
Bella, anak Dr Sheikh Muszaphar telah berjaya membolot sembilan anugerah cemerlang di sekolahnya. Dr Sheikh Muszaphar telah memuat naik sekeping foto bersama Bella dan meluahkan rasa syukur di laman Instagramnya.
Antara anugerah yang diperolehi oleh kanak-kanak berusia 7 tahun itu ialah Cemerlang AlQuran, Cemerlang Tauhid, Cemerlang Fekah, Cemerlang Sirah, Cemerlang Bahasa Arab, Cemerlang Akhlak , Cemerlang Khat, Cemerlang Hadith dan Cemerlang Keseluruhan.
https://www.instagram.com/p/BqTSbFdH9m_/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=tz882djv4r3w
Dalam kapsyen pada foto tersebut juga, dia juga berterima kasih terhadap semua tenaga pengajar yang telah mendidik anaknya di sekolah dan berharap agar Bella dapat menjadi seorang Muslim yang sejati suatu hari nanti.
Posting tersebut telah membuatkan laman Instagram Dr Sheikh Muszaphar dibanjiri dengan komen daripada para pengikutnya.

Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Ambil Nombor Guna Apps, Urusan Di Lembaga Tabung Haji Jadi Lebih Praktikal, Tak Perlu Beratur Lama

Ada di antara kita yang berasa keberatan untuk menunggu giliran bagi segala urusan yang berkaitan dengan urusan di Lembaga Tabung Haji. Hakikatnya ada cara yang mudah dan cepat untuk menguruskan urusan tersebut.
Ikuti perkongsian wanita ini.
Hari ni nak review tips mudah pergi Tabung Haji masuk duit raya anak-anak tapi tak nak tunggu lama hihihi. Ramai weyh musim Haji niii. Berakaq la nak tunggu.
Ye, memang boleh masuk duit melalui cdm Maybank, Bank Islam, tapi nak register Haji si Mia yang dah hold punya lama dengan nak kemaskini buku akaun. Lepas tu hat duit sehengget tu beratus ada. Malas mommy nak tukar sana sini ?
Semalam dah pergi. Menonong je. Hamekk 37 orang kat depan tengah menunggu. Sejam jugak menunggu baru 5 orang bergerak ? padan muka. Orang sibuk urusan Haji hang sebuk nak masuk duit raya.
DOWNLOAD APPS
Sementara menunggu, Husband pulak jenis baca info-info ni. Dia pun dok tengok ada info untuk download apps, dan kita boleh ‘ambil nombor’ guna apps tu je. Means sebelum gerak pi TH, click kat apps. Nanti sampai kat TH, scan QR code.
SCAN QR BAR CODE
arini pergi tunggu dalam 5-10minit je terus nombor dipanggil. Wahh cepat. Best pulak ada apps ni. Rasa nak pergi lagi haha.
So Farah ada share kat bawah ni apps TH. Dah register, jangan lupa scan bar code kat kaunter nombor cawangan TH yang korang pDah scan QR code tu terus dapat nombor dekat telefon. Takyah print nombor dah. Jimat kertas. Hegi. Kalau tak scan, mereput la tunggu nombor tak panggil? sebab kita tak aktifkan nombor tu kalau tak scan.
Apps ni jugak boleh tunjuk berapa orang ada kt TH tengah waiting (refer gambar tau). Agak-agak ramai, lepas 2-3jam baru korang gerak lah pergi TH hihihi.
Lepas tu masuk TH ala-ala diva tau. Takdan panas bontot nombor kena panggil. Masa bangun tu flip shawl sket hahahaha! Orang mesti pandang-pandang korang. Eh minah ni baru sampai apsal dia kena panggil dulu? Tak ke VVIP perasaannya tu hahahahahaha.
Semoga bermanfaat! Feel free untuk share okey?
Lama tak kemaskini buku. Banyak juga dividen TH ni. Tak rugi menyimpan sini hehe.
Update : ada inquiry, if nombor terlepas kita tak sampai TH lagi macam mana?
TIDAK AKAN TERLEPAS NOMBOR
Takkan terlepas…lepas check in nombor dalam apps kita kena scan bar code dkt kaunter baru confirm diaktifkn no check in dlm sistem TH so if no da terlepas dia akn panggil no yg awal kita da aktif.

BERIKUT LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN:


Sumber: Nurul Farahanim
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Tak Minta Kemewahan Tapi Cukuplah Bawa Pulang Rezeki Yang Barakah – Deep ‘Permintaan’ Isteri Imam Muda Asyraf

Semua pasangan inginkan rumahtangga bahagia seperti yang dipaparkan di filem-filem cinta. Namun setiap perkahwinan yang dibina tentunya pernah melalui cabaran dan dugaan. Sebenarnya pengalaman itulah yang menjadikan rumah tangga pernuh barakah.
Seperti perkongsian bermakna IMAM MUDA Asyraf
Teringat sewaktu saya mula berkahwin dulu. Masih belajar di UM. Tiada pekerjaan tetap. Apa pun terima kasih kepada mertua yang sudi menerima insan yang serba dhaif ini menjadi menantu. Walaupun ketika itu merek tahu saya tak mempunyai sumber kewangan yang utuh.
Saya buat partime sebagai imam ratib di masjid sebab nak sara anak orang sbg isteri. Dgn gaji RM350 sebulan di Kuala Lumpur apalah sangat yg mampu dinikmati. Sedangkan sewa rumah ketika itu RM450 sebulan. Terpaksa berniaga cari duit tambahan jual kitab. Buat home tuition. Basah kuyup bersama isteri menaiki motorsikal EX5. Menunggu bas di Pudu bersama utk pulang ke kampung.
Apa yang saya kagum dan saya akan ingat selamanya ialah pesanan dari seorang isteri: “Abang.. Ayang tak minta abang bawa balik kemewahan. Tapi cukuplah dengan bawa pulang kepada keluarga rezeki yg barakah”…
RUMAH SEMPIT TAPI LAPANG
Beliau langsung tak pernah minta wang untuk beli pakaian melainkan apa yang saya belikan. Beg tangan dan kasut seadanya. Kadang terusik di dalam hati seorang suami untuk membeli sesuatu untuk menggembirakan isteri. Tapi si suami tak mampu.
Rumah flat yang tiada katilnya beralas toto. Lantai simen tanpa tikar getah. Tiada meja makan, kotak sebagai alas pinggan. Almari zip yang terkoyak di sisinya. Tapi saat itulah saat yang paling bahagia. Detik itulah yang paling sakinah. Payah namun indah. Rumah sempit namun hati lapang.
SYUKURI NIKMAT SEBELUM IA TIADA
Perit dahulu menekan keangkuhan. Sakit dahulu mengingatkan kesombongan. Semua yang kita dapat sekarang adalah pemberian Tuhan. Dia beri pinjam hari ini, maka tak sukar untuk Dia ambil semula esok hari. Beringat wahai si tuan badan.

Saya kongsi kisah ini bukan untuk khabarkan sejarah diri semata. Kerana saya tahu rasa saya ini pernah juga dirasai kebanyakan pasangan. Saya tidak berseorangan dalam merasai pengalaman ini. Ramai yang turut melalui. Bersyukurlah apa yang ada. Sebelum menangis bila dah tiada.
Mereka menerima kita saat kita bukan siapa-siapa. Mereka terima kita saat kita tiada apa-apa. Mereka di sisi saat tiada siapa mengenali. Mereka bangga dengan kita walau kita tiada nama. Mereka sudi di sisi kita walau kita tidak berharta.
Semoga Allah mengabadikan bahagia ini hingga ke syurga.
Kredit: IMAM MUDA Asyraf
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Menantu Bukan Pilihan VS Mentua Perosak Rumah Tangga, Perlu Hadam Untuk Elak Sakit Hati

Isi Kandungan
ToggleBenar sekali kata pepatah yang hidup kita ini memang penuh cabaran dan tidak bermakna hidup, andai tidak disertakan dengan dugaan.
Jika tidakpun dari orang luar, keluarga sendiri yang menjadi punca. Namun semua itu harus ditangani dengan baik, ibarat menarik rambut dari dalam tepung, rambut jangan putus, tepung pula tidak berselerak.
Kisah pergolakan antara menantu dan mentua sangat sulit untuk diselesaikan. Isu ibu mentua dengan menantu perempuan memang tidak akan habis sampai bila-bila pun. Jika tidak ditangani secara bijak maka akan rosaklah rumah tangga yang dibina.
Berikut perkongsian Akhtar Syamir
Menantu Bukan Pilihan dan Mentua Perosak Rumah Tangga
Aku cintakan kamu, kamu cintakan aku. Hari ini, kita bergelar suami isteri. Kita akan bersatu dan hidup bahagia hingga ke akhirnya.
Ringkas dan mudah bukan? Ini perkara yang berada di dalam kepala pasangan yang baru sahaja bernikah.
Tapi ianya sering tidak semudah itu. Kerana ada anasir luar (baca : dalam) yang mempengaruhi kehidupan suami isteri. Anasir luar yang dimaksudkan ialah ibu-bapa mentua. Ibu dan bapa pasangan itu sendiri.
Apabila anak sudah meningkat dewasa dan bersedia untuk berkahwin, sudah pastinya anak itu sudah cukup matang untuk membuat keputusan. Betul, ibu dan bapa mempunyai pendapat dan boleh memberi pendapat tentang pilihan hati anak. Ini dipanggil menjadi ibu-bapa. Pastinya ibu dan bapa mahukan yang terbaik untuk anaknya.
TERLEBIH MELINDUNGI
Tidak salah sebenarnya, kadang-kala kerana cinta, mata yang celik pun boleh menjadi buta. Ada yang jatuh cinta dengan penagih yang tidak berniat untuk berhenti. Ada juga yang jatuh cinta dengan wanita liar yang tidak mahu berubah. Di sini, ibu-bapa memang patut memainkan peranan membawa kembali pandangan mata anak kepada realiti dan akibatnya nanti.
Masalah tiba apabila bila ibu-bapa pula yang terlebih melindungi anak hanya kerana hatinya tidak berkenan dengan bakal menantunya. Di sini bermulalah segala jenis masalah yang dikaitkan dengan menantu bukan pilihan.
“Kalau kau aku tak suka, dengan keturunan kau pun aku tak suka”. Ya, memang ada yang sampai ke tahap itu. Benci, menyampah, buruk, huduh, tak layak, murahan dan macam-macam lagi perasaan yang bermain di minda mentua apabila anaknya berkahwin dengan yang bukan pilihan hatinya.
Bermacam alasan diberi, pilihan anak itu tak cantik, belajar tak pandai, kerja tak bagus atau tidak bekerja, keturunan tak kaya dan tak sama taraf. Kadang-kala sehingga kehabisan sebab, tetapi masih lagi tidak boleh terima. Di carinya lagi sebab lain yang boleh teruskan kebencian di hati.
Biasa dengar mentua yang tak suka negeri itu ini?
“Jangan kahwin dengan orang Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Kuala Lumpur”
Habis semua negeri tak boleh kahwin, itu tak boleh, ini tak boleh.
Masakan menantu sentiasa tidak kena dengan selera. Asam pedas tak cukup masam, kari tak cukup pekat, masak lemak tak cukup pedas, ikan goreng tak garing, nasi lembik, sambal belacan tak pedas, rendang tak sedap, ayam goreng tak garing, masakan terlalu manis, masin, pahit, tawar sampai air kosong pun tak cukup sejuk.
Hidangan pula tak menarik, pinggan tak tersusun rapi, mangkuk tak guna yang sama tema, sumbing sikit tak boleh, pinggan basah pun kena lap bagi sempurna semua.
Pakaian menantu bukan pilihan sentiasa tidak kena. Terlalu singkat, terlalu labuh, tidak menarik, tak cantik, warna kelam, tudung senget dan macam-macam lagi.
Alasan untuk tidak menyukai dah habis. Walapun menantu dah ikut semuanya tetapi sangat susah mulut untuk memuji apa yang menantu buat. Seperti satu kesalahan yang besar jika mentua memuji menantu yang tidak disukainya itu.
JADI BAHAN UMPATAN
Menantu bukan pilihan juga sering jadi mangsa umpatan mentua dengan orang lain. Sama ada dengan ipar atau orang terdekat. Kadang-kala dengan sengaja membiarkan menantu itu dengar.
Antara yang menyakitkan hati, mentua sentiasa berkias-kias apabila bercakap dengan menantu bukan pilihannya. “Kedutnya baju anak aku, kenapa la tak bergosok?”, “Makin kurus anak aku ni sejak kahwin, tak cukup makan la tu”, “cucu aku semua putih, yang ini sahaja hitam legam”.

Menantu bukan pilihan juga akan sentiasa dipantau. Paling mentua tak suka apabila anaknya melebihkan isteri sendiri. Memang tak senang duduk dia. Sentiasa ingatkan anak yang Ibu lebih penting dari isteri. Tengok isteri berpakaian baru, diperli-perlinya, tengok isteri ada cincin baru, cepat sungguh kena tegur, membazir la, tak cantik la.
Ada juga yang membanding-bandingkan menantu. Yang disukai sentiasa disebut-sebut, diangkat tinggi, dipuji selalu. Menantu yang itu kerjanya bagus, bukan suri rumah. Menantu yang ini belajar sampai PhD, bukan takat SPM je. “Bodoh tu nanti berjangkit kat anak” katanya.
Bila ada menantu yang selalu beri duit, dicanangnya satu kampung. Saudara mara yang datang pun habis dicerita semua. Menantu ini bagi gelang, menantu itu bagi duit, menantu yang ini tak pernah bagi apa pun. Setakat bagi tudung, apalah sangat. Tak penting pun untuk diceritakan.
Yang menyedihkan, anak kepada menantu bukan pilihan menjadi mangsa diskriminasi. Cucu yang itu la yang selalu dimarahi. Cucu yang itu la yang tidak dilayan berbanding cucu menantu yang disukainya.
Tidak cukup dengan itu, anak akan dihasut dengan pelbagai perkara yang tak elok. Kadang-kala sehingga mereka-reka cerita, diburuk-burukkan dan difitnah. Tujuannya supaya anaknya itu membenci isteri sendiri.

Seperti tidak masuk akal juga apabila perkara yang di luar kawalan dan kemampuan disentuh. Menantu yang masih tidak mempunyai anak akan sering diperli dan diperlekehkan kononnya itu semua salah menantu.
Yang pastinya, menantu bukan pilihan ini jika mahu mengambil hati, perlulah patuh dan mengikut 100% seperti apa yang dimahukan, barulah hatinya puas.
Itulah serba sedikit apa yang dilalui menantu bukan pilihan dan perangai ibu mentua yang merosakkan. Memang sangat menyedihkan.
Kadang-kala orang tua ini memang tidak boleh berubah. Anak perlulah memainkan peranan yang teramat penting untuk seimbangkan kembali situasi yang sentiasa tegang ini.
DENGAR RAYUAN DAN ADUAN PASANGAN
Anak perlu sedar mengenai perangai ibu atau bapanya sendiri. Dengarlah rayuan dan aduan pasangan. Jika perlu bertegas, bertegaslah. Pasangan andalah yang akan bersama dengan anda, membesarkan anak anda dan melayan anda hingga ke akhirnya. Hati mereka amat penting untuk dijaga.
Janganlah menjadi anak emak yang membutakan mata serta memekakkan telinga apabila ada ketidakadilan berlaku dari ibu-bapa sendiri terhadap pasangan. Pasangan perlu dibela, pasangan perlu dipujuk. Mereka amat tertekan. Nak marah tak boleh, nak menangis pun tidak dilayan. Jadilah suami atau isteri yang bertanggungjawab. Jangan biarkan anasir luar mempengaruhi kegembiraan hidup berkeluarga.
Hargai pasangan anda, itu pilihan hati anda. Jangan biarkan mereka menghadapi semua ini seorang diri. Berdiri di hadapan mereka. Bela mereka bila diperlukan, jangan biarkan pasangan dilukai sewenang-wenangnya.
Ini adalah situasi yang benar. Terlalu ramai menantu bukan pilihan yang sedang menderita. Bukalah mata dan lihat serta dengar sendiri. Jangan abaikan masalah ini.
Kepada mentua, insaflah. Berhenti merosakkan keluarga anak anda sendiri. Buang ego itu ke tepi, pilihan anak perlu dihormati selagi ianya tidak memudharatkan. Berhenti cuba mengawal semua benda. Janganlah memaksa anak dan menantu menjadi seperti yang anda mahukan dan menjadi keluarga yang sama seperti keluarga anda. Setiap manusia itu unik dan ada keperluan dan minat masing-masing. Biarlah anak dan pasangan mereka menentukan arah tuju keluarga mereka. Itu hak mereka sendiri, bukan anda.
Kepada menantu bukan pilihan, bersabarlah. Jangan berhenti berkongsi masalah ini dengan pasangan. Mereka patut tahu apa yang ibu atau bapa mereka sendiri sedang buat. Teruskan tabah, dan buatlah sebaik mungkin. Fokus kepada keluarga sendiiri, jangan biarkan orang yang tidak menyukai kita menentukan kebahagiaan rumah tangga kita.
Sumber kredit: Akhtar Syamir
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI