Tiada apa yang lebih indah melainkan cinta selepas berkahwin.

Tiada sebarang kisah cinta digembar gemburkan di media massa, namun tahun baru 2022 disambut penuh bahagia oleh penyanyi yang aktif dengan kerja-kerja kemanusiaan, Heliza Helmi yang selamat disatukan dengan cinta hatinya, Dato Sri Mahadi Badrul Zaman di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 1 Januari lalu.

Dapat dilihat, dirinya kelihatan malu-malu saat jarinya manisnya disarung cincin ketika majlis membatalkan air sembahyang saat sah bergelar isteri kepada suami tercinta.

Menjadi tumpuan ramai berikutan pernikahan ini, mengenakan busana menurut syariat sepenuhnya, Heliza Helmi tampil manis di majlis akad nikahnya.

IKLAN

Dan semalam, meraikan hari bahagia mereka di sebuah hotel, ramai menzahirkan rasa senang dan mendoakan pasangan ini kekal hingga jannah kerana majlis mereka dilihat tidak keterlaluan sebaliknya kedengaran alunan selawat Nabi saat pasangan bahagia ini berarak masuk ke dewan utama.

Bahkan dapat dilihat pasangan pengantin ini bersama-sama berselawat Nabi ketika majlis mereka berlangsung.

IKLAN

Dihadiri tetamu termasuk di kalangan alim ulamak seperti Ustaz Wadi Anuar, Ustaz Kazim Elias, Dato Dr Izhar Ariff bahkan ada lagi golongan beragama hadir termasuk Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah iaitu qari terkenal, Abdul Karim Omar, Ustaz Haslin Bollywood serta ramai lagi sekaligus ramai mengakui berasa tenang dan dianggap wedding of the year oleh kebanyakan peminat Heliza.

IKLAN

Tidak hanya golongan agamawan, kelihatan Datuk Sri Siti Nurhaliza turut hadir dan menyanyi lagu Mikraj Cinta di majlis penuh baraqah ini. Dapat dilihat di majlis ini penuh keberkatan dengan kehadiran para ilmuan bahkan pakaian tetamu-tetamu juga sangat sopan sekaligus majlis resepsi penuh gah ini berunsurkan keislaman sepenuhnya.

Didoakan agar pasangan pengantin ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat mereka. Sumber Tik Tok @ummupresint17

https://www.tiktok.com/@ummupresint17/video/7048648528649915675?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6973624686812366338

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI