‘Allah Suruh Isteri Minta Duit Pada Suami.’ Mintalah Sebab Sayang, Bimbang Akhirat Nanti Lelaki Dihisab

Share

‘Allah suruh isteri minta duit pada suami.’ Mintalah sebab sayang, bimbang akhirat nanti lelaki dihisab. Minta duit pada suami bukan disebabkan mata duitan, tetapi sebab kasihankan suami.

Nafkah memang sudah menjadi tanggungjawab suami, oleh hal demikian tidak menjadi kesalahan bila seorang isteri meminta-minta nafkah daripada suaminya.

Artikel Berkaitan:

‘Poligami Tak Salah, Asal Suami Betul-betul Jaga Nafkah.’ Abang Tesla Kerja Keras Untuk Sempurnakan Keperluan Isteri-isterinya

Allah Suruh Isteri

“Allah suruh.”
“Allah sudah kata. Allah tinggikan darjat lelaki (suami) kerana memberi nafkah kepada perempuan (isteri).”

“Minta.”
“Minta macam kita minta duit daripada mak, ayah kita.”
“Kita minta elok-elok.”

“Kalau hari ini tak bagi. Minta lagi esoknya.”
“Kita minta sebab kita sayang. Nak suami kita selamat.”
“Takut di akhirat nanti suami kena siksa sebab tak bagi nafkah.”

Minta Duit Pada Suami

Sahabat. Kita jadi isteri. Minta sajalah belanja dapur, diri kita dan anak-anak dari poket suami. Minta macam kita minta duit dari mak dan ayah. Selagi tak dapat. Kita merengek. Buat-buat merajuk. Usahakan sampai berjaya.

Jangan kerana kita berniaga online. Kerja makan gaji. Dapat harta pusaka. Kita biarkan suami kita tidak keluarkan duit nafkah. Mungkin kita hendak jadi insan mulia. Reda apa sahaja.

Niat yang baik itu kadang mengundang musibah. Allah tak suruh begitu. Allah suruh lelaki menafkahi wanita. Allah tinggikan darjat lelaki kerana menafkahi wanita.

Jatuh martabat lelaki yang mencuaikan tanggungjawabnya. Bermula dengan rasa tenang mendapat reda isteri yang tidak menuntut nafkah.

Mintalah Sebab Sayang

“Allah suruh.”

Isteri. Minta duit belanja dari suami. Usah malu-malu. Usah kasihan dengan mata kasar. Kasihan dengan mata hati.

Kasihannya suami ku jika dihisab nanti. Malaikat memberitahu di hadapan Allah. Dia suami zalim.

Tidak membelikan untuk isteri pakaian baru untuk hari raya. Malah, tidak membelikan untuk isteri syampoo hingga isterinya bau hapak.

Tidak membelikan makanan hingga isterinya bekerja dan menafkahi dirinya. Serta tidak menyediakan belanja anak-anak. Hingga isterinya menangis malu menolak permintaan anak-anak.

Bimbang Akhirat Nanti Lelaki Dihisab

Nah. Buka luas-luas mata hati. Jangan kerana sempitnya rezeki kita rasa lemas dan ingin terjun ke tasik. Nanti betul-betul lemas dibuatnya.

Perlahan-lahan cuba minta nafkah dari suami. Dari seringgit dua kepada puluhan ringgit sehari. Minta dan terus minta setiap hari.

Insyallah rezeki suami akan semakin lapang kerana diberkati Allah. 1 ringgit belanja untuk isteri adalah wang yang sangat baik nilainya di sisi Allah.

Kerana si suami telah menunaikan hak isteri. Menunaikan tanggungjawab suami. Mendapat pahala sedekah kepada keluarga.

Pesannya cuma 1. Isteri, mintalah duit belanja dari suami.

Baca Di Sini:

‘Isteri Nekad Bakar Suami Kedekut.’ Nafkah Anak Tetap Jadi Tanggungjawab Bapa Walaupun Sudah Bercerai

Kashoorga: Dalam rumah tangga ada perkara boleh kita bertolak ansur dan ada sebaliknya terutamanya bab nafkah.

Sumber: Senyum Semanis Madu

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat