Antara solat yang paling popular ditinggalkan pada hari perkahwinan adalah solat Zohor. Fenomena ini dapat dilihat berlaku di mana-mana sahaja.
Malahan ada di kalangan sanak-saudara sendiri yang meninggalkan solat pada hari pertama memikul amanah sebagai seorang suami/isteri. Sudah tentu ia situasi yang amat menyedihkan.
Masalah akan lebih banyak dihadapi oleh pengantin perempuan kerana perlu bermekap. Kebiasaannya waktu majlis bermula antara jam 11 – 12 pagi hingga 4 – 5 petang.
Bagi pengantin perempuan, mak andam akan tiba pada jam lebih kurang 10 pagi untuk memulakan sesi menyolek. Takkan masuk waktu Zohor, nak tanggalkan solekan, lepas solat nak solek balik? Leceh la kan?
Kalau ada pun pengantin yang sempat solat Zohor malangnya sudah di akhir-akhir waktu. Apakah kita akan terus membiarkan fenomena ini berlaku pada diri kita (pada yang masih bujang) atau berleluasa di kalangan keluarga dan teman-teman? Sudah tentu tidak bukan?
Berikut tip berguna untuk bakal pengantin baru untuk elak masalah ini berlaku hasil perkongsian wanita ini Annisa Solehah di laman sosial Facebook melalui pengalaman di majlis perkahwinannya tiga tahun lalu.
KASHOORGA: Walaupun kita seronok bergelar pengantin baru, perkara yang wajib perlu didulukan. Ada cara tertentu boleh digunakan dan salah satunya memakai sarung tangan dan mengambil wuduk sebelum itu. Apa yang penting niat untuk tunaikan solat dan dalam masa sama memikul tanggungjawab baru sebagai suami isteri.
Sumber Kredit: FB: Annisa Soleha-Niqab