Sejak Hamil Zaskia Sungkar Amal Makan Kurma Muda Untuk Khasiat Luar Biasa, Bakal Timang Anak Lepas 10 Tahun Kahwin

Share

Kehadiran anak memang sangat dinanti bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga.

Tak kira cepat atau lambat, kehadiran si cilik memang sangat ditunggu-tunggu untuk menceriakan lagi rumah tangga dibina.

Syukur pada Ilahi jika sebaik kahwin terus saja dikurniakan anak. Tetapi bagaimana pula yang terpaksa menunggu bertahun-tahun dan menggunakan pelbagai keadah untuk hamil.

Artikel Berkaitan: 8 Tahun Kahwin Diuji Tuhan Tanpa Anak. Tapi Beri Peluang Irwansyah & Zaskia Sungkar Lebih Mengenali Allah!

Namun janji Allah itu pasti. Allah mendengar segala apa yang kita mohon dan hajati dan hanya pada Dia kita memohon pertolongan.

Seperti pasangan romantis Indonesia, Zaskia Sungkar dan pasangannya Irwansyah mengumumkan bakal menerima anak tidak lama lagi.

Dia berkongsi berita gembira ini di laman sosial Instagramnya 5 September lepas dan ternyata penantian selama 10 tahun ini sangat berbaloi.

Zaskia dan suami yang berkahwin pada 2011 ini memang sangat mengharapkan kehadiran anak dalam rumah tangga mereka.

Malah pelbagai cara dilakukan termasuk melakukan kaedah rawatan kesuburan di malaysia tidak lama dulu.

Artikel Berkaitan: Banyakkan Baca Surah Ar Rahman Masa Hamil, Rahsia Wanita Ini Dikurnia Anak Comel

Tidak berputus asa dan ketiadaan anak juga tidak menjadi penghalang untuk mereka melayari kehidupan berumah tangga. Malah keduanya dilihat sangat bahagia biarpun tanpa kehadiran si cilik.

Dalam laporan, Zaskia dikatakan menjalani proses kehamilan secara IVF awal Mac lalu di sebuah pusat kesihatan di Jakarta dan sepanjang proses doktor yang merawat memberi kata-kata semangat pada mereka berdua.

Menulis dalam kapsyen di Instagramnya, Zaskia mengakui kandungan kini sudah berusia 8 minggu dan menjelaskan pelbagai rintangan sudah ditempuhi bersama.

Dia juga turut mengharapkan, segalanya akan dipermudahkan sehinggalah saat mahu melahirkan nanti.

“Alhamdulillah , rintangan yang harus kami lewati cukup banyak. Usaha yang harus kami jalani sudah tak terhitung.

“Sepanjang hampir 10tahun lamanya kebersamaan ini, akan ada kebahagiaan kecil yang akan hadir menghampiri.

“Akhirnyaaa… Alhamdulillah aku hamil.
Perjuangan mendapatkan garis dua ini ga sia-sia

“Ini jadi hadiah paling luar biasa bagi kami. Terima kasih untuk kamu @irwansyah_15 yang selalu bersedia menemaniku mewujudkan kehamilan ini. Dan buat kamu yang masih belum dapat ku sentuh, tumbuhlah sehat selalu.

Bagi memastikan kandungannya sihat, Zaskia turut menjaga pemakanannya dan memilih kurma muda kerana mempunyai khasiat luar biasa.

Menurutnya kurma muda lebih rendah gula, kalori dan kaya dengan anti oksidan. Malah dia turut mendoakan bagi yang belum hamil akan segera hamil dan berpesan kepada semua ibu hamil agar makan kurma untuk kesihatan yang lebih baik.

“Bismillah , jadi kangen umrah deh. Dulu setiap umrah ak pasti beli kurma muda gak tau kenapa suka bgt rasanya apalagi dingin2 gitu kayaknya makan banyak juga gak ngerasa dosa hha , ternyata manfaat kurma muda bukan cuman buat yang pada promil tapi buat ibu hamil insyAllah juga luar biasa khasiatnya .

“Kurma muda lebih rendah gula , kalori dan kaya anti oksidan .. bismillah semoga ikhtiyar temen2 disegerakan oleh Allah dan yang lagi hamil makin sehat sampai persalinan aamin ya Rabb , aku rasa yang IVF mungkin juga tidak ada salah nya konsumsi ini karna kurma baik untuk kesehatan calon ibu .

Artikel Berkaitan: Ibu Mengandung Sekarang Banyak Pegang Phone Selfie Tunjuk ‘Baby Bump’. Tanpa Tahu ‘Baby Bump’ Adalah Aurat!

Kredit Foto: Instagram Zaskia Sungkar

Kashoorga: Dapatkan pelbagai jenis kurma di sini

Published by
Siti Zurina Mat Saman