‘Anak kecik lagi, buat apa pakai tudung.’ Ajar dari awal, allah muliakan perempuan yang jaga rambutnya sebab rambut wanita itu adalah aurat.
Biarpun ramai yang lebih senang anak kecil tidak berhijab kerana belum akil baligh, namun sebenarnya adalah lebih baik melentur buluh dari rebungnya. Sejak anak kecil, biasakan mereka pakai tudung bila keluar rumah atau ada bukan mahramnya.
Bapa ini, Ustaz Abu Hurairah Roslan, berpendapat bahawa sejak kecil anak perlu dididik untuk menjaga aurat iaitu menutup rambutnya. Kongsinya,
Artikel Berkaitan
‘Biar Macam Makcik, Asal Aurat Terjaga.’ Mia Ahmad Kuatkan Hati, Berpakaian Kerana Allah
Dari malam tadi, arwaa tanya.
“Ayah, boleh ke kita buka tudung?”
“Buka tudung?”
“Haah. Kita ada sukan ni. Ayah, kita panas sangat! Kita kadang rasa tak tahan”
Ya.
Arwaa bersekolah di SJKC. Memang ujian yang amat berat dia bersekolah di situ. Bermula dengan menghadam sistem persekolahan yang penuh disiplin, pertuturan yang sepenuhnya bahasa cina dan english.
Namun, dengan bimbingan dari isteri yang amat komited, dia berjaya harungi semuanya dari awal persekolahan.
Masa sikat rambut arwaa, saya sebutkan ini.
“Arwaa, rambut wanita ni adalah anugerah dan mahkota bagi perempuan. Maksudnya, Allah memuliakan orang perempuan yang jaga rambutnya. Rambut ni aurat”
Dia angguk.
“Kalau arwaa panas, arwaa buat apa?”
“Kita minta izin cikgu, kita masuk bilik air jap. Buka tudung, basuh muka. Pastu kita masuk kelas balik. Cikgu cina kita pun faham”
Alhamdulilah.
Mungkin orang akan kata anak tu kecil lagi. Buat apalah nak pakai tudung. Tunggu besar tahulah dia nak pakai.
Bagi saya, tidak.
Masa kecil inilah latihan untuk jiwa dan untuk menguatkan agama. Supaya dia tahu apa yang dia lakukan itu Allah suka. Allah sayang. Allah menjaganya jika dia berusaha menjaga diri dan agama.
“Kawan cina pun kata, awak boleh tahan panas ya pakai tudung? Kita senyum saja.”
Bila kawan cina dia kata bukalah tudung, kita kata tak boleh. Ni aurat kita.
Baca Di Sini
Style Tudung Masuk Dalam Baju. ‘Hukum Tetap Hukum, Jangan Sampai Berhijab Tapi Berdosa.’
Kadang,
Kita terlalu nak menjaga anak-anak,
Hingga lupa, Allah adalah sebaik-baik penjaga dan yang Maha menjaga anak-anak kita.
Hujan setitis pun kalau boleh, kita tak mahu kena pada anak nanti demam.
Susu pun, kalau boleh yang paling mahal dan sempurna supaya anak membesar dengan sempurna.
Malah, kalau boleh semua yang ada di dunia, kita mahu melayani anak persis raja.
Sedangkan, yang paling penting pendidikan buat anak-anak kita. Awal-awal agama itu mengenal Allah.
Didik itu mempersiapkan hati dan diri mereka, untuk Allah itu kekal dalam setiap turun dan nafas.
Bantulah kami wahai Allah. Dalam menjadi ibu bapa dan mendidik anak-anak kami yang cinta dan takutkan Tuhan.
Kashoorga : Selain daripada aurat, latihlah menjaga solat sedari awal agar anak-anak terbiasa.
Sumber : Ustaz Abu Hurairah Roslan
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!