‘Anak hanya mampu mengesot, tidak mampu bergerak akibat penyakit jarang dijumpai.’ Ibu ini percaya, setiap ujian ada hikmah-Nya yang telah Allah tentukan.
Berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul. Namun bila kita percaya setiap ujian yang menimpa diri ada hikmah tersembunyi pasti rasa reda itu hadir perlahan-lahan.
Malahan perkara tersebut juga membuatkan Siti Norzurain Fatima Ab Razak, 34, terus tabah menjaga anak bongsunya, yang menghidap sindrom Vacterl sejak dilahirkan.
INFO: Sindrom Vacterl yang berlaku satu dalam 10,000 hingga 40,000 kelahiran itu membuatkan penderitanya mengalami kecacatan pada tulang belakang dan beberapa ciri gangguan lain yang cukup kritikal.
Selain disahkan mengalami sindrom Vacterl, adik Siti Nur Jannah Humaira Ahmad Zainuddin juga turut berhadapan dengan tujuh komplikasi kesihatan yang lain.
Antaranya masalah jantung berlubang, buah pinggang tidak normal, sumbing pada lelangit, paru-paru kecil, kecacatan pada tulang, saluran pernafasan dan pemakanan sempit serta ekzema.
Tidak Mampu Bergerak
Rentetan daripada pelbagai masalah yang dihadapi ini, si kecil yang mesra dengan panggilan Meya tidak mampu bergerak seperti kanak-kanak lain.
Luah Siti Norzurain, Meya yang hanya memiliki berat 8 kilogram itu hanya mampu mengesot menggunakan kudrat tangan kerana kedua-dua kakinya sudah bengkok.
Tambah ibu ini, dia sebenarnya tidak pernah terjangkau dek akal bahawa puteri bongsu yang sangat dinanti-nantikan itu diuji dengan dugaan sebegitu berat.
Ads
“Sesungguhnya, saya menunggu zuriat ketiga dengan penuh rasa syukur dan gembira. Apatah lagi bila dapat tahu, bayi ini ialah perempuan yang sememangnya saya impikan selepas dua abangnya.
“Namun selepas selamat melahirkan Meya secara normal, saya tak sempat nak cium peluk Meya kerana dia terus dibawa ke Unit Rawatan Rapi Neonatal di sebuah hospital,“ katanya yang menetap di rumah pusaka di Perumahan Banjir Kuala Teh, Jerantut, Pahang.
Akibat Penyakit Jarang Dijumpai
Bukan seuatu yang mudah diterima apabila doktor memaklumkan Meya menghidap sindrom Vacterl iaitu salah satu penyakit jarang jumpa yang terdapat di dunia.
“Lagi sukar nak terima, mereka kata peratusan Meya untuk hidup 50 peratus sahaja,“ katanya.
Sepanjang membesarkan anak bongsunya, Siti Norzurain jelaskan bahawa terdapat satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan berlaku ke atas anaknya ketika berusia dua bulan.
Ketika itu, paru-paru Meya telah dijangkiti kuman sehingga menyebabkannya tidak mampu bernafas seperti biasa. Wajah anak syurga tersebut kebiruan lantaran kekurangan oksigen.
“Jangkitan itu membuatkan Meya terpaksa bergantung dengan mesin pernafasan 24 jam pada dos yang tinggi untuk tempoh beberapa bulan,“ katanya.
Ads
Ibu Ini Percaya
Ternyata berkat kesabarannya sang ibu, keletah dan semangat si comel itu yang jelas kelihatan setelah kini menginjak usia lima tahun, membuatkan semangat Siti Norzurain membuak-buak.
“Apa yang membuatkan saya yakin, dengan izin-Nya, Meya sudah boleh bernafas seperti biasa dan saya anggap ia satu keajaiban paling hebat. Selain itu, jantungnya yang berlubang sudah tertutup sendiri, manakala paru-paru pula sudah berfungsi dengan baik.
‘Cuma Meya bergantung kepada satu buah pinggang iaitu sebelah kiri sahaja,“ katanya sambil memberitahu anaknya juga mengalami masalah pertuturan.
Kini, ahli keluarga dengan penuh harapan sedang menunggu tarikh untuk pembedahan mencantumkan masalah sumbing pada lelangit si kecil itu.
Sudah itu sebagai ibu, wanita mengharapkan Meya untuk memiliki kerusi roda khas untuknya demi memudahkan si kecil itu bergerak. Bukan tiada keinginan untuk membeli peralatan penting tersebut, namun kekangan kewangan membataskan segala-galanya.
Ads
Masalah berkenaan semakin menghimpit apabila anak sulung beliau, Ahmad Adi Putra, 13, menderita penyakit jantung berlubang dan memiliki kelainan dua saluran darah pada paru-paru.
“Adi (panggilan manjanya) disahkan mengalami isu kesihatan tersebut selepas dilahirkan dan setakat ini, dia sudah menjalani dua pembedahan,“ jelasnya satu-persatu.
Satu-persatu masalah yang di hadapi keluarga ini sedikit sebanyak membebankan Siti Norzurain. Bertambah pilu bila suaminya, Ahmad Zainuddin Abdul Rahman, 48, turut mengalami sakit saraf dan hanya mampu membuat kerja pendawaian elektrik ringan sahaja.
Ada Hikmah-Nya
“Upah juga kadang-kadang tidak menentu. Sebab itu, saya cuba bantu dengan menjual donut viral sebagai pendapatan sampingan. Sekurang-kurangnya lepaslah duit nak ke hospital,“ katanya yang bergantung kepada bantuan kerajaan secara bulanan.
Sehubungan itu, ujar Siti Norzurain, jika ada pihak yang sudi membantu meringankan beban keluarganya amatlah dialu-alukan.
“Anak-anak saya sangat memerlukan susu khas dan keperluan lain seperti ubat-ubatan,“ tuturnya.
Kashoorga: Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga ini bolehlah berbuat demikian melalui akaun Bank Islam, 06055020344689 atas nama Siti Norazurain Fatima Ab Razak.
Pelbagai pengalaman diperolehi bagi penunggang atau rider makanan yang menjalankan perkhidmaatn penghantaran makanan kepada pelanggannya.
Viral baru-baru ini apabila seorang rider telah barkongsi satu gambar memaparkan nota ringkas dari pelanggannya yang telah membuatkan ramai tersentuh hati.
Menerusi perkongsian di laman twitter @IjamShahnon yang merupakan seorang rider menghantar makanan telah menunjukkan gambar upah berupa tip RM50 diterimanya dari seorang wanita.
Apa yang menyentuh hatt apabila ada selitan nota dari wanita ini yang memohon agar rider berkenaan mendoakan dirinya dikurniakan zuriat secepat mungkin.
Menurutnya dia telah menunggu hampir tiga tahun untuk mendapatkan anak.
Wanita itu juga turut memberi doa bat semua rider agar sentiasa selamat dan berada dalam lindungan Yang Maha Esa.
Sebaik di muat naik status berkenaan dengan mendapat like lebih 15K dan butang retweet lebih 11K, rata-rata warganet mengharapakan dia mendapat apa yang dihajati selama ini.
Malah mereka turut mendoakan agar doa dan hajat wanita ini dimakbulkan Allah untuk memperoleh zuriat yang soleh dan solehah.
Semoga dikurnia zuriat yang jadi pnyejuk mata
Moga impian dan doa termakbul
Sentiasa semua rider berada dalam lindungan Allah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Salah satu persediaan utama sebelum masuk rumah adalah pemasangan langsir pada tingkap atau sliding door. Tetapi pernah atau tidak kita terfikir meletakkannya depan pintu rumah.
Memang nampak tidak cantik dan boleh cacatkan ruang dekorasi, tetapi ada fadhilatnya yang tak tahu.
Rupanya meletakkan tabir atau langsir di situ adalah menjadi amalan Sunnah Rasulullah dan jika kita meletakkannya amalan menarik rezeki masuk dalam rumah dan tak mengalami kesempitan hidup yang ramai tak tahu.
Gambar sekadar hiasan.
Ayuh, baca perkongsian ini di laman sosial Facebook
Fadhilat meletakkan tabir/langsir depan pintu rumah.. Silakan Baca
Amalan tarik rezeki masuk dalam rumah dan tak sempit hidup yang ramai orang tak tahu..
Selama ni saya cuma ikut2 je buat.. bukan atas dasar ilmu.. tapi kesannya masyaAllah saya sendiri dapat rasakan.. yaAllah syukur sangat padaMu.. hari ni orang kata kita kena syukur kalau dapat gaji.. dapat projek.. dapat duit.. naik pangkat rezeki.. tapi ramai orang tak sedar dapat amalkan sunnah dan amalan agama juga adalah rezeki..
Hari ni baru saya tau.. letakan tabir/langsir di hadapan pintu rumah adalah sunnah nabi saw dan fadilatnya kata ulamak di india.. fitnah orang2 jahat, orang2 tak solat yang lalu depan rumah kita tak akan masuk dalam rumah..
ulamak bagitau.. orang yang tak solat.. ahli maksiat yang lalu depan rumah kita pun memberi kesan buruk pada kehidupan kita.. dan rezeki jadi sempit tak masuk.. sebab tu kena letak tabir/atau langsir untuk tutup.. pintu satu perkara dan langsir/tabir satu perkara yang berbeza.. zaman nabi saw setiap rumah isteri dan para sahabat semia ada tabir tutup depan rumah..
Gambar sekadar hiasan.
Pernah sekali pengalaman seorang sahabat saya.. ada orang datang jumpa dia.. ngadu hidup susah.. duit selalu tak cukup.. habis bayar hutang je.. kawan saya tanya.. kat rumah ada pasang tabir depan pintu rumah..?
Orang tu muka pelik.. tak ada.. kan dah ada pintu.. nak tabir buat apa lagi.. kawan saya kata awak buat je.. niat nak amal sunnah nabi.. jangan percaya cakap saya.. awak buat jee.. orang tu pun terus buat..
seminggu lepas tu jumpa balik dalam keadaan excited sangat.. nak bagitau hidup dia berubah dah.. ada je rezeki datang.. macam lapang je hidup..
MasyaAllah pasti dalam sunnah pasti ada kejayaan.. pasti ada hikmah tersembunyi.. hari ni ramai orang percaya pada tangkal.. bomoh.. tapi tak yakin dengan sunnah nabi saw..
Pengalaman saya sendiri.. rumah saya memang ada pakai tabir depan rumah.. pernah sekali orang rumah saya tanggalkan mungkin sebab nak basuh..
dekat sebulan tak pakai tabir.. macam2 Allah uji saya dalam perniagaan.. ada je tak kena.. rungsing dan sebagainya.. saya pun tanya isteri.. mana tabir lama tak nampak… pasang la awak.. alhamdulillah lepas pasang satu2 masalah selesai..
yaAllah.. bagilah kami dan orang yang baca ni taufiq untuk terus amalkan… pasang tabir supaya kalau kita bukak pintu orang luar tak nampak aurat rumah kita.. dapur pun sama pasanglah.. gambar di bawah sebagai contoh.. amiiin
Sharelah dan tag pasangan dan kawan2.. biar ramai yang amalkan.. tengok laj hidup kita akan berubah.. amiin
Pemergian suami sebagai ketua keluarga apatah lagi dalam keadaan mengejut bukan saja memberi kesedihan tapi juga kebimbangan pada sang isteri. Terutama memikirkan tentang masa depan diri dan anak.
Meskipun ada hak yang telah ditetapkan buat isteri setelah suami meninggal dunia akan tapi sering kali juga berlaku kekeliruan malah konflik terutama berkaitan harta yang ditinggal.
Supaya kaum wanita dan juga masyarakat sedar tentang hak isteri selepas kematian suami perkongsian info dari Majlis Agama Islam Selangor tentang perkara tersebut.
1. Jika suami meninggal dunia dan meninggalkan harta tanpa membuat wasiat atau tanpa menghibahkan hartanya semasa hidup, maka semuaharta-harta yang halal yang ditinggalkan adalah merupakan harta pusaka yang akan diwarisi oleh isteri dan waris-waris lain mengikut hukum faraid.
2. Jika suami meninggal dunia meninggalkan anak lelaki, anak perempuan, ibu dan bapa, maka mereka juga adalah waris-waris yang berhak mewarisi harta pusaka arwah suami selain daripada isteri.
3. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan, bapa dan adik-beradik, maka waris yang berhak ke atas harta pusaka arwah suami adalah isteri, anak perempuan dan bapa sahaja. Adik-beradik arwah suami tidak berhak.
4. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan dan adik beradik, maka semua itu adalah merupakan waris-waris yang layak mewarisi harta pusaka arwah suami.
5. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan berumur 8 tahun dan anak lelaki berumur 2 hari, maka adik-beradik arwah suami tidak berhak ke atas harta pusaka arwah suami walaupun anak lelaki tersebut baru berumur 2 hari.
6. Jika suami meninggal dunia dan 2 hari sebelum itu telah menceraikan isterinya dengan perceraian secara talaq 1, maka isteri tersebut masih lagi berhak ke atas harta pusaka arwah suaminya.
7. Jika suami meninggal dunia sebaik sahaja selepas akad nikah dengan isterinya, isterinya tetap berhak ke atas harta pusaka arwah suaminya.
8. Jika suami sebelum meninggal dunia menyatakan mengharamkan harta-hartanya diwarisi oleh isteri dan kemudiannya meninggal dunia, isteri tersebut tetap berhak mewarisi harta pusaka arwah suaminya.
9. Jika suami meninggal dunia meninggalkan harta yang berkongsi bahagian dengan isteri, bahagian yang dimiliki oleh arwah suami merupakan harta pusaka yang perlu dibahagikan kepada waris-waris termasuk isteri mengikut hukum faraid.
10. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri sebagai penama kepada simpanan KWSP, Tabung Haji, Takaful atau seumpamanya, maka isteri hendaklah bertindak sebagai pentadbir untuk membahagikan wang-wang tersebut kepada dirinya dan waris-waris lain yang berhak mengikut hukum faraid.
11. Jika suami meninggal dunia namun harta yang ditinggalkan merupakan harta yang dipinjam, harta yang diamanahkan, harta yang telah diwakafkan, harta yang telah dihibahkan atau harta yang telah dijual, harta-harta tersebut bukan merupakan harta pusaka yang layak diwarisi oleh isteri.
12. Harta pusaka arwah suami yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan dengan isteri boleh dituntut oleh isteri sebagai harta sepencarian melalui Mahkamah Syariah.
Hukum beri zakat kepada orang yang tidak solat dan pelaku maksiat. Dalam hal ini ada yang beranggapan bahawa zakat hanya wajar diberikan kepada mereka...