‘Anak derhaka, tak cium bau syurga.’ Berang tak diberi wang, remaja ini sanggup bakar rumah ibu bapa. Allahuakbar melampau sungguh perbuatan anak ini. Langsung tiada simpati buat ibu dan bapanya.
Sesungguhnya, anak derhaka akan dimurkai ALLAH SWT dan tidak mencium bau syurga. Itu adalah jaminan ALLAH SWT dan memang selayaknya.
Malah anak derhaka itu ialah anak yang tidak mengenang jasa. Mereka tidak berbakti kepada orang tua, walhal ia adalah jalan mudah menuju ke syurga.
Artikel Berkaitan:
Ziarah Kubur Ibu Bapa Tiap Jumaat, Doa Anak Derhaka Tetap Diterima Allah
Hari ini kita melihat anak derhaka boleh digelar sebagai ‘si tanggang moden‘. Bermacam cerita atau berita yang dipaparkan di dada akhbar dan televisyen.
Ada yang sanggup memukul dan mencerca ibu bapa gara-gara impian mereka tidak dipenuhi dan kali ini ini anak ini sanggup membakar rumah keluarganya.
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah dia, celakalah dia, celakalah dia,“.
Lalu baginda ditanya: “Siapa Ya Rasulullah?
Jawab baginda: “Sesiapa yang mendapati kedua-dua orang tuanya (dalam usia lanjut) atau salah seorang daripada kedua-duanya, tetapi tidak berusaha masuk syurga (dengan memelihara orang tuanya sebaik-baiknya).“ (Hadis Riwayat Muslim)
Seorang remaja berusia 17 tahun bertindak nekad membakar rumah ibu bapanya kerana berang tidak diberikan wang untuk belanja kahwin, lapor laman berita Pikiran Rakyat semalam.
Suspek yang hanya dikenali sebagai RA berasal dari Tebo, wilayah JambI, Jakarta.
Menurut polis, suspek telah diberkas selepas didakwa membakar rumah ibu bapanya akibat marah tidak diberi wang untuk berkahwin.
Ketua Polis Tebo Tengah, Asisten Komisioner Polis Dedi Tanto Manurung mengesahkan penangkapan itu dengan suspek kini berada dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut.
“Ya, terdapat aduan daripada mangsa bernama Amri yang mengatakan anaknya telah membakar rumahnya,” kata Dedi, kelmarin.
Dalam kejadian pada Sabtu lalu, rumah milik pengadu di Jalan Kelompok Tani, kabupaten Tebo, wilayah Jambi hangus akibat dibakar. – Agensi
Baca Di Sini:
Lelaki, Ramai Yang Takut Kepada Isteri & Derhaka Terhadap Ibu
Kashoorga : Semoga kita menjadi anak yang soleh dan solehah serta mampu menjaga kedua orang tua hingga ke akhir hayat.
Sumber: Kosmo Online
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.