Allah jadikan kita hambaNya ini secara berpasang-pasangan. Dan apabila bertemu insan yang dicintai sepenuh hati, pastinya kita berjanji untuk sehidup semati dan saling mendoakan kebahagiaan satu sama lain.
Alangkah beruntung jika mendapat pasangan yang sentiasa mendoakan kita agar menjadi insan yang baik.
Terasa hilang segala penat lelah membesarkan anak-anak yang lahir dari hubungan halal dan suci yang diredai Allah.
Begitu juga perkongsian Amar Baharin sempena ulang tahun kelahiran isteri tersayang, Amyra Rosli yang ke 29 tahun.
Artikel Berkaitan: “Tak Rugi Goda Isteri Balik Kalau Dia Merajuk. Cintanya Akan Tetap Hangat Hingga Ke Jannah”
Dalam titipan di Instagram, Amar mendoakan agar isteri tersayang diberi rahmat Allah untuk terus beramal serta menjadi wanita yang solehah.
Beliau turut berkongsi sepotong ayat dari Surah Al-Imran yang membawa maksud supaya Allah memberi petunjuk dan merahmati kehidupan mereka sekeluarga.
“Selamat Hari Lahir buat isteriku, ibu kepada anak-anak ku, teman gelak tangis ku. Doa ku semoga Allah terus memberi rahmat-Nya utk kamu terus beramal dan menjadi wanita yang solehah.
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya – Ali Imran (8)
Ucapan itu disertakan dengan perkongsian gambar sekitar sambutan hari jadi Amyra Rosli yang diraikan bersama kaum keluarga.
Sebaik muat naik status berkenaan, Amyra Rosli turut menerima ucapan tahniah daripada warganet.
jaynazif_official Happy birthday Kakak @aamyrarosli Semoga doa Abang Amar dimakbulkan Allah. Aamiin.
liezacheras Happy birthday amyra rosli.. Semoga pjg umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg elok & bahagia di samping suami & anak² tersyg…
fetty_maa62Suami isteri yang cantik dan tampan.. Syukur alhamdullilah semuga hingga ke akhirat..
rose.nautica.87 Hepy bufday @aamyrarosli.. Moga sntiasa dlm lindungan Allah s.w.t … Bahagia brsma fmly trcinta till jannah… Aamiin
tg_atie Selamat hari lahir @aamyrarosli ..moga Allah pjgkn usia…limpahi rahmat keredhaan & rzki halal yg melimpah ruah buat amyra & suami @amarbaharin bersama ank2 & keluarga tercinta…aamiin
Artikel Berkaitan: Hidayah Allah Datang Tanpa Diduga, 10 Selebriti Berhijab Lepas Balik Dari Tanah Suci
Kashoorga: Hadiahkan isteri tersayang pelbagai aksesori menarik di sini