Dah ada dua cahaya mata perempuan dan teringin nak anak lelaki pula. Ada juga pasangan yang dah ada lima anak perempuan dan masih mahu mencuba untuk beroleh anak lelaki.
Bagai pasangan yang begini boleh cuba amalkan doa berikut. Ia sebagai salah satu usaha, selebihnya kita serahkan kepada Allah SWT.
Pertama, doa yang ditulis oleh Imam Sulaiman bin Muhammad Al-Bujairami dalam kitab Tuhfatul Habîb ‘ala Syarhil Khathîb [Hasyiyah Al-Bujairami ‘ala Khathib]. Dalam kitab ini, Syeikh Sulaiman Al-Bujairami menulis doa agar dikurniakan seorang anak lelaki.
Bacaan ayat dalam rumi:
Bismillâhirrahmânirrahîm. Allâhumma innî usammî mâ fî bathnihâ Muhammadan faj’alhu lî dzakaran fainnahû yûladu dzakaran insyâ Allâhu ta’âlâ.
Ertinya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku akan menamai apa yang ada di dalam kandungannya dengan nama Muhammad, maka jadikanlah ia anak lelaki bagiku, kerana Muhammad dilahirkan sebagai seorang lelaki, Insya Allah”
(Sulaiman bin Muhammad Al-Bujairami, Tuhfatul Habîb ‘ala Syarhil Khathîb, (Beirut: Darul Kutub Al-Ilmiyah, 1996), juz I, h. 520)
Terdapat juga doa untuk mendapatkan anak lelaki yang berasal dari Sayidina Ali. Doa ini boleh diucapkan selepas solat atau selepas berzikir. Ini adalah usaha memohon kepada Allah agar dikurniakan anak lelaki. Berikut doanya:
Bacaan ayat dalam rumi:
Allohummaj’alhu dzakaron maumunan mubarokan shoolihan taqiyyan.
Ertinya:
“Ya Allah, jadikan janin (yang dikandung) sebagai anak lelaki yang beruntung lagi diberkati, yang soleh lagi bertakwa.”
Terdapat juga percubaan untuk mendapatkan anak lelaki. Penjelasan ini terdapat dalam kitab Quratul ‘Uyun halaman 82 oleh Syeikh Abi Muhammad Maulana At-Tihami, yang menjelaskan bahawa salah satu cara untuk mendapatkan anak lelaki ialah dengan meminta isteri tidur dengan kepala di sebelah kiri perut setelah melakukan hubungan intim.
“Apabila anda menginginkan anak lelaki maka setelah selesai (dari jimak) hendaklah memerintahkan isteri anda untuk tidur di sebelah kanannya, dan bila ingin anak perempuan, maka lakukan sebaliknya.” (Quratul Uyun:82).
Syeikh Abi Muhammad Maulana At-Tihami turut menjelaskan doa khusus agar dikurniakan anak lelaki. Doanya adalah seperti berikut:
Bacaan ayat dalam rumi:
Bismillahirrahmanirrahim allahumma inni usammi ma fi bathniha Muhammadan faj’alhu li dzakaran.
Ertinya:
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, sungguh aku (akan) menamakan janin dalam kandungan isteriku dengan nama Muhammad, maka kurniakan aku seorang anak lelaki.”
Sumber: Dreamco.id