Jodoh sebagaimana rezeki dan ajal telah ditetapkan di Luh Mahfuz lagi oleh Allah. Cepat atau lambat tibanya jodoh sebahagiannya dipengaruhi oleh sikap kita; bagaimana kita bertindak untuknya.

Walaupun sudah ditentukan, namun kita masih perlu berusaha, doa dan bertawakal. Siapa yang berusaha lebih, berdoa dan tawakal, Allah pasti berikan ganjarannya.

Jika ada yang mendakwa sudah banyak berusaha, tidak putus berdoa, mungkin ada hal-hal lain yang membuatkan jodoh itu terkandas dan lambat tiba. Tidak mustahil, mungkin ada dosa kita yang menjadikannya terhalang.

Artikel berkaitan: “Di mana Jodohku”, Jangan Tergesa Buat Keputusan Sebab Takut Tak Kahwin

Artikel berkaitan: Hidup Bujang Sampai Tua. Sabarlah, Temui Jodohmu di Syurga

Apa pun kita amati 5 hal yang boleh dikaitkan sebagai punca jodoh lambat tiba:

1. Audit Jika Ada Dosa Yang Kita Tidak Sedari

Tiada manusia yang bebas daripada dosa. Tidak mustahil, kita berterusan melakukan kesalahan yang tanpa kita sedar bahawa ia adalah dosa yang membantutkan usaha kita mendapatkan jodoh. Kalau begini keadaannya, kerapkanlah berzikir dan beristighfar kepada Allah SWT dengan memohon keampunanNya.

Menerusi zikir dan beristighfar, semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa kita. Selain itu, kita harus berhati-hati dalam bertindak agar tindakan-tindakan kita tidak menimbulkan dosa yang boleh menjadi penghalang datangnya jodoh.

IKLAN

Allah Telah Tetapkan Jodoh Kita, Kalau Lambat Mungkin Ini Puncanya

2. KPI Tinggi Untuk Kriteria Jodoh

Tidak salah malah digalakkan meletakkan kriteria dalam memilih jodoh. Itu memang hak kita. Namun harus ingat kita muhasabah diri dulu; lihat sejauh mana bagusnya kita untuk memiliki jodoh yang kita mahukan.

Apabila KPI kriteria jodoh itu terlalu tinggi dan tidak seiring denga diri kita, takut-takut, jodoh tak sampai-sampai. Mungkin sudah jumpa dengan ‘jodoh’ idaman, tetapi diri kita pula tak setanding dengannya.

Ingat bahawa jodoh kita adalah cerminan diri kita. Bagaimana kita itulah gambaran jodoh kita nantinya. Untuk itu, dalam menentukan kriteria jodoh terlebih dahulu kita harus kenal diri kita bagaimana. Takut nanti ada yang kata “Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong”

IKLAN

3. Harapan Tinggi Semasa Bercinta

Saat bercinta, janganlah terlalu meletakkan harapan tinggi pada kekasih hati kelak nanti memakan diri apabila harapan itu tidak kesampaian.

Tinggalkan sedikit untuk diri sediri agar tidak luka parah nanti. Harapan yang berlebihan akan menjadi penyebab kita sakit hati dan juga menjadi penghalang datangnya jodoh.

Salah kita juga apabila terlalu berharap pada orang yang kita cintai itu bukannya berharap pada Allah. Berserah dan mohonlah kepada Allah SWT dengan berdoa secara istiqomah.

Dengan kita berserah diri dan memasrahkan semuanya kepada Allah SWT, jodoh pasti akan datang dengan cara yang tidak terduga.

IKLAN

Allah Telah Tetapkan Jodoh Kita, Kalau Lambat Mungkin Ini Puncanya

4. Hati Belum Bersedia

Jika hati pun masih kuat rasa ragu dan takut-takut ini menyebabkan diri kita tak bersedia. Sukar untuk jodoh datang dan melekat jika begini keadaannya. Perasaan cinta yang sebenar-benarnya adalah datang dari hati nurani. Bulatkan tekad dalam hati bahawa kita mahukan dipermudahkan jodoh kerana Allah SWT.

5. Terbuai dalam dunia percintaan
Unsplash.com/Scott Broome
Niatkan dengan kuat bahawa anda ingin mengakhiri zaman bujang dengan ikhlas dan jujur. Ia harus datang dari hati yang bersih. Jika sekarang dalam dunia percintaan, maka jangan lah biarkan keadaan ini terlalu lama.

Jangan biarkan diri terbuai dalam dunia percintaan seperti ini. Ikatan yang belum sah boleh menjadi sebab lambatnya jodoh sebenar kerana hubungan seperti ini banyak tidak memberi manfaat.

Kita sibukkanlah diri dengan memperbaiki diri agar mendapat redha Allah bagi memudahkan kita menjemput jodoh yang sudah disiapkan Allah SWT.

Sumber artikel: Jodoh lambat

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI