara amalan sunat yang boleh dilakukan apabila tibanya Syawal adalah dengan melakukan ibadah puasa sunat 6 hari di bulan Syawal.
Ianya thabit dari perbuatan Nabi SAW yang mana di dalam hadith ada menyebutkan mengenai kelebihan berpuasa 6 hari di bulan Syawal iaitu bersamaan pahalanya dengan berpuasa sepanjang tahun.
Ini berdasarkan sebuah hadith riwayat Muslim daripada Abu Ayub al-Ansari RA yang mana Rasulullah SAW telah bersabda: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Maksudnya: Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun. Riwayat Muslim (1164)
Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah ketika mensyarahkan hadith di atas menyebut bahawa hadith ini menjadi dalil bagi mazhab Syafi’e, Hanbali dan juga Daud (al-Zahiri) bahawa disunatkan untuk berpuasa enam pada bulan Syawal manakala fadhilat seumpama berpuasa sepanjang tahun adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang lain yang mana menyebutkan bahawa setiap kebaikan itu dibalas dengan 10 kali ganda أَنَّ الْحَسَنَةَ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا )[1].
ADAKAH PUASA ENAM PERLU DILAKUKAN SECARA BERTURUTAN?
Setelah mengetahui akan pensyariatan puasa sunat enam Syawal beserta fadhilatnya, timbul juga persoalan mengenai adakah puasa yang enam itu perlu dilakukan secara berturutan ataupun boleh dilakukan secara berasingan.
Mengenai persoalan di atas, al-Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam al-Majmu’ ada menyebutkan: “…dan disunatkan untuk berpuasa secara berturutan di awal Syawal. Sekiranya dipisahkan (tidak berpuasa 6 hari secara berturutan) ataupun diakhirkan puasa tersebut di dalam bulan Syawal, maka ianya dibolehkan…”[2]
Al-Imam Ibn Qudamah di dalam kitabnya al-Mughni menyebutkan mengenai permasalahan ini seperti berikut: “…tidak ada bezanya (menjadikan puasa tersebut) dilakukan secara berturutan ataupun dipisahkan samaada di awal Syawal ataupun diakhirnya kerana hadith menyebutkannya secara mutlaq tanpa dikaitkan dengan sesuatu yang lain…”[3]
KESIMPULAN
Berdasarkan pendapat-pendapat yang terdapat di dalam isu ini, kami katakan bahawa isu ini ada fleksibilitinya yang tersendiri iaitu puasa 6 boleh dilakukan secara berturutan ataupun dipisahkan. Diawalkan ataupun dilewatkan selagi mana masih berada di dalam bulan Syawal. Ianya tidak menjadi masalah.
Di dalam kemeriahan kita menyambut Syawal, sudah pasti akan ada jemputan dari sanak saudara juga rakan taulan untuk menghadiri rumah terbuka, kenduri dan sebagainya. Maka ianya tidak menjadi masalah serta penghalang untuk menunaikan puasa 6 Syawal kerana terdapat fleksibiliti di dalam kaifiat menunaikannya.
Alangkah baiknya jika kita dapat menghimpunkan dua kebaikan dalam bulan Syawal ini, satunya dengan berpuasa enam dan keduanya dengan menghubungkan silaturrahim sesama kita. Wallahu a’lam.
Sumber Kredit: Mufti Wilayah Persekutuan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sukar dipercayai namun ianya berlaku. Dalam sidang media melibatkan Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin, semalam, beliau menjelaskan 14 peratus daripada 122 kes Omicron membabitkan jemaah umrah setakat Selasa belum menerima suntikan vaksin.
Ia secara jelas melanggar ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) apabila yang hanya membenarkan mereka yang telah lengkap dua dos vaksin boleh keluar negara dan satu dos booster sebagai tambahan mengikut syarat dari Kerajaan Arab Saudi.
Memetik sumber Astro Awani, Menterinya, Khairy Jamaluddin memberitahu, pihaknya sedang meneliti alasan 17 jemaah terbabit mengenai perkara itu.
“Di sini, wujud isu ketidakpatuhan prosedur operasi standard kerana hanya mereka yang divaksin saja sepatutnya dibenarkan melakukan perjalanan. Kita akan bincang dengan kementerian terlibat supaya agensi pelancongan dapat patuh dengan syarat kita letakkan.
“Kita juga sedang siasat sama ada mereka ini yang tidak menerima vaksinasi disebabkan faktor kesihatan atau memang enggan divaksinasi,” katanya pada sidang media di Parlimen di sini, pada Khamis.
Berdasarkan data yang dikongsikan daripada 122 dijangkiti Omicron itu 26 menerima vaksin AstraZeneca, Moderna (satu), Pfizer (57), Sinovac (enam), selain penerima dos penggalak Pfizer (enam) dan Sinovac (lapan), manakala 17 tidak divaksinasi.
Dalam pada itu, Khairy menjelaskan, kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi dan konsulat di negara tersebut untuk memperketatkan SOP sedia ada.
“KKM bersama agensi berkaitan akan kemas kini SOP umrah termasuk pengambilan dos penggalak sebagai syarat mengerjakan umrah, pengurusan kes dan kontak rapat di Arab Saudi.
“Pemantuan status kesihatan, memperkukuhkan tanggungjawab kepada agensi pelancongan dan memastikan pematuhan SOP umrah oleh jemaah dan petugas umrah serta melaporkan kes positif dan kontek rapat kepada KKM,” katanya.
Dalam pada itu, Khairy memberitahu, KKM telah berbincang dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) dan Kementerian Pengangkutan berhubung penangguhan umrah.
"MOTAC akan bincang dengan agen-agen pelancongan untuk cari kaedah bagaimana dapat menjadualkan semula umrah. “Kementerian Pengangkutan pula akan bincang penjadualan semula penerbangan yang tertangguh disebabkan keputusan penangguhan ini,” katanya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi kebiasaan bila tiba perayaan tahun baru Cina, kaum Melayu turut meraikannya. Terutama bila ada ramai kalangan sahabat berbangsa Cina.Bukan sekadar ada makan-makan tapi...