Tiada berita yang menggembirakan bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga selain mendapat khabar berita bakal bergelar seorang ibu dan ayah. Bagi pelakon Elfira Loy, apabila disahkan hamil anak sulung, ia merupakan satu perkara yang cukup dan indah dan juga anugerah yang tidak ternilai daripada yang Maha Esa.
Elfira yang kini berusia 25 tahun mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anuar, awal tahun ini. Meskipun enggan berkongsi ‘usia’ sebenar kandungannya namun pelakon ini mengakui bahawa dia sudah pun melepasi trimester pertama (1 bulan-3 bulan).
SYUKUR DAN SEPERTI TIDAK PERCAYA
Ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi Hari Raya Elfira Loy X MC Vogue di Flora Terrace baru-baru ini, pelakon ini agak malu-malu untuk mendedahkan perkara tersebut kepada umum.
Mensyukuri kehamilan awal tersebut, namun kata Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, seakan tidak percaya dengan berita baik tersebut.
“Saya gembira dan sangat bersyukur kerana sekarang ini selalu baca tentang wanita susah untuk hamil.
Ads
“Jadi apabila saya disahkan mengandung walaupun baru empat bulan berkahwin, saya bersyukur dan tak sangka rezeki datang awal. Suami pun terkejut juga dan tergamam pada awalnya. Kalau orang tanya tentang jantina anak pula, saya dan suami tidak kisah. Lelaki atau perempuan, kami tak kisah,”ujar Elfira.
Ditanya tentang amalan ketika mengandung, Elfira tidak keberatan berkongsi.
“Saya ada dengar juga beberapa surah yang elok dibaca oleh wanita yang mengandung. Buat masa ini saya belum lagi amalkan surah-surah tertentu.
Ads
Namun apa yang saya lakukan ialah selepas solat, saya baca surah-surah biasa yang saya amalkan sebelum ini. Ditambah dengan doa untuk cahaya mata sahaja,”ungkap Elfira.
TUMPU PADA KEHAMILAN
Pada mulanya Elfira tidak tahu yang dia sudah ada ‘isi’ ketika menjalani penggambaran telemovie.
Ads
“Namun Alhamdulillah, semuanya selamat dan sampai sekarang pun masih tak percaya saya mengandung. Selepas tahu saya mengandung, saya akan ‘stopkan’ dulu aktiviti lakonan buat sementara waktu.
“Ye lah, sudah ada nyawa yang sedang saya kandung sekarang. Fokus utama saya ialah untuk menjaga anugerah yang terindah ini sebaik mungkin,” ujar Elfira.
Elfira dijangka melahirkan cahaya mata pada penghujung tahun ini.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tanggal 13 Mei menjadi detik bermakna buat seluruh waris mangsa nahas kapal terbang MH17, Tambi Jiee dan Ariza Ghazalee apabila hasrat untuk membina sebuah masjid hasil daripada wang pampasan insiden itu terlaksana dan dibuka untuk orang awam.
Kos pembinaan Masjid Al Ghazali dengan reka bentuk serba moden berwarna kelabu yang terletak di Jalan Depo, Petra Jaya di sini bernilai RM3.5 juta dengan sebahagian besarnya adalah daripada wang pampasan kesemua enam mangsa yang maut dalam tragedi pesawat yang ditembak jatuh dekat sempadan Ukraine-Rusia, Julai 2014.
Selain Tambi dan isteri, Ariza, ia turut mengorbankan empat orang anak mereka Muhammad Afif, Muhammad Afzal, Marsha Azmeena dan Muhammad Afruz.
Bercerita kepada Bernama dalam temu bual eksklusif mengenai perancangan awal bagaimana tercetus idea untuk membina sebuah masjid, Pengerusi masjid itu, Sumardi Ghazalee yang juga adik bongsu Ariza, berkata, semuanya bermula daripada ibu mereka yang ingin melihat wang yang diterima itu disalurkan kepada perkara yang memberi manfaat kepada kesemua arwah.
“Idea asal untuk membina masjid ini datangnya dari ibu kami yang ingin memanfaatkan wang pampasan berkenaan dan pada peringkat awal selepas berbincang bersama keluarga, tercetus idea untuk membina surau tetapi lokasinya belum diputuskan.
“Namun, pada masa itu saya sudah mengetahui bahawa terdapat satu tapak yang telah diluluskan untuk mendirikan surau di kawasan ini tetapi belum ada perancangan untuk mendirikannya dan dari situ kami berhubung terus dengan pihak Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS),” katanya yang mengikuti rapat perkembangan di kawasan itu sebagai seorang arkitek di Kuching.
Lebih menarik, penampilan rekaan masjid yang serba moden itu adalah hasil reka bentuk daripada Sumardi sendiri yang mencurahkan segala idea dan keringat untuk melaksanakan hasrat seluruh keluarganya itu.
“Kami memang sedih semasa menerima berita kematian kesemua Allahyarham, tapi dengan adanya wang pampasan itu kami sebagai keluarga mangsa berharap usaha ini dapat membantu mereka di alam sana.
“Jadi kami adik beradik semua sepakat dan sebulat suara untuk mendirikan masjid ini dan berharap agar ia dapat dimanfaatkan oleh penduduk di sekitar ini di samping memberi pahala yang berterusan untuk arwah,” katanya.
Beliau berkata, pembinaan masjid itu sebahagian besarnya adalah wang pampasan yang diterima dan sebahagian lagi daripada orang awam yang berinfak dan mewakafkan serta terdapat juga sumbangan daripada pihak Kerajaan Negeri Sarawak.
“Perancangan awalnya pada 2015 iaitu mesyuarat jawatankuasa pembinaan yang pertama manakala pembinaannya bermula pada 2017, jadi keseluruhannya ia mengambil masa empat tahun untuk disiapkan,” katanya yang berkongsi pelbagai program sudah direncana bagi mengimarahkan masjid itu.
Sumardi berkata, banyak program yang telah dirancang antaranya kelas fardu ain, kelas mengaji untuk semua lapisan masyarakat bahkan mereka juga akan bekerjasama dengan Madrasah Darul Ulum Islamiyah Kuching untuk terlibat secara langsung bersama pihak masjid.
Sementara itu, beliau berkata, buat masa ini tiada lagi lantikan imam dan bilal secara tetap kerana masjid ini belum mendapat kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat daripada JAIS.
“Jadi kami belum mempunyai peruntukan untuk itu dan kesemua imam, bilal dan lain-lain adalah secara sukarela yang adalah ustaz-ustaz yang berada di dalam qariah ini.
“Kami masih dalam proses untuk mendapatkan kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat, namun terdapat beberapa kriteria yang diperlu dipenuhi antaranya kelulusan hanya diberikan apabila masjid-masjid di sekitar kawasan ini sudah tidak mampu lagi memuatkan jemaah ketika bersolat Jumaat,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, dari segi penyelenggaraan masjid pula, pihak pengurusan sememangnya mengharapkan derma daripada qariah di sini selain daripada sumbangan pihak pengurusan sendiri.
“Kita mengambil barkah pada bulan mulia ini untuk membuka masjid ini supaya orang ramai yang hadir berterawih di sini akan berterusan datang pada bulan yang lain selepas Ramadan,” katanya.
Masjid itu mampu memuatkan sehingga 1,000 jemaah pada satu-satu masa manakala dewan solat utama mampu mengisi 300 orang.
Antara kemudahan di masjid ini ialah bilik pengurusan jenazah dan kediaman bagi imam yang bakal dilantik kelak.
Pihak pengurusan juga dalam perancangan untuk melakukan perasmian masjid itu dengan menjemput Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan kemungkinan diadakan dalam bulan Syawal nanti.
Sumber kredit:
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Umum mengetahui pelakon drama kepolisan, Gerak Khas, Abby Abadi telah selamat melahirkan anaknya secara pembedahan walaupun usia kandungan baru 24 minggu.
Bayi pramatang seberat 540 gm yang dinamakan Baby D kini berada dalam pemantauan dan diletakkan di dalam NICU (Neonatal Intensive Care Unit).
Sebaik muat naik perkembangan Baby D ini, ramai yang menzahirkan simpati pada Abby dan keluarga. Sangat beruntung Abby kerana ramai insan yang menyayanginya.
nurmalasari_adikmanis Bismillah… Alhamdullillah… Insya Allah dengan izin Allah swt baby nya sehat sis…
norgayah_mohammad semoga kalian dipelihara Allah taala dan baby D diberi kesembuhan dan kesihatan yg memberangsangkan. Tak sabar nak tengok baby D bergumpal bermain2 sama dgn daiyandayana
roslina349 Alhamdulillah…Semoga baby D membesar dengan sihat.you stay strong Baby Boy…
norhayati70700Aaminn…semoga baby D cepat sihat dan dipermudahkan segala nya…
Bukan sahaja ada antaranya yang dari tanah suci Mekah dan Madinan mendoakan kesihatan Abby dan Baby D, tetapi juga Pusat Tahfiz turut membuat solat hajat kepada mereka berdua.
Baby tahu tak kat luar sana semua doakan moga baby sihat, baby kuat….Ada yang doakan di Madinah Mekah…
Pusat Tahfiz pun ada buat solat hajat untuk baby…semua sayang baby
Mama pun dah sihat..BP mama tak tinggi sgt dah….Baby jangan risau tentang mama ya.
Allah ada, Allah yang lebih berkuasa dari segala2nya….
Baby x keseorangan kat NICU, abah dan mama akan sentiasa datang jumpa baby…..
Tadi lama sangat baby pegang jari mama….nampak kuat jari baby pegang jari mama….Abah tahu dalam diri baby ada kekuatan mcmana dalam diri mama…
Abah sayang baby dunia akhirat….Abah sayang semua, Abah doakan agar kita semua dapat berkumpul…
Walaupun berada dalam kedaan yang tidak begitu sihat, namun Abby tetap rajin menyebarkan dakwah di media sosial untuk mengingatkan warganet. Semoga usaha Abby ini akan mendapat ganjaran sebaiknya dalam membawa kebaikan kepada orang lain.
Hidup kita di dunia ini hanyalah sementara. Oleh itu gunakalah kesempatan usia yang dikurniakan Allah dengan melakukan amalan ibadah sebanyak mungkin. Mengapa kita harus memperkecilkan orang lain sedangkan diri kita sendiri pun tidak sempurna mana.
Berikut perkongsian penuh makna daripada Adam Corrie
Dalam hidup kita, tak perlu perlekehkan hidup orang lain.
Tak lucu pon kita persendakan hidup orang lain.
Hidup kita singkat je, kalau buruk yang kita cari.. buruk lah yang kita dapat.
Cari perkara buruk itu ada pada kita, kita perbaiki. Buruk kita sebenarnya lagi banyak… sebab dgn rahmat Allah yang tutup buruk & aib kita, kita nampak baik.
DOA MENUTUP AIB Ya Allah, aku memohon keselamatan dunia dan akhirat pada-Mu. Aku memohon ampunan dan keselamatan agama, dunia, keluarga, dan hartaku. Tutupilah segala kekuranganku, tenangkanlah hatiku, jagalah depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku. Aku berlindung pada-Mu dari musibah yang tak terduga.
Jangan normalisasikan maksiat demikian teguran Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi yang juga Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains...