Impian semua yang berumahtangga untuk mendapat pasangan dan anak yang sentiasa mengambil berat dan menyayangi. Inilah juga keindahan sebuah keluarga.
Namun hakikatnya tak sepanjang masa keadaannya begini, ada masa akan bergolak jua.
Pun begitu agar tidak berlarutan dan kembali sayang menyayangi, suami isteri boleh amalkan doa yang diajarkan oleh Ustazah Asma’ Harun ini.
Ia sebagai salah satu usaha kita agar pasangan dan anak-anak sentiasa saling mengasihi dan menyayangi biar apa juga situasi yang mendatang.
‘Doa pengasih’ ini boleh dibacakan kepada anak supaya dalam hati mereka ada rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW (hanya menukar bacaan pada nama).
Doa yang boleh dibaca untuk anak-anak supaya dalam hati mereka ada rasa cinta dan sayang kepada ibu bapa:
1. Mulakan dengan zikir dahulu nama-nama Allah SWT, Ya Rahim (Yang Maha Pengasih) Ya Wadud (Yang Maha Menyintai).
2. Kemudian pegang dada anak kita (untuk anak yang sudah besar tak perlu pegang dada pun boleh, hanya baca doa dan sebut namanya).
3. Baca doa pengasih.
Maksudnya: Ya Allah jadikan diriku/kami yang dicintai pada hati-hati (nama anak) dengan rahmat mu wahai Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Kalau kita nak anak-anak mempunyai rasa sayang dan cinta kepada Allah dan Rasulullah, cuma perlu tukar pada ayat doa “Ya Allah jadikanlah Allah/Rasullulah itu dicintai di dalam hati (nama anak) dengan rahmat mu wahai Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”
Begitu juga jika mahu dibacakan doa tersebut kepada pasangan, hanya perlu tukar kepada nama pasangan sahaja.
Kita mahu suami dan anak-anak mencintai dan menyayangi kita dengan rahmat Allah SWT.
Selain dari itu, Ustazah Asma’ turut berkongsi doa Nabi SAW kepada Ibn Abbas yang turut ibu bapa boleh amalkan kepada anak-anak.
Maksudnya: Ya Allah berikanlah kefakihan dalam agama dan berikanlah kebijaksanaan dan berikanlah kefahaman dalam ilmu takwil al-Quran.
Sumber: Ustazah Asma’ Harun Channel