Segalanya pasti atas izin dari-Nya. Kun fa yakun (jadi, maka jadilah ia).
Hari ini media sosial melaporkan enam tahanan berjaya melarikan diri dari dari penjara Gilboa yang dianggap terketat di dunia milik Israel. Ia dianggap sebagai insiden “mencemar maruah” Isreal hingga berita ini cuba dipadamkan dari berita mereka.
Malah satu-satunya rakyat Malaysia di Palestin, Nadir Al Nuri turut berkongsi berita ini di instagramnya @nadialnuri dan meminta umat Islam terus berdoa untuk kesejahteraan enam rakyat Palestin ini yang diketahui sejak dulu lagi ditindas dan tidak diberikan perbicaraan yang adil.
Tulis Nadir Al-Nuri:-
6 orang tahanan Palestin dalam penjara penjajah ‘Jalbu’ berjaya melarikan diri melalui sebuah lubang yang digali di dalam bilik air.
Berita awal mengatakan mereka mengambil masa setahun untuk menggali terowong tersebut. Mereka juga dikatakan telah berjaya sampai ke Jenin dan kegiatan mencari mereka sangat sukar memandangkan Jenin adalah kawasan diduduki penduduk Palestin dan terkenal dengan sikap berani bangkit.
Sehingga kini jejak mereka masih belum dapat dikesan. Jangan lupa solat sunat hajat untuk pastikan mereka terus selamat dan banyakkan membaca
وجعلنا من بين أيديهم سدا ومن خلفهم سدا فأغشيناهم فهم لا يبصرون
Semoga Allah menjadikan engkau duhai penjajah tidak melihat!
Dalam pada itu, Sinar Harian memaklumkan, tahap kawalan keselamatan yang lemah disyaki menjadi punca enam tahanan Palestin meloloskan diri dari penjara di utara Israel pada Isnin.
Lapor The Jerusalem Post, siasatan awal mendapati pegawai di Penjara Gilboa gagal melakukan pemeriksaan rutin sehingga memberi peluang kepada semua tahanan terbabit menggali lubang di sel mereka dalam usaha meloloskan diri.
Malah, pihak penjara gagal menghidu rancangan awal tahanan terbabit yang sebelum itu membuat permohonan untuk ditempatkan dalam sel yang sama.
Siasatan lanjut juga mendapati, pelan rekaan Penjara Gilboa dapat diakses dengan mudah di internet, namun sejak insiden itu laman web berkenaan telah ditutup.
Sementara itu portal berita Ynet melaporkan, kehilangan keenam-enam tahanan terbabit hanya disedari pegawai penjara kira-kira tiga jam selepas mereka bertindak meloloskan diri.
Difahamkan, tahanan terbabit meloloskan diri sekitar jam 1.30 pagi (waktu tempatan).
Terdahulu, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Omar Bar Lev berkata Penjara Gilboa dibina di atas tanah berpasir menjadikan kerja-kerja menggali lubang lebih mudah.
Pegawai penjara meneliti lubang yang dikorek di tandas sel yang menempatkan keenam-enam tahanan warga Palestin terbabit.
Dalam insiden yang memalukan sistem penjara Israel pada Isnin, enam warga Palestin yang dianggap sebagai tahanan berisiko tinggi berjaya meloloskan diri dari Penjara Gilboa.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI