Isi Kandungan
ToggleSebenarnya banyak hikmah yang kita peroleh sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutamanya bagi pasangan suami isteri.
Jika sebelum ini masing-masing sibuk dengan urusan harian dan hanya malam baru bersua muka.
Tetapi sepanjang KPP, pasangan suami isteri boleh berkepit 24 jam tujuh hari seminggu tanpa rasa bosan, sebaliknya menambah rasa kasih sayang antara satu sama lain.
Seperti perkongsian Puteri Sarah Liyana yang suka denga PKP kerana inilah masanya dapat berkepit selama 24/7 dengen suami tersayang, Shamsul Yusof.
Menurutnya juga jika seorang isteri melihat suami dengan kasih sayang, dan begitu juga suami, Allah akan pandang dengan penuh rahmat.
“RMO dengan u lama2 pun takpe, i suka Sepanjang PKP ni mengadaplah each other 24/7 pagi,petang,siang,malam hihihihi…
“kerana isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula yang melihat isteri dengan penuh kasih sayang , Allah s.w.t akan pandang dengan penuh rahmat
#stayathome#besafeeveryone
Perkongsianna ini mendapat respon dari warganet. Masng-masing bersetju dengan apa yang dikongsi oleh Puteri Sarah.
eyuzliza So sweet both of you.. semoga bahagia hingga ke syurga. Aminn…
norazahhjnoor Semoga bahagia di dunia dan akhirat dlm rahmatNya
syahidanisuhaimi Saya doakan kalian berdua diberi rahmat Allah sentiasa agar bahagia dalam keluarga bersama-sama sehingga akhir hayat. Aamiin YRA
sha_salwa Semoga kekal bahagia hingga jannah.. Aamiin
KREDIT: INSTAGRAM PUTERI SARAH
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Ruginya Seharian Berpuasa Tapi Tak Solat. Kedua-Dua Amalan Ini Wajib Dilakukan Untuk Dapat Manfaat Berganda!
Hari ini sudah masuk hari ketiga kita menjalani ibadah puasa. Walaupun tahun ini situasi Ramadan agak berlainan, tetapi yang penting menunaikan ibadah ini dengan penuh istiqamah.
Dalam kita berpuasa, jangan sesekali abaikan amalan wajib lain terutamanya solat. Tidak ada gunanya seharian berpuasa tetapi tidak bersolat. Ini kerana solat itu lebih utama kerana merupakan tiang agama.
Pendakwah Bebas, PU Riz dalam Tazkirah Ramadan memberitahu kedua-duanya adalah wajib untuk dilakukan.
“Solat dan puasa itu kedua-duanya perlu dilaksanakan. Tetapi bila kita tinggal salah satu terutama solat kerana solat itu adalah satu amalan yang membezakan orang Islam dengan bukan Islam.
“Kalau puasa orang Yahudi pun puasa juga. Kalau amalan solat macam kita buat ini, hanya orang Islam yang melakukannya.
“Jadi wajib kita laksanakan kedua-duanya, solat dan puasa dan semogą kita mendapat manfaatnya,” katanya.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
6000 Orang Sertai World #QuranHour Kali Ke-8 Di Masjid UIAM
Isi Kandungan
Toggle6000 Orang Sertai World #QuranHour Kali Ke-8 Di Masjid UIAM. Program berinteraksi dengan al-Quran itu diadakan serentak di 5,490 lokasi seluruh Malaysia dan 235 kawasan hotspot melibatkan 23 buah negara yang berdaftar.
World #QuranHour kali ke 8 bertemakan Misi Surah Al-Insan: Memanusiakan Ummah diadakan serentak di seluruh dunia dari lokasi perdana, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Jalan Gombak, Kuala Lumpur pada 22 Ramadan 1444H bersamaan 13 April 2023.
6000 Orang
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff, berkata tahun 2023, Surah Al-Insan menjadi surah pilihan bagi program #QuranHour di sepanjang tahuni.
Ia membawa tema “Memanusiakan Ummah” melalui agenda memanusiakan diri, keluarga, masyarakat dan negara dalam merealisasikan misi Masuk Syurga Sekeluarga dipilih bertujuan menanamkan nilai memanusiawikan ummah dengan 11 karakter insan Al-Abrar (orang berkebajikan).
Sertai World #QuranHour
Terdapat 11 karakter Al-Abrar perlu dididik dalam diri seseorang untuk menjadi Insan berkebajikan (Al-Abrar). Ia mencakupi tanggungjawab manusia kepada ALLAH SWT dan tanggungjawab manusia sesama manusia iaitu:
1. Amanah – Menunaikan nazar/janji kepada ALLAH SWT dan sesama manusia (76:7)
2. Takwa – Takut azab Allah SWT (76:7)
3. Infak – Memberi makanan (76:8)
4. Ikhlas – Tulus (76:9)
5. Berorientasikan akhirat – Beriman kepada hari akhirat (76:10)
6. Teguh – Berpegang teguh dengan al-Quran (76:23)
7. Sabar – Kegigihan (76:24)
8. Kawalan diri – Menahan diri daripada melakukan dosa (76:24)
9. Taat – Menunaikan solat fardu (76:25)
10. Bina jiwa – Solat Tahajjud (76:26)
11. Syukur – Bertasbih (76:26)
Kali Ke-8
Kempen gerakan al-Quran melalui baca, faham dan amal ini bermula sejak 2015. Kini World #QuranHour menjadi jenama terkenal untuk mempromosikan budaya membaca al-Quran dalam kalangan umat Islam.
Sejak pelaksanaan tahun 2016, kita telah mencapai 3.89 bilion capaian di media sosial dan berada di 313 lokasi di luar negara selain lebih 3000 lokasi di Malaysia.
Kini World #QuranHour kembali diadakan secara secara fizikal di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM selepas tiga tahun diadakan dari Studio TV AlHijrah sebagai penyiar utama dan secara atas talian di platform QuranHour dan Sinar Harian ketika musim pandemik Covid-19 sejak 2020.
Di Masjid UIAM
Program berinteraksi dengan al-Quran ini dinaungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama UIAM, Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM), Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran, badan kerajaan dan bukan kerajaan di dalam dan luar negara.
Antara rakan Sinergi Media yang bergabung dalam misi mengQurankan Bangsa Mengikhlaskan Ummah seperti Sinar Harian, Bernama, RTM, Astro Oasis, Astro Awani, Radio IKIM, Utusan TV, Utusan Malaysia, Nu Ideaktiv, Zayan FM, New Straits Time, Berita Harian, Harian Metro, TV3, Media Prima, TV9 dan Denaihati.com.
Penyiar Utama
Tahun ini, Astro Oasis kembali sebagai penyiar utama bagi World #QuranHour di lapangan untuk bersiaran secara langsung pada hari tersebut. Rakan media lain termasuk TV9, TV AlHijrah, RTM dan Bernama turut bersiaran serentak di platform masing-masing.
World #QuranHour menampilkan bacaan daripada qari, perkongsian tadabbur dan resolusi daripada Surah Al-Insan dari ayat 1 hingga 31.
Dalam perkongsian tadabbur, para pendengar akan dibawa untuk menghayati mesej dari Surah Al-Insan dengan harapan ia dapat melahirkan insan al-Abrar yang ikhlas dan sabar dalam menunaikan hak ALLAH dan menunaikan hak sesama manusia sehingga kelak dilayan oleh ALLAH SWT di Syurga bersama seisi keluarga (Serve to be served).
World #QuranHour
Menurut Marhaini, Surah Al-Insan akan dipasakkan di beberapa momentum besar pada tahun 2023 ini bermula dengan World #QuranHour pada 13 April bersamaan 22 Ramadan 1444H, Arafah #QuranHour pada 9 Zulhijah, Malaysia #QuranHour pada 30 Ogos dan World #QuranConvention pada 1 hingga 2 Disember dengan isi kandungan Al-Insan daripada sudut berbeza.
Melalui jemputan UIAM, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj telah mengampuni perkenan untuk berangkat buat kali kedua ke program World #QuranHour.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBhg Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar; Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff; Presiden UIAM, Tan Sri Samsudin Osman; Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak, Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub; dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Berhad, Datuk Khairul Anwar Saleh.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Putus Tunang Tanpa Sebab, Ini Hukum Pihak Lelaki Menuntut Semula Hadiah Hantaran
Isi Kandungan
TogglePutus tunang tanpa sebab, ini hukum pihak lelaki menuntut semula hadiah hantaran. Sebenarnya dibenarkan atau tidak pihak lelaki meminta pihak perempuan pulangkan kembali hadiah hantaran kerana pihak sana yang mumutuskan tali pertunangan.
Apatah lagi terputusnya ikatan tanpa sebab yang diketahui. Islam menggariskan panduan yang jelas berkaitan isu ini.
Ikuti penjelasan panjang lebar Pejabat Mufti Wilayah Persetujuan sama ada haram atau tidak bersikap “buruk siku”.
Artikel Berkaitan:
Putus Tunang
Soalan:
Saya telah bertunang dengan seorang wanita. Selepas sebulan majlis pertunangan, pihak perempuan ingin memutuskan pertunangan atas sebab yang saya sendiri tidak tahu. Bolehkah saya mengambil kembali hadiah hantaran pertunangan yang telah saya berikan?
Jawapan:
Pertunangan merupakan perkara yang dianjurkan oleh Islam sebagaimana sabda Nabi SAW:
انظرْ إليها فإنَّه أحْرى أنْ يؤدمَ بينكُما
Maksudnya:
“Lihatlah perempuan itu dahulu kerana ia akan lebih mengekalkan kasih sayang antara kamu berdua.’- Riwayat al-Tirmizi.
Tanpa Sebab
Telah menjadi adat di kalangan masyarakat Melayu untuk bertukar cincin, membawa dulang ke rumah si perempuan dan lain-lain dalam majlis pertunangan yang dipanggil ‘hantaran’ dan ini adalah merupakan adat yang harus dan tidak bercanggah dengan Islam.
Ia hanya sebagai simbolik dan tanda keseriusan untuk menjadikan perempuan tersebut sebagai isteri. Selagi mana adat tersebut tidak berlanggar dengan syarak maka ianya adalah perkara yang harus.
Mengenai hukum mengambil semula hantaran yang telah diberikan, secara asasnya hukum meminta semula hadiah atau pemberian yang telah diberikan kepada seseorang adalah haram melainkan pemberian dari seorang bapa kepada anaknya.
Sabda Nabi SAW:
العائدُ في هِبَتِهِ كالعائدِ في قَيْئِهِ
Maksudnya:
“Orang yang meminta semula hibahnya sama seperti orang yang memakan semula muntahnya.”- (Riwayat al-Bukhari)
Ini Hukum Pihak Lelaki
Dalam riwayat yang lain Nabi SAW bersabda:
لا يَحِلُّ لرجُلٍ أن يُعطِيَ عَطيَّةً، أو يهَبَ هِبَةً، فيرجِعَ فيها، إلَّا الوالدَ فيما يُعطِي وَلَدَهُ، ومثَلُ الَّذي يُعطِي العَطيَّةَ ثمَّ يرجِعُ فيها كمثَلِ الكَلْبِ يأكُلُ، فإذا شبِع قاء ثمَّ عاد في قَيْئِهِ
Maksudnya:
“Tidak halal bagi seorang laki-laki yang memberi suatu pemberian kemudian mengambilnya kembali, kecuali orang tua mengambil apa yang ia berikan kepada anaknya. Bandingan orang yang memberi suatu pemberian kemudian mengambilnya seperti anjing yang makan, maka setelah kenyang ia muntah kemudian menelan muntahannya kembali.”
(Riwayat al-Tirmizi)
Walau bagaimanapun ulama mazhab Syafi’i berpendapat bahawa hadiah yang diberikan semasa pertunangan boleh untuk diminta kembali sekiranya mereka tidak jadi untuk berkahwin kerana tujuan dari pemberian tersebut ialah untuk perkahwinan.
Oleh itu, apabila perkahwinan tidak berlaku maka pemberian tersebut berhak untuk diambil kembali.
Namun disyaratkan pemberian tersebut mestilah dengan tujuan untuk pernikahan. Manakala jika pemberian tersebut bukan dengan niat untuk pernikahan tetapi semata-mata sebagai hadiah maka tidak dibenarkan untuk mengambilnya kembali kerana ia termasuk dalam larangan hadis Nabi SAW di atas.
Menuntut Semula Hadiah Hantaran
Dalam pada itu sebahagian ulama mazhab Syafi’i memperincikan bahawa jika pembatalan perkahwinan tersebut berpunca dari keluarga perempuan dibenarkan pihak lelaki untuk menuntut kembali pemberiannya namun jika pembatalan disebabkan oleh pihak lelaki maka pihak lelaki tidak berhak untuk menuntut semula hadiah yang telah diberikan.
Seksyen 15 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan bahawa:
“Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut Hukum Syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah.”
Kesimpulannya, hadiah yang diberikan sebagai hantaran untuk pertunangan boleh untuk diambil kembali sekiranya mereka tidak jadi untuk berkahwin.
Pemberian tersebut boleh dipulangkan sama ada dengan memberikan kembali pemberian tersebut atau jika tidak ada maka boleh digantikan dengan nilainya. Selain itu, tuntutan semula hadiah tersebut boleh dibuat di mahkamah.
Baca Di Sini:
Kashoorga: Tidak menjadi masalah untuk menuntut semula, apatah lagi majlis pernikahan yang dirancang tidak menjadi kenyataan.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI