Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Tanpa ibu ayah, kita mungkin tiada apa-apa di dunia ini. Kerana kasih sayang dan doa merekalah kita menjadi manusia hari ini.
Jika dahulu ketika kita masih kecil, banyak yang kita harapkan dari mereka di saat kudrat mereka masih kuat. Seiring masa, kudrat yang dahulunya kuat sudah mula melemah ditambah masalah kesihatan yang singgah di tubuh tua mereka. Jika dulu ibu ayah kita mampu melakukan pelbagai pekerjaan, hari ini ada yang diuji terlantar sakit di katil dan memerlukan bantuan kita untuk mengangkat mereka bagi urusan mandi, menukar lampin dan sebagainya.
Yang pastinya, kudrat anak perempuan takkan sama dengan anak lelaki yang Allah beri kekuatan lebih.
Dikongsi dari Tik Tok @aisyahishak5, dirinya berkongsi cara mudah untuk mengangkat ayah dan ibunya yang terlantar sakit dengan menjahit sendiri barut dan memasang hoist crane untuk mengangkat ibu dan ayahnya.
Ads
Dari video dikongsikan dapat dilihat adik beradik ini sepakat menjaga kedua orang tua mereka dan ramai memuji kesepakatan antara adik beradik ini tanpa mengeluh penat. Dan kerja mengangkat kedua orang tuanya menjadi lebih mudah selepas memasang hoist crane yang mampu mengangkat beban berat kedua orang tuanya.
Jelas Aisyah dengan menjahit sendiri kain barut dan kosnya tidak terlalu mahal.
Ads
“Apa yang diperlukan untuk rawatan ini hanyalah katil hospital 3 function, hoist crane yang dibeli di Shopee pada harga RM348.40 untuk menampung berat 300 kg, rantai besi yang besar dalam dua meter, penyambung rantai besi dan kain barut dua helai yang saya jahit sendiri. Saya hanya perlukan dua meter saja dan dikerat dua.
Ads
“Jadi dapat dua keping. Setiap keping tu dilipat dua dan jahit keliling dan dalamnya supaya kain tak bergerak. Bila dah siap, hujungnya dibuat lubang kiri kanan dan dipasangkan kain untuk disambung ke penyambung rantai besi hoist crane. Untuk katil mak pula, kita letak roda agar mudah dialih-alihkan.
“Jadi setiap kali meletak mereka di atas kerusi roda untuk ke bilik air, kerja itu jadi mudah,” katanya. Dan video yang dikongsikan oleh anak-anak hebat ini sudah ditonton 1.4 juta orang yang bangga dengan usaha mereka lakukan.
Masuknya sahaja bulan Ramadan, pastinya ramai berlumba-lumba untuk melakukan sebanyak mana ibadah bagi menambah pahala berganda.
Selain solat wajib dan berpuasa, solat sunnah saat bulan Ramadan juga boleh dijadikan amalan sebagai penambah pahala. Bahkan sebagai penambah keberkatan untuk kehidupan di dunia dan di akhirat kelak.
Semakin banyak solat sunnah dilakukan di bulan bulan Ramadan, maka akan semakin dekat pula hamba dengan Tuhannya. Keberkatan hidup akan semakin dekat dan melekat hingga kesucian diri benar-benar akan diperoleh.
1. Solat Tarawih
Solat tarawih ini memang salah satu solat sunnah yang sangat digalakkan kerana boleh dilakukan pada malam bulan Ramadan saja. Boleh dilakukan 20 rakaat, 8 takaat dan rakaat paling sedikit solat tarawih ini adalah 2 rakaat dengan 1 rakaat solat witir.
Pahala yang didapat juga akan semakin berlipat jika dilaksanakan dengan berjemaah. Walaupun solat tarawih juga boleh dilakukan di rumah terutama sepanajang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Manfaatnya pun ada banyak sekali, termasuk mengampuni dosa diri sendiri, mengampuni dosa orang tua, pahala yang sama dengan pahala ibadah Nabi Muhammad SAW dan masih banyak lagi.
2. Solat Duha
Solat duha ini juga sangat digalakkan dilakukan sewaktu bulan Ramadan. Hal ini disebabkan kerana keberkatan yang luar biasa akan diperoleh melalui solat Duha. Solat ini boleh dilakukan setelah matahari terbit menjelang salat Zuhur.
Rakaat minimalnya juga hanya 2 rakaat saja. Manfaat dari solat Duha ini boleh digunakan untuk mendapat keberkatan di surga, dan bahkan pahalanya juga sama dengan pahala ibadah Umrah.
3. Solat Qobliyah dan Salat Ba’diyah
Solat sunnah ini boleh dilaksanakan sebelum dan sesudah solat wajib. Solat Qabliyah dilakukan sebelum solat wajib sedangkan solat Ba’diyah dilaksanakan setelah solat wajib. Pada setiap waktu solat memiliki rakaat dan aturan solat Qabliyah dan solat Ba’diyahnya masing-masing. Manfaat salat ini juga mampu digunakan untuk menambah pahala untuk menuju jalan ke syurga.
4. Solat Tahajud
Solat sunnah ini biasa dilaksanakan di tengah malam setelah bangun tidur dan sebelum subuh. Tidak hanya saat bulan Ramadan, tetapi solat ini juga sangat digalakkan dilaksanakan setiap malam. Namun saat bulan Ramadan solat sunnah ini sangat berkesan untuk dilaksanakan.
Hal ini disebabkan kerana bertepatan dengan waktu sebelum bersahur, dengan minimal 2 rakaat saja, dan tidak dilakukan dengan berjemaah. Namun tetap pastikan sebelum melaksanakan solat, harus sudah tidur terlebih dahulu walaupun hanya sebentar.
Salat Tahajud ini sangat bermanfaat untuk menghindarkan dari berbagai bencana, diringankan hisab, jaminan masuk surga, menenangkan pikiran, menjaga kesihatan, mengangkat darjat, menyinari wajah, serta boleh dimakbulkan doa dan permintaan.
5. Solat Tasbih
Salah satu solat sunnah yang sangat baik dilakukan saat bulan Ramadan. Salat ini sangat digalakkan untuk dilaksanakan setelah solat Tarawih tanpa berjemaah. Namun sebenarnya boleh dilaksanakan pada siang hari atau malam hari. Jika dilakukan pada siang hari, solat Tasbih ini dilakukan 4 rakaat dengan sekali salam. Sedangkan jika dilaksanakan pada malam hari, dengan dua kali salam.
Solat Tasbih ini dilakukan dengan membaca kalimah “Subhanallahu wal hamdu lillahi walaa ilaaha illallahu wallahu akbar” sebanyak 300 kali dalam 4 rakaat, iaitu dilakukan 75 kali tasbih setiap rakaatnya. Tata caranya sama dengan solat sunnah lainnya. Namun yang membezakan adalah bacaan Tasbih yang dilantunkan setiap melakukan gerakan solat.
Salat Tasbih ini akan sangat berguna untuk mengisi timbangan amal saat perhitungan di akhirat, menjadi penghapus dosa, penghindar kesedihan dan penyakit berat. Bahkan, di surga kelak umat Islam yang melaksanakan solat Tasbih dijanjikan satu pohon kurma.
6. Solat Taubat
Sesuai dengan namanya, solat Taubat ini memang ditujukan untuk memohon sebenar-benarnya keampunan kepada Allah SWT. Digalakkan untuk dilaksanakan saat bulan Ramadan kerana bulan ini telah dibuka seluas-lusanya pintu taubat untuk mohon keampunan.
Solat Taubat ini disarankan untuk dilaksanakan pada malam hari setelah solat Tarawih. Hal ini digalakkan melakukannya dengan lebih tenang waktu dinihari. Bahkan, solat sunnah ini akan membuat seseorang seolah lahir kembali layaknya seperti seorang bayi tanpa dosa.
7. Solat Hajat
Solat sunnah ini memang ditujukan untuk sebuah permintaan. Digalakkan untuk dilaksanakan pada saat bulan Ramadan kerana bagi orang-orang yang berpuasa, segala macam doa akan dikabulkan oleh Allah SWT. Sehingga dengan dilaksanakannya solat sunnah ini, permintaan seorang hamba akan lebih mudah dikabulkan. Solat ini boleh dilaksanakan pada siang atau malam hari dengan tujuan untuk mengambulkan permintaan dan juga menghindar diri dari sebarang kesulitan dalam mencapai tujuan atau permintaan tertentu.
8. Solat Tahiyatul Masjid
Solat sunnah ini memang hanya ditujukan bagi yang rajin mengunjungi masjid. Pahala dari solat sunnah ini boleh dijadikan sebagai semangat, agar saat bulan Ramadan lebih rajin datang ke masjid untuk beribadah. Boleh juga dilaksanakan sebelum melaksanakan solat Tarawih di masjid. Solat ini dilaksanakan dengan 2 rakaat sebelum duduk di masjid tersebut. Tetapi untuk Ramadan kali ini, nampaknya tidak berpeluang untuk melakukan di masjid.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Selain Laudya Cynthia Bella pelakon popular Indonesia yang melakukan penghijrahan, rakan baiknya Zaskia Sungkar juga antara insan terpilih yang turut menerima hidayahNya.
Apa yang menariknya selepas berhijrah, penampilan Zaskia Sungkar begitu santun, cantik dan memenuhi cita rasa sebagai seorang Muslimah sebenar.
Walaupun memilih untuk bertudung labuh dan busana potongan longgar, namun penampilannya tetap kelihatan fashionable.
Malah yang menarik perhatian setiap kali tampil dikhalayak, Zaskia tidak lupa menyarung stoking bagi menutupi aurat pada bahagian kakinya.
Menurut isteri kesayangan pelakon popular Irwan Syah ini, pada mulanya dia rasa begitu malu jika mengenakan skirt labuh dan stoking kaki, apatah lagi jika digayakan dengan dress.
Tetapi apabila melalui perubahan ini, makin lama Zaskia merasa lebih seronok dan tenteram. Malah yang seronoknya jika pergi ke ke mana-mana dia tidak perlu lagi membawa telekung dan memudahkan urusannya untuk bersolat.
Setiap kali melihat OOTDnya di laman sosial Instagram, ternyata pelakon cantik manis ini sangat bijak bergaya dan menjadi inspirasi buat gadis hijabi di luar sana. Apa yang penting pilihan mix and match disesuaikan dengan apa jua majlis atau acara dihadiri.
Dia juga yang turut bergelar usahawan ini bersyukur kerana Allah telah mudahkan segala urusannya. Jika sebelum ini dia yang menjual seluar dibutiknya, bimbang tidak akan ada peminat yang mahu membeli skirt atau dress yang dijualnya.
Namun dia banyak belajar dan percaya jika kita terus menjalani perintah Allah pastinya akan mendapat bantuan kekuatan daripada Allah.
Selagi ada kemahuan untuk mendapat reda Allah dan paling penting sentiasa berdoa minta padaNya untuk menjaga dan tambah iman di dada, dan segala urusan akan dipermudahkan.
Pasangan Zaskia Sungkar dan Irwan Syah sudah hampir lapan tahun berumah tangga tapi masih belum dikurniakan anak.
Tidak dinafikan ramai yang mengkagumi keperibadian pelakon serta pengacara popular, Mira Filzah yang trending dengan drama Sweet Dreams. Ramai mahu menjadikan dirinya sebagai idola dek kerana personalitinya yang jarang dilanda gosip panas.
Malah Mira juga sangat aktif berkongsi apa jua maklumat atau info berguna di media sosial sama ada twitter atau Instagram.
Baru-baru ini ada warga net yang tweet padanya bagaimana untuk mengatasi masalah depresi. Mira yang mempunyai follower di twitter hampir 200K memberitahu cara terbaik dan cadangan untuk mengatasi masalah depresi atau kemurungan ini.
Walaupun bukan kepakarannya untuk bercakap mengenai soal itu (depresi), tetapi pelakon cantik ini memberi cadangan apa yang boleh dilakukan. Mira mencadangkan seseorag itu mengatasinya dengan mengambil wuduk dan kemudian bersolat.
Bercakap pada Allah apa masalah yang menganggu. Apa yang membuatkan diri seseorang itu sedih minta padaNya untuk memaaafkan diri dan minta diberikan kekuatan.
Mira turut menyuruh mengerjakan solat sunat banyak-banyak dan juga melakukan solat tabut serta hajat.
Menurutnya lagi seseorang yang melakukan amalan ini insa-Allah akan merasa lega berdepan masalah berkenaan. Cadangan dari Mira ini turut mendapat reaksi positif dari netizen.
Antara amalan sunat yang boleh dilakukan apabila tibanya Syawal adalah dengan melakukan ibadah puasa sunat enam hari pada bulan Syawal. Ini berdasarkan sebuah hadis...