Wanita dan kecantikan memang cukup sinonim. Dek kerana mahu kelihatan cantik wanita sanggup melakukan apa sahaja termasuk rawatan yang mengubah wajah.
Ada cara lain yang boleh dilakukan. Salah satunya adalah amalan doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.
Bagi sesiapa yang ingin wajahnya sentiasa nampak cantik dan berseri boleh baca doa berikut:
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
(Maksud Surah Yusuf Ayat 4)
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang, matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“
Ads
Setelah membaca Surah Yusuf, lanjutkan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
“Dan Aku telah melimpahkan padamu kasih sayang yang datang dariku. Supaya kamu diasuh/dipelihara di bawah pengawasanku.”
Cara amalannya:
*Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
Ads
*Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Ketika membaca ayat ini, jangan membacanya tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan Surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah Nabi Yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca di hadapannya.
Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bukan semua wanita memiliki hati yang cekal untuk meminang wanita lain sekaligus berkongsi suami. Walau bermadu dibenarkan dalam agama namun lelaki disuruh bersikap adil terhadap isteri-isterinya sebagaimana surah An-Nisa ayat 3.
Firman Allah SWT dalam Quran Surah An – Nisa ayat 3 yang berbunyi:
“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilama kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi ; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” [An-Nisa/4 : 3]
Jika bermadu ditakuti ramai wanita, namun perkongsian dari seorang pengguna Tik Tok atas nama @nurshalini21 berkongsi bagaimana kakaknya redha menerima suaminya ingin berkahwin lain. Malah dari video perkongsian itu kelihatan kakaknya pergi meminang sendiri wanita tersebut untuk suaminya.
Malah semasa majlis itu juga, kakaknya turut membantu suaminya mengenakan sampin bagi majlis akad nikah yang diadakan di pejabat agama. Mengenakan pakaian sedondon dengan suami dan madunya kelihatan mereka bertiga kelihatan gembira di majlis tersebut.
Dalam komen ditinggalkan adiknya, wanita berkenaan menerima ketentuan jodoh itu dengan ikhlas serta redha dan meminta semua orang mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini. Ya poligami itu indah yang faham tujuannya.
Raudhah itu taman syurga, semua jemaah sanggup bersesak sebab hendak jumpa rasulullah saw. Siapa yang hendak lepaskan peluang untuk memasuki Raudhah jika berpeluang ke Tanah Suci.
Namun tidak semua jemaah beroleh kesenangan dengan mudah untuk memasuki Raudhah. Ada yang perlu bersesak-sesak, tolak-menolak dan dijerkah oleh petugas adalah perkara biasa.
Tetapi setiap jemaah sanggup berkorban apa saja terutamanya wanita untuk bertemu rasulullah saw. Ikuti perkongsian Maryam Sufian tentang mengapa wanita sanggup bersusah-payah masuk ke Raudhah?
Raudhah itu taman syurga.
“Ada kawan tanya, kenapa kena bersesak-sesak masuk raudhah? Kita tengok lelaki relaks saja beratur.”
Ini bukan jawapan selamat iya. Ini jawapan relevan dan boleh dipakai sampai sekarang.
Jemaah Sanggup Bersesak
Perangai perempuan yang kurang sabar dan bergocoh. Lelaki ada juga yang bersesak. Tapi dia punya suara tidaklah pakai tone tinggi macam perempuan. Mereka sopan sikit.
Tapi kalau hendak jawab dari hati,
Kenapa sanggup bersesak? Sebab hendak jumpa Rasulullah SAW. Dahulu, ketika pergi dengan arwah mak, time PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Tak ramai pun orang. Tak sepenuh sekarang.
Sebab NAK Jumpa Rasulullah
Tapi rasa di dada itu tetap berkobar-kobar. Berlari seperti anak kecil menuju ke barisan hendak masuk raudhah ini. Dia punya lari kecil sampai terasa semput sebab jauh daripada luar masjid ke bawah kubah hijau.
Tak tahulah kenapa lari, bukan ada orang kejar pun. Bukan ada orang di belakang kami. Tapi begitulah. Seperti anak kecil berlari mendepakan tangan mengharapkan bertemu pelukan sang ibu. Begitulah.
Pastu keluar dari raudhah, masih lagi menangis. Rasa tak puas dan terasa hendak masuk lagi. Belum lagi cerita ziarah wada.
Jadi, normallah kan kalau kita menangis waktu masuk keluar raudhah ini?
Pengalaman Jemaah Umrah & Haji
Apa yang dikongsikan Puan Maryam Sufian turut dipersetujui oleh wargamaya yang pernah melalui pengalaman. Selain berkongsi pengalaman bersusah payah memasuki Raudhah, ada yang menasihati setiap jemaah Malaysia agar menjaga adab dan tingkah laku ketika di sana.
Asliza Abu Bakar
Alhamdulillah syukur. Kita hendak jumpa rasullullah memang excited sangat jadi tingkah laku itu spontan saja. Ghairah hendak menangis semua ada. Tambah lagi dengan gelagat dari negara asing, macam-macam ragam boleh kita lihat.
Apa pun tujuan kita sama saja ingin ziarah rasulullah saw. Semoga kita semua dijemput lagi ke sana. Alhamdulillah syukur, wahai Allah jemputlah kami lagi. Amin.
Sarimah Muhammad
Nikmat yang paling indah ialah bila dapat masuk Raudhah. Automatik air mata mengalir.
Semoga ada rezeki nak masuk Raudhah lagi. Panggillah kami Ya Allah untuk ziarah Rasulullah dan melihat Kaabah-Mu lagi. Amin
Matlamat Nak Jumpa Nabi Muhammad
Jamilah Mad Nan
Bila pergi ke Tanah Suci, alhamdulillah dapat saja masuk Raudhah cuma berbeza cara dan keadaannya. Ada yang bersesak, berebut, berlari dan kadang-kadang relaks saja berjalan. Janji kena ikut aturan.
Alhamdulillah rezeki masuk Raudhah baru ni, di dipermudahkan dan dapat berlama sikit ketika bersujud dan tidak ada tekanan. Cuma kita perlu beringat orang lain hendak berjumpa Rasulullah saw juga.
Aja Farisha
MasyaAllah. Memasuki Raudhah tidak setenang yang saya sangkakan. Berasak-asak dan bertolak-tolak sehinggakan kepala saya hampir dipijak ketika sedang sujud.
Ketika itu berdoa pun tak tenang. Namun mungkin itu rezeki dan pengorbanan saya untuk bertemu Rasullullah. Tiada laluan masuk dan keluar khas di hadapan Raudhah menjadikan keadaan begitu berasak-asak.
Uqbah Fakrur Razi Attamimi
Matlamat hendak jumpa Nabi ﷺ itu sudah betul, tapi tidak menghalalkan cara yang melanggar adab apatah lagi syariat. Orang lain hendak menjerit, itu dia. Kita biarlah dengan cara yang Allah SWT suka dan reda.
Kashoorga : Biarpun semangat berkobar-kobar untuk berjumpa rasulullah, jaga tidak laku dana dab agar tidak keterlaluan kerana orang lain juga ingin menziarahi rasulullah.
Kepada Dia kita datang dan kepada Dia juga kita akhirnya kembali. Dan menjadi insan yang beruntung jika sebelum meninggal dunia sempat memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dilakukan terhadap orang lain.
Pelakon Datuk Adlin Pelakon Datuk Afdlin Shauki berkongsi berita bapanya Aksan Abu Bakar telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 2.57 pagi tadi.
Bapanya disahkan meninggal dunia selepas menjalani satu pembedahan di HUKM Cheras malam tadi.
Dalam perkongsian itu, Adflin yang muat naik foto bapanya di hospital sebelum mengembuskan nafas terakhir sempat memohon maaf atas segala khilaf dilakukan arwah bapanya bagi yang mengenali.
Bapanya juga telah memaafkan semua orang dan berjata tiada tiada rasa dendam atau sakit hati dengan sesiapa pun juga.
2.57 am 11/8/2020 di HUKM Cheras tingkat 2. Innalillah wainna illaihi rojiuun. Senyuman terakhir papa yg tak habis -habis membuat orang berasa tenang dan ceria. Tiada lagi Aksan bin Abu Bakar. Bapa kepada 10 orang anak. Suami kepada dua orang isteri. Bapa ku yg tercinta.
Dia berpesan kepada ku yang dia meminta maaf dan ampun ke atas segala kesalahan yang pernah beliau lakukan kepada sesiapa yang mengenali beliau. Tolong ampunkan ye.. please!
Beliau juga memaafkan semua orang dan juga berkata yg beliau tidak ada rasa dendam atau sakit hati dgn sesiapa.
Ya Allah kau ampunilah dosa-dosa beliau dan terimalah amalan dan kebaikan beliau. Tempatkanlah roh beliau dikalangan roh-roh orang yang beriman. Al-fatihah. I love you papa…
Assalammualaikum,
Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda tersayang kami En Aksan bin Abu Bakar telah kembali ke rahmatullah pada hari ini Selasa 11/08/2020, pukul 2:57 pagi di HUKM, KL. Sama2 kita doakan agar rohnya dirahmati dan ditempatkan dgn golongan orang-orang yang beriman.
Pelakon ini juga turut menitipkan doa untuk arwah bapa kesayanngannya itu di laman sosial facebook.
Ya Allah! Ampunilah ayahku, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia, ampunilah dosanya, muliakanlah kedudukannya, lapangkanlah kuburnya dan mandikanlah dia dengan air, salji dan embun. Bersihkanlah dia dari semua kesalahan sebagaimana kain putih dibersihkan dari kekotoran, gantikanlah rumah yang lebih baik daripada rumahnya (di dunia), keluarga yang lebih baik daripada kami keluarganya dan masukkanlah dia ke dalam syurga serta lindungilah ayahku daripada azab kubur, fitnahnya dan daripada seksa api neraka.
Ya Allah! Janganlah kiranya pahala kami tidak sampai kepadanya, janganlah Dikau fitnahkan kami sepeninggalannya. Ampunilah kami dan ibubapa kami juga saudara-saudara kami yang telah pergi dahulu dengan membawa iman dan janganlrah Dikau menjadikan resah gelisah dalam hati kami dan bagi orang yang beriman. Wahai Tuhan kami; Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ , penghulu semua Rasul dan juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah! Jadikanlah kubur Ayah kami sebagai sebuah taman daripada taman-taman syurga. Ya Allah! Dikaulah Tuhan bagi Ayah kami, Dikaulah yang menjadikannya dan Dikaulah juga yang menunjukkannya kepada agama Islam. Dikaulah yang juga yang mencabut nyawanya, Dikau lebih mengetahui perkara-perkara zahir dan batinnya. Kami memohon syafaat kepada-Mu untuk Ayah kami. Ya Allah! Ampunkanlah kesalahan kami dan segala kesalahan yang telah dilakukan oleh Ayah kami, limpahkanlah jua Kurnia-Mu wahai Allah, Tuhan Sebaik-baik Pengurnia rahmat! Selawat Allah dan kesejateraan ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad ﷺ . dan ke atas keluarganya serta para sahabat Baginda seluruhnya. Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. امين امين يا رب العالمين
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Seronok beraya, pergi rumah terbuka bertemu saudara mara dan rakan taulan tapi tanpa sedar kita turut sama melakukan dosa.Dikongsi oleh Ustazah Asma' Harun, terdapat...