Bina rumah di tanah sendiri tapi binaan termasuk sedikit dalam tanah milik orang lain atau pun terang-terang mengusahakan tanah orang lain tanpa keizinan.
Banyak hadis yang menyatakan tentang azab mengambil tanah atau hak orang lain ini dalam diam-diam atau secara zalim. Namun malangnya ramai yang tidak mengendahkan hal ini.
Apa hukum seseorang yang mengambil tanah orang yang telah mengusahakannya tanpa ada persetujuan tuan tanah itu atau warisnya kalau ia telah mati? Adakah amalan ibadat si pengambil tanah itu diterima oleh Allah?
Jawapan
Mengambil tanah orang lain yang telah mengusahakannya adalah perbuatan zalim yang banyak terjadi di masyarakat. Mungkin para pelaku perbuatan ini menganggap remeh perkara ini padahal ia dianggap sebagai merampas tanah orang di mana perbuatan itu tergolong dalam dosa besar. Pelakunya juga diancam di akhirat dengan azab yang keras dan pedih.
Mengenai hal ini, ada beberapa hadith, di antaranya:
1) Hadith Nabi s.a.w yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a bahawa baginda telah bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang berbuat zalim (dengan mengambil) sejengkal tanah, maka dia akan dikalungkan (dengan tanah) dari tujuh lapis bumi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
2) Hadith Nabi SAW lain yang diriwayatkan daripada Sa’id bin Zaid r.a bahawa baginda bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, maka dia akan dikalungkan (dengan tanah) dari tujuh lapis bumi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
3) Hadith Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a, baginda bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang mengambil tanah (meskipun) sedikit tanpa haknya maka dia akan ditenggelamkan dengan tanahnya pada hari kiamat sampai ke dasar tujuh lapis bumi.” (Riwayat Bukhari)
Ads
4) Hadith Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ya’la bin Murrah r.a, baginda bersabda:
Maksudnya: “Siapa sahaja orang yang menzalimi (dengan) mengambil sejengkal tanah (orang lain), nescaya Allah akan membebaninya (pada hari kiamat) hingga ke tujuh lapis bumi, lalu Allah akan mengalungkannya (di lehernya) pada hari kiamat sampai seluruh manusia diadili.” (Riwayat Ibnu Hibban dan Ahmad)
5) Hadith Nabi s.a.w yang diriwayatkan daripada Ibnu Thabit r.a, baginda Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya: “Barangsiapa yang mengambil tanah tanpa ada haknya, maka dia akan dibebani dengan membawa tanahnya (yang dia rampas) sampai ke padang mahsyar.” (Riwayat Ahmad)
Ads
Inilah beberapa hadith yang menerangkan tentang haramnya merampas atau mengambil tanah orang lain. Berkata Syeikh Abdullah al-Bassam dalam kitabnya Taisir al-‘Alam:
“Oleh kerana itu, Nabi SAW mengkhabarkan bahawa sesiapa yang mengambil tanah orang tanpa izinnya baik sedikit ataupun banyak, maka orang itu datang pada hari kiamat dengan azab yang berat di mana lehernya menjadi keras dan panjang kemudian dikalungkan tanah yang dirampasnya dan apa yang berada di bawahnya sampai tujuh lapis bumi sebagai balasan baginya yang telah merampas tanah itu.”
“Maksud “dikalungi” dari tujuh lapis bumi adalah Allah membebaninya dengan apa yang dia ambil (secara zalim) dari tanah tersebut pada hari kiamat sampai ke padang mahsyar dan menjadikannya membebaninya di leher atau dia diseksa dengan ditenggelamkan ke tujuh lapis bumi dan diambil seluruh tanah tersebut serta dikalungkan di lehernya.”
Berkata Syeikh Uthaimin dalam karyanya Syarh Riyad al-Salihin sambil menjelaskan bagaimana azab bagi orang yang merampas tanah orang lain:
“Manusia jikalau merampas sejengkal tanah, maka dia akan dikalungi dengan tujuh lapis bumi pada hari kiamat, maksudnya menjadikan baginya kalung pada lehernya. Kita berlindung kepada Allah dari perkara itu. Orang itu membawanya di hadapan seluruh manusia, di hadapan seluruh makhluk dan dia dihinakan pada hari kiamat. Katanya lagi:
“Dan sabdanya “sejengkal tanah” bukanlah ini bentuk penentuan kadar tetapi bentuk kiasan iaitu bererti jika merampas kurang dari sejengkal tanah, ia dikalungkan (dengan tanah itu). Orang Arab menyebutkannya sebagai bentuk kiasan iaitu walaupun sekecil apa pun, maka akan dikalungkan kepadanya pada hari kiamat.”
Adapun orang yang melakukan perkara ini, kalau ia bersolat atau melakukan amalan soleh yang lain, ia masih dapat pahala amalannya itu. Namun dosa yang dilakukannya dalam hal mengambil orang itu juga dipertanggungjawabkan ke atasnya dan ia akan menerima balasan yang buruk.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dikurniakan anak dengan dua atau tiga pusar di kepala seharusnya tidak dilihat sebagai satu bala. Berlegar nitos atau kepercayaan karut di kalangan ibu bapa, anak-anak yang mempunyai lebih daripada satu pusar di kepala diyakini akan membesar menjadi anak yang nakal, degil dan sukar diatur.
Bukan itu sahaja, ada juga yang mempercayai anak ini menjadi rebutan dua roh yang ingin menguasai badan anak tersebut. Dan menambahkan lagi kegelisahan, ada juga yang percaya, anak-anak ini apabila dewasa akan berkahwin lebih daripada satu.
Mitos seperti ini sebenarnya tidak menyumbang kepada perkembangan positif baik kepada anak itu atau ibu bapa yang tertekan dengan kepercayaan yang diperturunkan dari zaman moyang kita lagi.
Menurut Doktor Abdul Rahim dari Klinik Abdul Rahim, Bayan lepas Pulau Pinang, kejadian ini sebenarnya bukanlah perkara pelik dalam dunia perubatan.
“Pusar rambut di kepala adalah sejenis rambut yang tumbuh mengikut pattern arah jam atau lawan arah jam membulat dengan titik pusat kelihatan di tengah-tengahnya.
“Pusar ini terjadi kepada manusia atau haiwan yang berbulu; di atas badan dan di kepala sejak dalam kandungan ibu lagi. Mempunya pusar rambut satu, dua atau lebih mengikut genetik. Dan tiada kaitan langsung menentukan tabiat atau perangai anak,” jelasnya.
Manakala dari sudut pandang Islam, tidak sepatutnya sebarang mitos timbul dalam perkara ini.
Semua ibu bapa harus tahu dan faham bahawa Islam adalah agama sempurna, ilmiah yang dibangunkan di atas bukti dan dalil-dalil; samada dari ayat suci al-Quran atau pun sunnah nabi SAW atau boleh juga diterima secara penemuan hasil kajian saintifik oleh pakar yang boleh menjelaskan perkara ini.
Kita sebagai hamba Allah yang dikurniakan akal fikiran, perlu berpegang dan mengamalkan dua perkara ini sahaja bagi menjawab apa sahaja persoalan tentang kehidupan:
Dalil Al Quran atau hadis yang menunjukkan hal tersebut
Bukti material yang jelas sebab dan akibatnya dan boleh diuji.
Kalau tidak ada satu dari keduanya, maka itulah yang dikenal dengan khurafat (cerita bohong tanpa bukti) atau Tathoyur (menganggap sial kerana sesuatu) dan yang sejenisnya.
Maka jelas di sini dari penjelasan seorang doktor dan juga dari sudut pandang agama, mempercayai mitos tentang pusar di kepala ini adalah sesuatu yang tidak benar; bercanggah dari ajaran Islam. Mempercayainya akan jatuh khurafat yang boleh membawa kepada syirik.
‘Selesai kebumi jenazah, isteri kalut buat persiapan kenduri.” Tahlil tak salah tapi yang bersalah si jahil yang tetap meminta keluarga yang kematian orang tersayang mengadakan majlis kenduri tahlil.
Pernah terjadi di sebuah kampung apabila berlakunya kematian, disebabkan keluarga tersebut menerima duit sumbangan yang banyak.
Maka ada seorang Lebai mendekati waris keluarga arwah tersebut dan berbisik kepadanya.
“Banyak dapat sumbangan, bolehlah jemput ramai sikit kenduri malam nanti….”
Waris yang sedang berduka mengangguk tanda faham walau hakikatnya yang mati itu suaminya, sedangkan dia hanyalah suri rumah sepenuh masa. Terdapat empat orang anak yang masih bersekolah. Si suami bekerja sebagai pemandu bas sekolah sahaja.
Selesai urusan kebumi jenazah, si balu kalut semacam meminta bantuan sanak saudara yang ada untuk membuat persiapan kenduri tahlil dan makan-makan yang akan dilakukan malam ini.
Di ambilnya wang yang terdapat di dalam bekas dari hasil sumbangan orang ramai lalu di arahkan adiknya keluar membeli bahan masakan dan yang lain pula membantu apa yang patut di dapur.
Isteri Kalut
Selepas isyak jemputan hadir, membacakan tahlil. Selesai ia, mereka dihidang dengan sedikit juadah rakyat marhaen.
“Ayam masak merah…” Kata tetamu apabila melihat hidangan.
Sementara di dapur si balu kepenatan dia duduk termenung sambil berlinang air mata memikirkan sang suami di alam sana.
Sekejap pula imbasan terhadap arwah, fikirannya mula beralih arah menu juadah untuk esok malam. Si balu mula mengeluh dalam masa sama, dia teringat bahawa cuti sekolah hampir berakhir. Persiapan untuk pembukaan sekolah belum dibeli.
Buat Persiapan Kenduri
“Manalah nak cari duit untuk baju sekolah dan yuran ….” Sambil matanya jauh merenung nasib diri dan anak-anak
Kisah Rakyat Marhaen..Tahlil tak salah, yang salah si jahil.
Bila buat acara tahunan tahlil, sudah tentu buat waktu malam. Kerana hanya waktu malam, rumah Allah akan dikunjungi orang-orang taman perumahan kerana waktu siang mereka bekerja.
Majlis tahlil atau bacaan salah satu surah yaasin yg dbacakan oleh orang-orang surau bakal disedekahkan pada si mati memang acara budaya yang nampak islamik tapi tiadalah di dalam tuntutan agama.
Tiada kata-kata Allah dalam Al-quran atau kata-kata daripada Nabi melalui hadis, bahawa acara ini wajib dilakukan oleh keluarga si mati setiap tahun. Nabi tak buat untuk isteri dan anak-anak baginda yang telah wafat, begitu juga para sahabat.
Malah dikota suci juga amatlah melarang jika para petugas nampak mereka dari nusantara mengamalkannya.
Tetapi acara tahunan ini amat sukar untuk tidak diadakan di nusantara, malah bila tarikh kematian orang-orang tersayang akan dibuat juga oleh anak-anak. Ya amat sukar untuk tidak dibuat.
Malah bila tidak dibuat, anak-anak merasa orang tua yang di alam sana sedang diseksa kerana anak-anak tidak berdoa dan bersedekah untuk ibu, bapa mereka.
Yang Bersalah Si Jahil
Amalan bidaah ini memang sukar dibanteras. Sukar, malah jika mereka yang sudah mengenali sunnah dan tidak menghadirkan diri ke majlis tersebut, akan menjadikan mereka akan marah pada mereka yang tak hadir.
Baru-baru ini saya berbual dengan seseorang. Katanya dia telah mengisyaratkan anak-anak beliau untuk buat majlis tahlil untuk dia setiap tahun jika dia tiada nanti. Pakat adik-beradik berkumpul atau arahkan pihak surau untuk adakan.
Kashoorga: Ramai di antara kita sekarang mulai sedar bahawa tidak wajib untuk menganjurkan majlis tahlil.
Di media sosial, kita sering melihat satu bentuk perkongsian di mana orang ramai boleh mewakafkan wang ringgit atas nama arwah ibu bapa atau orang disayangi untuk membina perigi di Kemboja. Tidak hanya arwah-arwah tetapi boleh juga mewakafkan perigi atas nama sendiri untuk kegunaan masyarakat miskin di sana.
Dalam pada itu, Ustaz Muhaizad Mohammad memberikan penjelasan berkaitan harta wakaf yang diketahui merupakan amal berpanjangan sehingga ke hari akhirat. Tapi ada sesuatu yang harus kita tahu, tindakan meletakkan nama arwah yang sudah tiada di perigi berkenaan dan tidak mendapat keizinan dari si mati, perbuatan itu sebenarnya hanyalah sia-sia sahaja kerana pahala tidak sampai.
Menjawap satu rakaman video berdasarkan satu soalan di Tik Tok @insan_berdose, ini merupakan penjelasan berkaitan hukum buat wakaf harta atas nama si mati.
“Nak tanya sekarang ini ramai orang buat wakaf air bersih untuk negara Kemboja. Letak nama si derma, nama arwah. Saya ada dengar orang cakap tak perlu letak nama orang sudah meninggal sebab amalan tu tak sampai pun kepada si mati. Cukuplah sekadar menderma, niat di hati untuk wakaf dan tak perlu meletakkan nama si mati. Minta penjelasan dari Ustaz.
Jawapan dari Ustaz.
Betul, kalau kita nak wakaf atas nama si mati, kita kena minta izin dari si mati. Saya nak buat pahala kebajikan untuk awak, boleh ke tak, (si mati kata tak boleh). Atau pun kita tak boleh nak tanya mak kita, maka kita tak boleh buat atas nama dia.
Habis tu, penderma dia siapa dia. Wakaf tu kita buat. Cuma pahala tu kita niat kepada arwah si mati. Jadi tak tepat jugok. Nama tu nama si mati, awak dapat izin ke daripada dia? Dia wasiat ke tidak (tak wasiat), abis tu ibadat si mati kita nak buat kalau dia (arwah) tak izin. Ibadat mesti dapat izin daripada dia.
Maka tulislah nama anak dia yang tukang buat perigi tu. Masalah dia niat atau pun dia buat atas nama dia sebagai kenangan. Saya nak letak nama ayah saya. Saya buat tapi saya nak letak nama ayah saya di telaga, ok tak masalah. Letak nama tak menunjukkan dia tu pembuat, kadang-kadang sebagai nak cakap saya niat untuk ayah saya (pahala tu), bukan dia saja yang buat. Cuma saya nak letak nama ayah saya supaya ayah saya sohor la (terkenal). Masa dia hidup kedekut, maka saya pun letak ayah saya. Boleh macam tu.
Memasuki bulan Syaaban ini menandakan Ramadan semakin menghampiri. Menurut Ustazah Asma' Harun banyak kelebihan yang terkandung di bulan ini namun ramai yang masih terleka...