Sebagai seorang Islam wajib percaya bahawa setiap penyakit ada ubatnya berdasarkan Al-Quran dan Hadis di bawah.
Firman Allah SWT:
“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (Al-Israa’ 17:82)
Ikuti perkongsian wanita ini yang merupakan penghidap kanser.
Seram juga baca penulisan doktor doktor sekarang yang menulis dengan bahasa yang agak kasar! Sentap! Padu! Hentam!
Kemudian mereka seakan akan serang satu persatu bidang bidang tertentu terutamanya bidang alternatif selain dari perubatan hospital.
Bercakap dari pengalaman sendiri.
Saya adalah pesakit kanser. Selepas rawatan kimoterapi, saya bergantung kepada antibiotik jika diserang batuk. Tanpa antibiotik batuk saya tidak akan baik.
Saya mudah dijangkiti batuk kerana kanser saya menyerang paru paru sebelah kiri saya. Kanser Lymphoma. Hodgkin Disease.
Ads
CULAS BUAT RAWATAN KEMOTERAPI
Cerita tentang rawatan chemo, saya adalah pesakit yang acah acah melarikan diri dari meneruskan rawatan chemo. Tetapi ‘cair’ serah diri balik ke hospital selepas dipujuk baik oleh Staff Nurse yang baik lagi syantek, Kak Yati nama dia. Dahulu dia bertugas di Daycare Hospital Ampang. Dia jer yang selalu dapat cucuk tangan saya untuk masukkan branular. Nurse lain tak berani cucuk saya sebab vein saya halus dan tegang macam dawai ampai jemur kain lepas kena chemo.
Berbalik cerita asal, saya adalah seorang yang mudah dijangkiti batuk. Setiap kali batuk kena serah diri di hospital untuk minta doktor prescribed antibiotik. Tak boleh beli sembarang di farmasi.
Saya jadi takut nak dekat dengan orang. Kalau ada yang batuk, mesti saya ‘kena’. Batuk teruk sampai terkencing kencing! Sampai kering tekak! Sampai berdarah kahak.
DOKTOR CADANG AMAL MAKAN MADU
Ads
Perkara ini berterusan sehingga saya mengandung anak yang ke dua kira kira 4 tahun selepas rawatan chemo.
Semasa follow up pregnancy dengan doktor pakar di Klinik Ibu & Anak, saya minta doktor prescribed antibiotik sebab saya batuk ketika itu. Doktor tersebut enggan dan berasa tak berapa happy dengan keadaan saya yang bergantung kepada antibiotik. Lagi lagi saya mengandung, ianya tidak baik untuk janin dalam kandungan.
Doktor beri cadangan untuk saya cuba amalkan makan ‘madu’ untuk rawat batuk saya. Saya frust dengan keputusan doktor tersebut.
Sebagai langkah protes, memang saya makan madu setiap kali batuk. Saya dapatkan madu tualang dari kiosk madu tualang yang hanya menjual madu tersebut sahaja.
Batuk! Telan madu! Asal batuk, telan madu. Protes! Protes sebab doktor tak bagi ubat antibiotik. Batuk lagi! Telan lagi! Tengah malam terbatuk! Bangun makan madu. Pagi pagi berkahak, lari pergi dapur telan madu.
Lama juga saya buat amalan makan madu. Sehinggalah saya mengandung anak ke tiga dua tahun kemudian. Tiba tiba saya teringat saya pernah protes dengan doktor yang sama ketika beliau tak nak bagi ubat antibiotik.
Ads
GABUNG RAWATAN MODEN & ALTERNATIF
Saya baru perasan yang saya dah tak batuk lagi. Dah tak merentan sibuk nak makan antibiotik setiap kali batuk.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya dapat pulihkan paru paru saya yang mungkin rosak ketika kanser dahulu.
Ada dua peringkat di sini, saya rawat dengan chemo dan pulihkan organ tersebut dengan madu iaitu sumber dari alam yang Allah jadikan penuh manfaat.
Bagi saya, rawatan hospital rawatan juga, tetapi pengambilan alternatif seperti makanan sunnah, minyak bau bauan semulajadi mungkin adalah usaha untuk memulihkan kembali organ atau anggota yang telah mengalami sakit.
Sebilangan doktor doktor mungkin kendurkan sedikit bahasa atau penulisan yang agak keras bunyinya kerana semua berlaku atas izin Allah. Jika Allah kata baik dengan rawatan hospital, baiklah dia. Jika Allah kata baik dengan ‘do nothing’, baiklah dia. Jika Allah kata baik dengan rawatan homepathi, baiklah dia. Hatta jika dengan izin Allah, sakit pun boleh baik dengan air yang hanya dibaca dengan Alfatihah oleh insan insan biasa yang dipilih Allah.
Jauhkan sikap sombong dan melabel. Kerana syaitan yang pernah duduk di syurga pun akhirnya terkeluar dari sana kerana sifat sombong dan melabel.
Sumber kredit: FB: Rafiza Idayu
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Banyak makanan yang membantu dalam penjagaan rahim. Antaranya ialah nanas. Nanas mengandungi enjim bromalin. Selain Nanas, betik juga elok diamalkan dan ia bagus untuk rahim. Ini kerana betik mengadungi enzim papase. Kedua-dua enzim berperanan untuk membersih darah kotor di belakang rahim.
Selain itu, amalkan juga makan keledek merah. Keledek merah membekalkan sedikit hormon progesterone. Amalkan juga makan keladi kerana ia ada sedikit estrogen. Ubi kayu pula ada sedikit B17 (anti kanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim.
Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai juga bagus kerana bahan-bahan ini ada kesan-kesan anti inflammatory juga berperanan menjaga rahim. Perbanyakkan juga makan sayur-sayuran khususnya yang berwarna hijau saperti bayam, sawi, pucuk paku, kubis, kacang, lobak merah, brokoli, taugeh dan lain-lain.
Selain sayur-sayuran, buah-buahan juga baik untuk menjaga rahim. Banyakkan makan buah-buahan seperti jambu, oren, mangga, epal dan buah naga. Kekacang juga mengandungi khasiat untuk penjagaan rahim. Makanlah pelbagai kekacang seperti kacang tanah, gajus, badam, walnut dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama-sama kismis dan kurma.
Makan lebih ikan seperti ikan kembung, tenggiri, bawal, tuna dan tongkol. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi anti okidant yang boleh mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari. Amalkan juga pengambilan suplement multivitamin, vitamin C (1GM) dan vitamin E (400 IU), logam kalsium dan minyak ikan (1-2000 GM) setiap hari.
Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid tumpah/melimpah ke belakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut dan terdapat sistem pembersih darah haid.
Bila sistem ini gagal akibat penurunan imuniti ekoran daripada pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stres, darah haid menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis. Ketumbuhan yang paling sering berlaku pada rahim ialah fibroid. Walaupun ia boleh menimbulkan gejala-gejala yang sama tetapi ia boleh dibuang melalui pembedahan dan dipulihkan kemampuan untuk hamil.
Dipercayai darah haid yang tidak lancar dan bertakung di belakang rahim menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim. Oleh sebab itu ketika haid wanita tidak boleh solat dan baca Al-Quran, sebaiknya banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah mencegah gangguan jin dan syaitan.
Sumber: Facebook: Dr Hamid Arshat
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Air zam zam memiliki khasiat dan manfaat yang sangat banyak. Perkaatan Zam Zam itu sendiri berasal dari bahasa arab yang bererti banyak atau melimpah. Air Zam Zam yang dimaksud di sini adalah air yang berasal daripada sumur Zam Zam yang berjarak 38 hasta dari kaabah.
“Dari Abi Thufail, dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Saya mendengar Rasulullah bersabda,”Kami menyebut air Zam-Zam dengan syuba’ah (yang mengenyangkan). Dan kami juga mendapatkan, air Zam-Zam adalah sebaik-baik pertolongan (kebutuhan atas kemiskinanan)”. [HR Tabrani]
Air Zam Zam memiliki keistimewaan yakni jumlahnya yang banyak dan tidak pernah habis meskipun telah diambil oleh jutaan orang dari seluruh dunia setiap hari. Air Zam Zam mampu memelihara kesihatan sebagaimana Ibnu Taimiyyah berkata,
“Seseorang disunnahkan untuk meminum air Zam-Zam sampai benar-benar kenyang, dan berdoa ketika meminumnya dengan doa-doa yang dikehendakinya. Tidak disunnahkan mandi dengannya (menggunakan air Zam-Zam).
Air Zam Zam mengandung 30 unsur dan air ini tidak berbau, berwarna dan bebas dari kuman dan bakteria. Nutrien yang terkandung dalam air Zam Zam antara lain adalah sodium, kalsium, potasium dan magnesium yang masing-masing memberikan manfaat kepada tubuh.
Sebenarnya banyak manfaat minum air Zam Zam antaranya ialah:
MENGUBATI PELBAGAI JENIS PENYAKIT
Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Sebaik-baik air yang terdapat di muka bumi adalah air Zam-Zam. Di dalamnya terdapat makanan yang mengenyangkan dan penawar penyakit.”
Sebagaimana hadis di atas, telah dinyatakan secara jelas bahawa mengamalkan minum air air Zam Zam dipercayai dapat menyembuhkan berbagai jenis penyakit. Maka sebab itulah mereka yang menunaikan ibadah umrah dan haji sering membawa pulang air Zam Zam sebagai buah tangan.
METABOLISME TUBUH
Air membantu melancarkan metabolisme tubuh. Air Zam Zam yang tidak mengandungi bahan kimia lebih baik daripada air biasa atau air mineral yang kita minum setiap hari.
MEMULIHKAN SEL KULIT MATI
Air Zam Zam juga dipercayai dapat memulihkan kulit secara optimum. Amalkan secara rutin kerana air Zam Zam amat baik untuk kesihatan kulit.
MENAMBAH DAYA KEPINTARAN
Dari Imam Syafi’i bahawa beliau minum air Zam Zam dengan niat untuk pandai memanah sehingga dalam sepuluh kali memanah beliau tepat sebanyak sembilan kali mengenai sasaran. Dalam riwayat lain, beliau berkata, “Saya minum air zamzam untuk tiga hal iaitu pintar memanah maka dalam sepuluh kali saya tepat semua mengenai sasaran, (2) pandai dalam agama maka sebagaimana kalian lihat sendiri sekarang, (3) untuk masuk syurga maka saya berharap untuk mendapatkannya kelak”.
MEMBERI TENAGA KEPADA IBU HAMIL
Ramai ibu yang hamil seringkali mengalami masalah stamina terutama pada awal kehamilan. Morning sickness yang teruk boleh menyebabkan si ibu mengalami kehilangan tenaga. Bagi menggantikan tenaga yang hilang, ibu-ibu yang hamil boleh amalkan minum air Zam Zam. Air Zam Zam tidak mengandungi bau maka tentu sekali ibu-ibu yang hamil tidak akan berasa mual.
MEMBERI NUTRISI KEPADA BAYI DALAM KANDUNGAN
Selain memberi tenaga kepada ibu yang sedabng hamil, air Zam Zam juga dapat memberikan nutrisi pada bayi dalam kandungan. Oleh sebab itulah semua makanan dan minuman yang diambil oleh ibu turut dikongsi dengan bayi dalam kandungan. Ibu-ibu yang hamil boleh mengamalkan minum air Zam Zam untuk menjaga pertumbuhan bayi dalam kandungan.
MEMBANTU MELANCARKAN PEREDARAN DARAH
Pengambilan air Zam Zam dipercayai dapat membantu melancarkan sistem peredaran darah di dalam tubuh. Hasilnya tubuh akan semakin sihat dan bertenaga.
BAIK UNTUK TULANG DAN GIGI
Kandungan Potasium dan Kalsium yang cukup tinggi dalam air Zam Zam sangat baik untuk perkembangan tulang dan gigi. Elok diamalkan setiap hari air Zam Zam ini terutama mereka yang mengalami masalah tulang dan gigi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ramai di antara kita yang berpuasa pada bulan Ramadan mengambil tembikai ketika berbuka puasa (Iftar) sama ada buah yang dipotong atau diambil sebagai jus tembikai. Tetapi tidak ramai yang tahu manfaat buah tembikai ini.
Ada hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah memakan buah tembikai. Ini menunjukkan buah tembikai adalah buah yang bernutrisi, selamat dan baik untuk dimakan.
Ada ulama (tidak diketahui sumber) memberitahu wanita yang hamil digalakkan untuk memakan tembikai kerana anak yang bakal dilahirkan akan baik akhlaknya dan sempurna sifatnya.
Mengikut kajian sains pula, buah tembikai ini sangat sesuai dijadikan hidangan pertama ketika berbuka puasa bersama dengan kurma. Satu atau dua ulas tembikai bersama beberapa biji kurma dan segelas air kosong cukup untuk memberikan tenaga segera bagi mereka yang berpuasa.
Tembikai mempunyai Glycemic Index yang tinggi, bermakna penyerapan gula ke dalam darah berlaku dengan pantas. Oleh kerana kita hanya mengambil beberapa ulas saja, ia tidak memudaratkan.
Nasi putih GI: 72 (tinggi) 150 kalori/100g
Tembikai GI :72 (tinggi) 30 kalori/100g
Kurma GI: 42 (rendah) 282 kalori/100g
Semasa menjalankan ibadah puasa, beberapa perubahan fisiologi dalam tubuh akan berlaku. Antaranya enzim yang berada dalam tubuh dikeluarkan secara perlahan-lahan disebabkan kita tidak makan sepanjang hari. Lapisan lendiran yang menyelaputi dinding dalam saluran penghadaman (perut dan usus) menipis. Oleh itu apabila kita berbuka puasa, mulakanlah dengan makanan yang bersifat mudah (simple real food). Antaranya buah-buahan seperti tembikai, anggur, pisang dan betik.
Tembikai mengandungi Vitamin A, C, thiamin, riboflavin, niacin, vitamin B6 dan folate. Vitamin-vitamin ini membantu menstabilkan mood dan menguatkan ingatan. Berbuka puasa dengan tembikai dapat mengekalkan kesihatan tubuh. Ia mengandungi 92% air dan nutrisi yang tinggi, sesuai untuk menghilangkan dahaga ketika berbuka puasa dan menggalakkan perpeluhan ketika musim panas.
Tembikai juga mengandungi sebatian lycopene iaitu sebatian antioksida yang boleh didapati dari buah-buahan berwrna merah seperti tomato. Satu gelas tebikai mengandungi 10mg lycopene, sementara satu gelas tomato mengandungi 5-6 mg lycopene. Lycopenen sangat baik untuk merendahkan risiko mendapat penyakit jantung dan osteoporosis, juga membantu mengelakkan penyakit kanser pada payudara dan prostat.
Lycopene juga merupakan antioksida yang bagus diamalkan bagi pesakit diabetes, katarak, kulit dan juga membantu dalam masalah kesuburan.
Tembikai juga mengandungi sebatian citrulline, yang merangsangkan pengeluaran bahan nitric oxide, yang berfungsi sebagai merehatkan, melembutkan dan mengembangkan saluran darah yang sangat sesuai diamalkan oleh pesakit yang mengalami mati pucuk (erectile dysfunction) dan tekanan darah tinggi. Bila salur darah mengembang ia mengekalkan perjalanan darah dalam saluran koronari pada jantung.
Sumber: DrZubaidi Hj Ahmad
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?