Antara solat yang paling popular ditinggalkan pada hari perkahwinan adalah solat Zohor. Fenomena ini dapat dilihat berlaku di mana-mana sahaja.

Malahan ada di kalangan sanak-saudara sendiri yang meninggalkan solat pada hari pertama memikul amanah sebagai seorang suami/isteri. Sudah tentu ia situasi yang amat menyedihkan.

Masalah akan lebih banyak dihadapi oleh pengantin perempuan kerana perlu bermekap. Kebiasaannya waktu majlis bermula antara jam 11 – 12 pagi hingga 4 – 5 petang.

Ads

Bagi pengantin perempuan, mak andam akan tiba pada jam lebih kurang 10 pagi untuk memulakan sesi menyolek. Takkan masuk waktu Zohor, nak tanggalkan solekan, lepas solat nak solek balik? Leceh la kan?

Kalau ada pun pengantin yang sempat solat Zohor malangnya sudah di akhir-akhir waktu. Apakah kita akan terus membiarkan fenomena ini berlaku pada diri kita (pada yang masih bujang) atau berleluasa di kalangan keluarga dan teman-teman? Sudah tentu tidak bukan?

Ads

Berikut tip berguna untuk bakal pengantin baru untuk elak masalah ini berlaku hasil perkongsian wanita ini Annisa Solehah di laman sosial Facebook melalui pengalaman di majlis perkahwinannya tiga tahun lalu.

Ads

Tip untuk pengantin, yang tak nak solat zuhur di akhir waktu dan tak nak makeup 2, 3 kali

1) Pakai fullglove.
Bukan yang jejaring ala-ala pwinsess tu taw, tapi yang full cover macam kak long pakai dalam gambar ni.

“Ambil Wuduk Siap-Siap” Wanita Ini Kongsi Tip Pengantin Elak Solat Zohor Di Akhir Waktu & Mekap Berkali-Kali!
2) Ambik wudhu’ siap-siap sebelum makeup.

3) Jangan kentut!

Kalau awak buat no 3 ni, memang no 1 dengan 2 dah tak berguna lah

Tips ni berdasarkan pengalaman sendiri.
Kak long tak pasti setiap pengantin akan salam pasangan ke tak mase rombongan pengantin lelaki datang, tapi kak long salam. Actually, sebab blur tak tau nak buat apa. Haha.

Takkan nak terus berdiri sebelah dia, segan ooiii.
Disebabkan kak long berniqab, bila salam tu hidung jadi berlapik lah, so wudhu selamattt. Sebab dahi pun tak kena.

“Ambil Wuduk Siap-Siap” Wanita Ini Kongsi Tip Pengantin Elak Solat Zohor Di Akhir Waktu & Mekap Berkali-Kali!Pengakirannya, Zuhur pun tak delayyy. Tu yang paling penting.

Thank you husband, NorTaufiq Ishaq yang bagi idea full glove tu.

KASHOORGA: Walaupun kita seronok bergelar pengantin baru, perkara yang wajib perlu didulukan. Ada cara tertentu boleh digunakan dan salah satunya memakai sarung tangan dan mengambil wuduk sebelum itu. Apa yang penting niat untuk tunaikan solat dan dalam masa sama memikul tanggungjawab baru sebagai suami isteri.

Sumber Kredit: FB: Annisa Soleha-Niqab

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI