Selalu terjadi pada waktu solat Maghrib di surau hentian Rehat & Rawat, atau di kompleks membeli belah suasananya penuh.

Terpaksa berhimpit-himpit keadaan surau, dan ramai yang menunggu giliran memandangkan tempoh waktu untuk solat ini tidak panjang.

Dalam keadaan ini Ustaz Addien Abdul Kadir melalui laman sosial platform X miliknya menyenaraikan tiga fiqh solat yang boleh kita amalkan ketika berada di tempat solat yang ramai orang.

Jelas pendakwah dan penulis buku kerohanian itu, perkara yang dikongsikan melibatkan fiqh awlawiyyat (keutamaan) jika orang ramai atau sesak.

1. Melakukan wuduk ringan

Ketika berwuduk, tiga kali basuhan hukumnya adalah sunat, bukan wajib. Biasakan ambil wuduk secara ringan terutama bila bermusafir di tempat sesak atau kurang air.

Ads
2. Usah panjangkan bacaan solat

Apatah lagi andai seseorang itu menjadi imam. Janganlah waktu ‘sendat’ sebegitu kita mahu baca surah panjang atau flex (pamerkan) suara sedap.

Tidak kena tempat dan keadaan. Sebaiknya, ringkaskanlah solat supaya orang lain dapat menunaikan kewajipan masing-masing.

Ads
3. Zikir selepas solat dan doa merupakan perkara sunat

Kalaulah nampak orang ramai menunggu, sebaiknya terus bangun dan beri laluan untuk orang lain solat. Andai mahu berzikir atau berdoa, biar ringkas sahaja.

Jangan pula pada waktu itulah hendak berzikir, bermunajat mahupun berdoa panjang. Lebih-lebih lagi ketika akhir waktu solat.

Ads

Mengertilah, zikir dan doa itu sunat, tetapi sengaja membuat orang lain terlepas waktu solat itu haram!

Demikian perkongsian Ustaz Addien tentang sebahagian contoh aplikasi yang disebut sebagai fiqh awlawiyyat iaitu mengutamakan prioriti terutama apabila melibatkan maslahat orang ramai.

“Kalau kita faham dan amalkan, akan terlihat nilai cerdik dalam beragama. Sama-sama kita cuba amalkan,” pesannya.

Sumber: Ustaz Addien Abdul Kadir

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI