Di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985, seksyen 25,

(1) Sesiapa yang minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan yang tidak boleh dikenakan hukuman hadd mengikut Hukum Syarak adalah bersalah atau suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat enam kali.

(2) Sesiapa yang membuat, menjual, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa arak atau minuman yang memabukkan adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Jika kita perhatikan, banyak pasaraya hari ini menjual arak secara terbuka (biasanya diletakkan di satu sudut tertutup tapi masih boleh dilihat dengan mudah). Ia bebas dibeli oleh bukan muslim dan lelaki dewasa. Ada ketika juruwang terdiri dari muslim sendiri yang dilihat “tidak rela” memegang tin minuman beralkohol ini namun kerana tugas dan mengikut arahan majikan, adakala mereka melakukannya.

Bacalah perkongsian dari Bilal Jailani, Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Bangi yang telah bertindak berani “menegur” juruwang sebuah pasaraya popular mengenai isu penjualan arak yang menjadi satu kesalahan.

KALI KEEMPAT TEGUR CASHIER, ELAK PENJARA 3 TAHUN

Semalam, ketika beratur untuk membayar di Speedmart99 Southville Bangi, saya perasan warga asing di belakang saya bawa sekitar 6 tin arak Tiger. Selesai membayar, saya bertanya kepada cashier, “Cik, adakah awak boleh uruskan transaksi arak ni?”.

Cashier muda bertudung itu menjawab, “Tu la, kalau boleh saya tak nak terlibat”.

IKLAN

Saya berkata, “Cik, di Selangor, jual arak adalah jenayah Syariah yang boleh dihukum 3 tahun penjara. Cik tak boleh teruskan transaksi ni. Kalau Cik teruskan, saya akan rakam dan buat laporan polis”.

Saya juga bagitahu kepada warga asing yang nak beli arak tu, “Encik, cashier ni tak boleh teruskan jualan. Dia orang Islam. Dia tak boleh jual arak”.

Warga asing itu balas, “Air ni bukan saya punya. Ini orang lain suruh beli”. (Dia tak faham kata saya agaknya).

Kemudian seorang lagi staf Speedmart datang. Staf lelaki ini kata, “Kita faham yang arak ni tak elok. Kita pun tak nak jual benda ni. Tapi ini urusan kerja”.

IKLAN

Saya balas, “Majikan tak boleh arahkan pekerja lakukan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang negara. Anda juga tak boleh buat kerja yang melanggar undang-undang negara, biar apapun kontrak pekerjaan anda”.

Staf lelaki itu berkata, “Kalau Encik mahu, Encik boleh bercakap dengan manager saya”.
“Boleh. Tolong panggil dia”, ujar saya.

Apabila sang manager tiba, saya jelaskan semuanya, dan saya minta dia hold transaksi 6 tin arak Tiger ni. Dia berkata, “Kami akan hold, dan laporkan ke pihak atasan. Keputusan adalah di tangan mereka”.

Kemudian saya toleh ke belakang mencari warga asing yang nak beli arak tu. Rupanya dia dah lesap.

IKLAN

Alhamdulillah, berjaya halang satu kemungkaran. Sebelum beredar, saya berkata, “Encik dan Cik, saya bukan nak menyusahkan kamu. Saya sedang protect kamu sebenarnya. Saya sedang bantu kamu. Jika kamu nak, saya boleh usahakan bantahan, hingga jualan arak di kedai ini dihentikan terus, jadi anda boleh bekerja dengan senang hati”.

Saya mohon izin bergambar, beri business card saya, dan beredar.

Apabila pulang ke rumah, saya membuat refleksi terhadap apa yang berlaku.

Seingat saya, ini adalah kali keempat saya menegur cashier muslim berkenaan jualan arak di kaunter. Pertama adalah di Shah Alam, tanggal 30 Ogos 2011. Yang kedua saya tak ingat. Yang ketiga di Speedmart Taman Putra Kajang.
Setiap kali teguran, bahasa dan keyakinan saya makin baik. Kalau dulu macam malu-malu kucing, semalam sudah macam harimau. Kali kelima nanti saya tak tahulah.

Nahi mungkar ini perlu dilatih. Setiap kali kita buat, kita improve. Oleh itu, jangan abaikan setiap mungkar yang berlaku di hadapan anda.

Itulah refleksi saya. Moga Allah tetapkan kita atas jalan Umat Terbaik, Yang Mengajak Makruf, Menghalang Mungkar dan Beriman Kepada Allah. Ameen.

BILAL JAILANI
Yang Dipertua
Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Bangi
6 Dis 2021

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI