Amalkan doa ini di hari pertama period, insyallah wanita dapat pahala beribadah sepanjang haid. Segelintir wanita memang mengalami stres dan murung bila haid menjelma.
Lagi-lagi wanita yang mengalami senggugut ketika datang bulan. Mood terus swing dan emosi jadi tak terkawal bila period.
Biarpun kita tidak boleh menunaikan solat lima waktu dan ada beberapa ibadat dilakukan ketika haid, tapi jangan lupa untuk amalkan doa ini di hari pertama period untuk memperoleh pahala di sepanjang datang bulan tersebut.
Amalkan Doa Ini Di Hari Pertama Period
Malah, dikatakan wanita datang haid boleh amalkan doa ini untuk meraih pahala seperti 40 orang syahid.
DOA WANITA KETIKA HAID
Ads
Doa itu berbunyi, Alhamdulillahi ‘ala kulli halin, wa astaghfirullaha ‘ala kulli zambin (Segala puji bagi ALLAH atas segala perkara, aku mohon ampun dari-MU ya ALLAH atas segala dosaku).
Insyallah Wanita Dapat Pahala
Jika seseorang perempuan yang kedatangan haid dan dia membaca doa berikut pada hari pertama haidnya itu, maka dia akan:
1. Dihapuskan segala dosa-dosa yang telah lalu
2. Dimudahkan perjalanan darah haid.
3. Mendapat pahala beribadah sepanjang haid.
4. Meraih pahala 40 orang syahid.
5. Selamat dari azab neraka.
6. Dimudahkan melalui titian Sirat.
Beribadah Sepanjang Haid
Daripada Saiyidina Aishah r.a. :
“Tidak ada seorang perempuan pun yang kedatangan haid, melainkan haidnya itu menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia membaca doa (di atas) pada hari yang pertama, maka Allah سبحانه وتعالى akan menulis baginya supaya terlepas daripada api neraka dan dapat lalu di atas titian Sirat dengan selamat dan aman daripada azab dan meninggikan pangkatnya oleh Allah سبحانه وتعالى baginya dengan tiap satu hari dan satu malam akan empat puluh orang mati syahid. manakala perempuan itu dikira berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى di dalam masa haidnya.”
Ads
(Petikan dari kitab ‘Durratun Nasihin Fil Wa’zi Wal Israr’ karangan Osman Bin Hasan Ahmad As Sakiril Khubuwi).
Cuba bayangkan tiba-tiba anak-anak kita jadi anak yatim piatu. Tentu mereka berasa satu kehilangan teramat besar. Kehilangan yang mengundang kejutan buat anak-anak yatim (anak-anak kecil belum baligh yang kematian ayah).
Tiada lagi tempat bergantung hidup, mengadu dan mendapat kasih sayang sejati orang tua. Jika ada pengganti sekalipun, ia tidak sama seperti kesaratan kasih sayang ibu dan ayah kandung. Hati terusik, kenangan bertandang apabila melihatkan kanak-kanak lain gembira bersama ibu dan ayah.
Lantas kita sebagai orang dewasa, sanggupkah membiarkan mereka terkapai begitu sahaja. Bagi yang beriman, anak-anak ini lah lubuk berharga untuk merebut ganjaran pahala besar daripada Allah SWT. Malah Nabi SAW turut berpesan agar kita menjaga baik kebajikan mereka. Mencukupi keperluan mereka; makan, pakai, pendidikan, kesihatan, tempat berlindung dan sebagainya.
Sejumlah 23 kali perkatan yatim disebut dalam al-Quran. Dalam al-Quran jelas menegaskan akan betapa pentingnya anak-anak yatim dipelihara.
“Mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakanlah “Memperbaiki keadaan mereka adalah baik,” (al-Baqarah: 220)
Betapa peri pentingnya melindungi dan menjaga kebajikan mereka, maka Allah memberi ganjaran amat besar kepada sesiapa sahaja yang menyantuni mereka dengan baik:
Pahala Setanding Dengan Berjihad
Rasulullah SAW sudah memberi jaminan bahawa pahala menyantuni anak yatim adalah standing dengan pahala orang yang berjihad; disamakan dengan bangun pada waktu malam dan berpuasa di siang hari kemudian dilanjutkan dengan keluar untuk jihad di jalan Allah SWT.
Mendapat Perlindungan Hari Kiamat
Pahala lain yang akan diperolehi kerana menyantuni anak-anak ini adalah terselamat dari mendapat azab Allah SWT dan juga dihindari dari ancaman yang akan terjadi pada hari kiamat. Hendak dapatkan ganjaran ini, kasihi lah anak yatim dan selalu berkata baik.
Dipermudahkan Masuk Surga
Mustahil ada manusia yang tidak mahu masuk syurga dan bersama Rasulullah SAW. Pada sebuah hadits sudah dijelaskan jika orang yang menyantuni anak yatim dengan cara memberi makan, minum dan sebagainya, maka akan mendapat jaminan dari Allah SWT untuk masuk ke dalam syurga kecuali orang yang pernah melakukan Dosa Besar Dan Tidak Bertaubat.
Pahala Berlipat Kali Ganda
Semua orang yang selalu berbuat kebaikan dengan cara menyantuni anak yatim, maka dia akan mendapat pahala yang sangat besar tidak hanya saat hidup di bumi, namun juga saat di akhirat nanti.
“Dan jika ada kebijakan sebesar zarah nescaya Allah akan melipatgandakan dan memberikan dari sisiNya pahala yang besar.” [An-Nisaa:40]
Dimuliakan Dan Dilimpahi Rezeki
Allah SWT juga akan memberikan kelimpahan rezeki dan juga kemuliaan selain daripada berzikir pembuka rezeki. Hal ini juga berlaku sebaliknya di mana Allah SWT juga akan menyempitkan rezeki seseorang apabila tidak menyantuni dan memuliakan anak yatim.
“Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakanNya dan diberinya kesenangan, maka dia berkata, ‘Tuhanku telah memuliakanku’. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata, ‘Tuhanku menghinaku’. Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim.” [surat Al-Fajr ayat 15-17].
Masuk Dalam Golongan Orang Beriman
Jika kita menyayangi sekaligus menyantuni mereka, InsyaAllah kita termasuk dalam golongan orang beriman dan bertakwa oleh Allah SWT.
“Dan memberikan hanya yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim mereka itulah orang-orang yang benar (imannya) dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.” [Al Baqarah: 177].
Minum Mata Air Surga
Beruntunglah sesiapa yang selalu berbuat baik dan menyantuni anak-anak ini kerana akan mendapat kenikmatan daripada Allah SWT berupa air minuman berasal dari mata air syurga.
Bersama Rasulullah Di Syurga
Pahala berikutnya yang akan kita peroleh apabila menyantuni mereka adalah kita akan berada hampir dengan Rasulullah SAW di syurga bahkan jaraknya hanya sebatas antara jari telunjuk dengan jari tengah saja.
Rasulullah SAW bersabda, “Aku dan orang yang menanggung anak yatim (kedudukannya) di syurga seperti ini”, kemudian beliau SAW mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah beliau SAW, serta agak merenggangkan keduanya” [HR. Bukhari, Shahih Bukhari, Sahl bin Sa’ad As-Sa’idiy: 5304].
Dapat Penuhi Keperluan Hidup
Allah telah berjanji untuk memenuhi apa sahaja keperluan hidup orang yang menyantuni anak-anak yatim. Saat menyantuni mereka, maka ini diibaratkan seperti berinfak di jalan Allah SWT sehingga akan diperbanyak harta dalam Islam untuk orang tersebut.
Mengundang Keberkatan ke Rumah
Memelihara dan menyantuni anak yatim juga akan memberikan banyak keberkatan ke rumah orang yang menyantuni anak-anak tersebut. Sebab, sebaik baiknya rumah dari seorang muslim merupakan rumah orang yang selalu sayang terhadap mereka sehingga menjadi rumah ideal dalam Islam.
Kashoorga: Sungguh besar ganjaran pahala yang Allah berikan kepada kita yang menyantuni anak-anak yatim. Semoga segala usaha kita mendapat keberkatan Allah SWT.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kun fayakun. Maka jadi, jadilah ia. Tiada yang mustahil jika Allah mengkehendaki. Allah menguasai langit dan bumi. Ilmu makhluk juga sangat terbatas. Setiap kejadian yang terjadi atas kehendakNya jua.
Pemergian semakin ramai alim ulama menandakan semakin jelas tanda-tanda dunia sudah ke penghujungnya. Baginda Nabi SAW pernah mengingatkan semua manusia bahawa pada satu ketika nanti ilmu akan diangkat oleh Allah SWT sebagai tanda hampirnya kiamat.
Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekali gus daripada hamba-Nya, tetapi Dia mencabut ilmu itu dengan mematikan para ulama, sehingga tiada lagi ulama yang tinggal. Pada saat itu, manusia akan mengangkat pemimpin daripada kalangan orang yang bodoh. Dan ketika pemimpin itu ditanya sesuatu, maka akan keluar daripadanya fatwa yang tidak berasaskan ilmu sehingga mereka tersesat dan menyesatkan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari).
Pemergian Ketua Utama organisasi Alkhairaat, Habib Sayyid Saggaf Bin Muhammad Aljufri meninggal dunia pada Ogos tahun lalu masih hangat diperkatakan ramai orang. Bukan saja jenazahnya disembahyangkan oleh puluhan ribu orang namun video “langit seakan terbuka” menyambut jenazahnya juga membuatkan ramai ingin tahu kisah hidupnya.
Mengetuai organiasi Alkhairaat, madrasah yang melahirkan ramai orang hebat dalam agama, ulama tersohor ini mempunyai puluhan ribu anak murid. Bahkan saat jenazahnya hendak dikebumikan di samping makam adiknya, Habib Sayyid Abdillah bin Muhammad Aljufri, Gabenor turut menghadirinya.
Ramai yang terkesan kejadian awan yang terbuka seolah tembus tepat ke langit. Bahkan ia antara kejadian aneh dapat dirakam.
Sebelum dirinya meninggal, dirinya sempat berpesan tiga kalimah iaitu sampaikan Alkhairaat, hidupkan Alkhairaat, jaga Alkhairaat.
Mewakili keluarga almarhum Habib Saggaf, Habib Ali Hasan Aljufri dalam sambutannya mengatakan bahwa almarhum Habib Saggaf sebelum meninggal dunia berpesan kepada abnaulkhairaat agar menjaga Alkhairaat.
Ali Hasan Aljufri mengisahkan saat detik-detik Habib Saggaf sakit. “Beliau mengucapkan tiga kalimat yang membuat saya bergetar, beliau di saat-saat kritis, beliau berteriak memanggil neneknya Habib Idrus Bin Salim Aljufri (Guru Tua). Beliau mengatakan, ya, Habib Idrus saya sudah menjalankan amanatmu, ya Habib Idrus saya sudah menjalankan amanah, tiga kali Habib Saggaf mengucapkan itu,” kata Habib Ali Hasan Aljufri.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Mahkamah dilarang memberi kebenaran untuk mengesahkan pernikahan pasangan berbeza agama di Jakarta, Indonesia seperti mana yang pernah terjadi sebelum ini.
Secara umumnya, dalam Islam, sekiranya seorang Muslim mahu berkahwin dengan pasangan dari agama lain, pasangan mereka wajib memeluk agama Islam.
Mahkamah Agung Indonesia melarang mahkamah rendah daripada memberikan kebenaran untuk mengesahkan perkahwinan antara pasangan berlainan agama sebagai syarat pendaftaran di pejabat pendaftaran sivil.
Jakarta Post melaporkan larangan itu termaktub dalam pekeliling yang dikeluarkan pada Isnin, 17 Julai lalu.
Surat pekeliling itu yang ditandatangani Ketua Hakim Negara Muhammad Syarifuddin, memerintahkan hakim untuk mengekalkan Perkara 2 Undang-undang Perkahwinan 1974.
Memberi Kebenaran Untuk Mengesahkan Pernikahan
Undang-undang mewajibkan perkahwinan hanya boleh dianggap sah, jika dilakukan mengikut agama yang dianuti oleh pasangan pengantin.
“Mahkamah tidak boleh memberikan sebarang permintaan untuk pendaftaran perkahwinan antara orang yang berbeza agama dan kepercayaan,” tulis mahkamah dalam pekeliling itu.
Mahkamah Agung mengeluarkan pekeliling beberapa bulan selepas mahkamah daerah di Jakarta menjadi tajuk utama kerana membenarkan permohonan pendaftaran perkahwinan daripada seorang lelaki Kristian dan wanita Islam.
Panel hakim di Mahkamah Daerah Jakarta Pusat membuat keputusan pada Jun, dan membenarkan permohonan pasangan itu untuk mendaftarkan perkahwinan mereka.
Ketua Hakim Bintang AL kemudian berhujah bahawa perkahwinan antara pasangan berlainan agama adalah munasabah dan berkemungkinan berlaku memandangkan keadaan geografi negara dan kepelbagaian penduduk, seperti yang tertulis dalam keputusan itu.
Pasangan Berbeza Agama
Majlis Ulama Indonesia (MUI) menyambut baik perintah Mahkamah Agung itu dalam memberikan kepastian undang-undang dan menutup kelemahan undang-undang untuk perkahwinan antara pasangan berlainan agama.
“Semua pihak wajib mematuhi surat pekeliling itu terutama hakim yang tidak faham atau berpura-pura tidak memahami Hukum Perkahwinan,” kata ketua fatwa MUI, Asrorun Ni’am dalam satu kenyataan pada Selasa.
Tetapi pekeliling Mahkamah Agung adalah halangan untuk sebarang jaminan pasangan antara agama boleh mendapat pengakuan perkahwinan mereka oleh kerajaan, menurut kumpulan hak asasi, Institut Setara.
“Pekeliling itu menutup sebarang kemajuan yang dicapai oleh institusi kehakiman negeri dalam menjamin hak rakyat daripada pelbagai latar belakang,” kata pengarah eksekutif Institut Setara Halili Hasan pada Rabu.
“Mahkamah Agung tidak perlu mengeluarkan pekeliling seperti itu,” kata pensyarah Universiti Nahdlatul Ulama Indonesia di Jakarta, Ahmad Suaedy.
Mengikut Undang-undang Pentadbiran Sivil 2006, suami isteri boleh mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat hal ehwal agama bagi orang Islam dan pejabat pendaftaran sivil bagi orang bukan Islam.
Undang-undang itu menetapkan bahawa pasangan berlainan agama juga boleh mendaftarkan perkahwinan mereka dengan pejabat pendaftaran selepas mendapat kebenaran daripada mahkamah.
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...