Buat masa ini serangan wabak influenza A telah melanda negara dan menimbulkan kebimbangan seluruh rakyat Malaysia.
Bukan sahaja kanak-kanak yang mudah dijangkiti tetapi juga golongan dewasa tidak terkecuali.
Biarpun orang dewasa dikatakan ketahanan badan lebih kuat berbanding kanak-kanak tetapi jika mengalami masalah kesihatan yang teruk pasti memberikan ia satu pengalaman ngeri.
Perkongsian seorang pengguna laman sosial, Anizon Hussin yang menceritakan pengalamannya menghidap wabak berkenaan.
Menurutnya dia mengalami simptom awal apabila diserang selsema teruk sehingga air hidungnya tidak berhenti-henti mengalir walaupun sudah menelan ubat.
Setelah memeriksa maklumat mengenai sakit ini, dan yakin petanda diserang Infleunza A, barulah dia merujuk dirinya menerima rawatan di pusat kesihatan. Rupa-rupanya memang benar dia telah diserang virus Influeanza A.
Walaupun hanya lima hari virus menyerang, tetapi wanita ini menganggap pengalaman ngeri bagi pesakit Influenza.
Ketika itu terasa badan terasa seperti dicucuk, hidung tak berhenti berair, kepala berat, batuk kahak bertukar warna hijau dan juga terpaksa dikuarantin dari semua orang.
Lebih menyedihkan, ketika itu dia merasakan Allah telah menarik segala nikmat makan, nikmat solat
Ayuh, ikuti perkonsiannya.
Baru sahaja terdengar virus ni sedang merebak rupanya virus ini sudah ada dalam tubuh badan.
Pengalaman ngeri sangat menjadi pesakit influenza.
Bermula dari serangan selesema yang tiba-tiba. Rasa pelik kerana tak pernah terkena selesema seperti ini.
Air hidung tak berenti mengalir. Mata rasa panas. Kepala berat.
Tapi biasalah rasa diri masih ok, gagahkan diri ke kelas, siap selfie macam2 ‘angle’ dalam kelas. Masa ni, hidung dah kemain merah.
Dah telan panadol pun masih sama. Minta balik kelas awal. Sampai rumah telan ubat lagi. Paksa diri tidur seketika.
Biasa kalau migrain, tidur seketika, bangun mesti ok. Rupanya masih sama.
Paksa lagi untuk baring. Dapat wasap dari Fazieda Danisha, poster simptom influenza. Teliti, ehhhh, macam hampir. Takut.
Jam 2 pagi, tak larat. Tak boleh tidur. Sakit badan macam kena denggi. Dulu pernah kena denggi.
Sampai hopsital dari tembual, doktor dah agak. Doktor buat dulu test amik sample kat hidung.
Hampir sejam menunggu result.
Masa menunggu, muka dah cuak takut kena virus itu. Aduhai, tak boleh nak bayang macam mana.
Barulah sibuk google cari info penyakit. Nampak doktor menghampiri.
Aduhai, harap dr kata, demam awak amik antibiotiok, esok lusa sembuh. Dan awak boleh balik.
Ya Allah, terbayang wajah mek abah kat rumah dan Aludra yang ibu belum settle beli barang asrama dan Ajda yang ibu asyik sana sini, lupa nak luang masa.
Fikir risiko untuk Ajda dan fikir risiko untuk orang tua seperti mek dah abah. Masuk wad.
Perlu menunggu di rumah kerana katil penuh.
Selama 11 jam menunggu di rumah, mata tak boleh bukak langsung.
Nak minta bantuan takut berjangkit dengan orang di rumah.
Paksa diri untuk bangun, step by step untuk bersihkan diri dan solat. Gerak sikit termenung, gerak sikit termenung. Termenung sebab tak larat.
Paksa diri untuk makan. Telan walau tiada rasa. Takut nanti gastrik pula.
Masuk hospital dan mula dirawat. Demam tinggi.
Malam pertama tak boleh tidur, badan mengigil. Siangnya pening, gerak sikit pening. Dr kata ini kesan dari virus.
Dr dah mula rawat dengan antibiotik. Macam-macam antibiotik.
Kesihatan makin ok, cuma masih lemah. Demam sudah hilang. Masih batuk, kahak warna hijau pekat.
Malam seterusnya tak boleh tidur kerana batuk. Dr xtray untuk check jika ada jangkitan lain.
Hari seterusnya buat rawatan nebulizer untuk cairkan kahak. Dan rawatan dengan tepukan di belakang badan. Masa tepuk ni, tekak akan rasa gatal dan kita akan batuk.
Hari ke 5, Alhamdulillah, dah semakin sihat. Lemah tu masih ada tetapi semangat perlu kuat. Cari semangat.
Satu pengalaman ngeri juga dalam hidup menghadapi virus influenza ni. Jagalah diri, di musim ini elak berada di tempat ramai orang.
Virus ini mungkin berjangkit semasa saya ulang alik ke hospital uruskan mek. Seingat saya, itulah tempat ramai orang yang saya pergi.
Tapi, mungkin juga ketika beli ayam di econsave
Terima kasih pada yang mendoakan. Moga kita sentiasa dalam jagaanNya
Dalam perkongsian lain juga, Anizon turut memberi tip bagaimana untuk mengelak virus Influenza ini
PAKAI MASK
————-
Di hospital swasta belambak di sediakan untuk pelawat dan juga pesakit.
Yang diberi jenis bertali. Ikat kemas-kemas supaya bila batuk semburannya tidak terpecik.
Mask yang disediakan kat hospital biasanya dipanggil topeng muka pembedahan.
Jika tengok ada dua kaler. Dan setiapnya ada fungsi.
Kak Anizon google rupanya jika kita selesema, putih patut menghadap muka kita dan bahagian berwarna lain menghadap luar. Ini kerana ia mengandungi tapisan untuk menapis mikroorganisma daripada tersebar kepada orang lain.
Jika beli di watson atau guardian, kita ada beberapa pilihan. Yang hitam ni, konon nak bagi imej cool sikit, Kak Anizon beli di watson.
Kak Anizon pilih yang ni sebab nak senang bernafas. Yang ni tak perlu ikat, cuma sangkut ditelinga.
Dan, ia juga menghalang bakteria dan habuk dari masuk.
Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.
Untuk musim sekarang, jadikan amalan menggunakan hand sanitizer ni satu kewajipan.
Seperti yang kita tahu, hand sanitizer atau cecair pembasmi kuman tangan ini berfungsi untuk menghalang daripada terkena sebarang jangkitan penyakit menerusi tangan yang kotor.
Dan juga, kita selalu basuh tangan dengan sabun antibakteria.
——————————-
Semasa Kak Anizon di hospital, doktor sangat menjaga berapa banyak sukatan air yang Kak Anizon minum setiap hari.
Ketika ini, badan tidak boleh dibiarkan sehingga kurang air. Ia akan melambatkan lagi proses untuk sembuh dah boleh membawa ke penyakit lain.
*****