Kerohanian

Amalkan Zikir Ini Ketika Stres Berdepan Masalah Besar

Share

Selagi bernyawa pasti kehidupan kita ini tidak akan sentiasa tenang dan selesa. Ada masanya kita dihadap dengan masalah dan ujian dari Tuhan Yang Maha Esa.

Mungkin jua ketika berdepan dengan masah dan ujian ini kita buntu hingga berasa stress mencari jalan penyelesaian.

Ketika dalam situasi ini sebaiknya kita amalkan satu zikir yang turut menjadi amalan nabi ketika berdepan kesukaran. Saranan ini dibuat oleh Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz

dalam satu perkongsian beliau di Facebook.

Zikir amalan nabi yang bakal meleraikan banyak masalah

“Dalam al-Quran ada satu ayat, zikir amalan nabi yang bakal meleraikan banyak masalah:
1. Menghilangkan stress
2. Mengurangkan depresi
3. Jalan keluar bagi masalah besar
4. Menjemput bantuan tak disangka

Hebatnya zikir ini, ia pernah menyelamatkan seorang nabi yang buntu, hampir putus harapan. InsyaAllah, efek zikir ini bakal menjernihkan jiwa kita dari tekanan kehidupan yang tidak dimahukan.

Ini zikirnya. Amalan ampuh Nabi Yunus a.s. Tersimpan di dalam surah al-Anbiya’ ayat 87 :
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Lailaha illa Anta subhanaka inni kuntu minaz zhalimin

Ertinya : “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

Ulama berpesan untuk mengamalkannya 40 kali setiap hari. Boleh bacakan zikir ini pada air & diminum sebagai amalan dengan keyakinan, semoga ikhtiar kita, doa kita, zikir kita, kesemuanya menjadi asbab menjemput nusrah (bantuan) dari-Nya.

Semoga Allah SWTmenghilangkan beban kesedihan jiwa & menggantikannya dengan ketenangan. Semoga beban kesedihan yang lama bersarang akan ditarik perlahan lahan. Semoga dada dilapangkan selapangnya. Semoga selepas ini, kita bernafas dengan penuh rasa lega, amin.

Sumber: Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz

Published by
Team Kashoorga