
Tiada daya upaya kita sebagai hamba untuk menolak takdir yang telah dijanjikan Allah. Masa yang sama, usaha tetap dilakukan bagi memastikan keajaiban terjadi.
Usaha seorang anak kecil mengalunkan azan mengharap pertolongan Allah agar bapanya, Francis Awi yang terjatuh ke dalam laut berdekatan Pulau Burong, Sebuyau pada Isnin lalu ditemui segera mengundang rasa sedih orang ramai menyaksikan videonya.
Dalam kejadian Isnin lalu, Francis Awi terjatuh ke dalam laut selepas perahu dinaikinya berlanggar dengan sebuah tongkang dan dirinya terjatuh ke dalam laut dan gagal ditemui hingga kini pada jam 6.30 pagi.
Memetik Utusan Borneo Online, Pengarah Maritim Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) dilancarkan selepas laporan diterima sekitar jam 12 tengah hari Isnin.
“Sejurus menerima laporan tersebut, Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching mengatur gerak Bot Kilat 22 ke lokasi kejadian untuk CARILAMAT.
“Pangkalan hadapan CARILAMAT (PHC) ditubuhkan di jeti awam Sebuyau dan MRSC Kuching turut memaklumkan insiden kepada agensi sahabat serta menyalurkan maklumat kepada persatuan nelayan berhampiran,” katanya menerusi satu kenyataan.
Tidak hanya laungan azan dari anaknya namun usaha juga dilakukan oleh ibunya dalam video dikongsikan oleh sepupu mangsa @Anira Tulyina Daniel di Tik Toknya.
Dapat dilihat ibunya meletakkan botol dan bekas makanan ke dalam laut, seolah-olah memanggil anaknya itu balik ke rumah untuk makan dengan harapan anaknya itu timbul.

Bahkan mereka turut berusaha mencari di laut berkenaan dan mengharapkan andai dirinya sudah tiada, adalah kubur untuk diziarahi kelak.
Semoga Ramadan ini memberikan berita bahagia buat keluarga yang diuji ini. Moga kita sama-sama berdoa agar dirinya dipertemukan segera.
https://www.tiktok.com/@aniratulyinadaniel/video/7089360888389520667?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6973624686812366338
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Umrah Itu Sunat Muakad Tapi Pakai Tudung Itu Hukumnya Wajib – Ustazah Asma’ Harun

Baru ini tular kenyataan dari usahawan dan selebriti Ifa Raziah mengenai isu tutup aurat dan makanan halal ketika menikmati makanan di sebuah restoran. Kritikan bermula apabila dibangkitkan isu makanan dinikmatinya sehingga menyentuh tentang pemergiannya ke tanah suci walau tidak bertudung.
Kenyataannya menarik perhatian warga net yang berbahas mengenainya. Hal yang sama juga mendapat perhatian dari pendakwah Ustazah Asma’ Harun yang turut berkongsi ilmu mengenai kewajipan menutup aurat ini.
“SAYA DAH 3 KALI PERGI UMRAH, YANG PAKAI TUDUNG TAK DIJEMPUT PUN”
Harus faham, hukum menunaikan umrah ialah sunat muakad, iaitu sunat yang amat dituntut, namun hukum MENUTUP AURAT IALAH WAJIB. Ramai salah faham tentang keutamaan ini menyebabkan perkara wajib dilengah-lengahkan tapi yang sunat atau harus pula dikejar sehingga terabai yang wajib.
Ada juga sebahagian yang merasakan tidak mengapa jika tak menutup aurat, yang penting hati mereka baik. Jika kita ke kedai buah, mana yang kita akan pilih, buah yang luarnya baik atau yang sudah dipenuhi lebam dan busuk? Apabila pilih yang luarnya baik, ada kemungkinan isinya segar atau rosak, tetapi luar yang buruk sudah pasti isinya juga telah rosak.
Daripada Nu’man bin Basyir berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:-
أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ، صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ، فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
Maksudnya: “Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati (jantung).” (HR Muttafaqun ‘alaih, hadis sahih).
HATI-HATI DENGAN APA YANG DIBERI, BIMBANG IA MUSIBAH YANG TERSEMBUNYI
Tuan Puan,
Seandainya kita sentiasa diberikan nikmat yang melimpah-ruah tanpa henti walaupun hidup dalam keadaan fasiq iaitu berterusan melakukan maksiat yang nyata, berhati-hatilah dengan rezeki yang dikurniakan Maha Pemberi Rezeki kepada kita.
Rasulullah SAW bersabda:-
إِذَا رَأَيْتَ اللهَ تَعَالَى يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا مَا يُحِبُّ وَهُوَ مُقِيمٌ عَلَى مَعَاصِيْهِ فَإِنَّمَا ذَلِكَ مِنهُ اسْتِدْرَاجٌ
Maksudnya: “Apabila kamu melihat Allah SWT memberi kepada hamba daripada (perkara) dunia yang diinginkannya, sedangkan dia terus melakukan maksiat kepada-Nya, maka (ketahuilah) bahawa perkara itu adalah istidraj dari Allah SWT.”
(HR Ahmad, hadis Hasan)
Tanda istidraj ke atas seseorang itu adalah Allah membiarkan dia dalam kemaksiatan yang dilakukan dan tidak disegerakan azab ke atasnya. Allah SWT berfirman:-
سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ
Maksudnya: “Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.” (Surah al-Qalam: 44).
Syeikh Ibnu ‘Athoillah al-Sakandari pernah menyatakan di dalam kitab Hikam:-
خَفْ مِنْ وُجُودِ إِحْسَانِهِ إِلَيْكَ، وَدَوَامِ إِسَاءَتِكَ مَعَهُ أَن يَكُونَ ذَلِكَ إِسْتِدْرَاجًا لَكَ
Maksudnya: “Hendaklah kamu berasa takut jika kamu terus memperoleh kurniaan Allah SWT sedangkan kamu masih berterusan melakukan maksiat kepada-Nya. Ini kerana, ia boleh jadi satu istidraj.”
Allah berhak memberi apa sahaja kepada sesiapa sahaja yang Dia mahukan termasuk yang mensyirikkan-Nya dan bermaksiat kepada-Nya. Namun perbezaan besar adalah sama ada apa yang diberi itu dengan kasih sayang atau murka-Nya.
Alhamdulillah, peluang untuk menunaikan haji atau umrah itu memang direzekikan kepada mereka yang terpilih, namun kayu ukur yang lebih penting ialah APA PERUBAHAN yang berlaku pada diri kita SELEPAS PULANG daripada haji atau umrah? Adakah akhlak dan ibadah kita lebih baik, sama sahaja atau semakin buruk? Allahu Akbar.
BUKAN BUAT KERJA TUHAN TAPI JANGAN PULA PERKECILKAN PERINTAH TUHAN
Jangan salah faham, orang yang menegur bukan buat kerja Tuhan, tapi sedaya upaya melaksanakan kerja yang Tuhan perintahkan sebagai seorang saudara se-Islam. Saya percaya ramai yang bimbangkan keadaan masyarakat dan generasi anak-anak kita yang mudah sekali dirosakkan minda dan akhlak mereka oleh segelintir selebriti, influencer, founder produk dan sesiapa sahaja yang tidak bermoral di media sosial.
Para pendakwah, orang awam termasuk saya yang menegur bukan nak tumpang populariti sesiapa atau nak kejar rating. Popular dan pengaruh bukanlah satu kebanggaan atau anugerah, sebaliknya hanya alat dan amanah untuk digunakan kepada jalan mengajak kebaikan atau mencegah kemungkaran. Kita akan dipertanggungjawabkan kelak, Rasulullah SAW bersabda:-
مَنْ رَأَىْ مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ
Maksudnya: “Siapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya (kuasa), jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemah iman.” (HR Muslim, hadis sahih).
Menutup aurat bukan ertinya berlagak suci, juga yang berhujah dengan ayat “kita tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup masing-masing, jangan disebut aib orang secara terbuka dll.”
SEMUA AYAT ITU HANYA HUJAH AKAL UNTUK HALALKAN DOSA SECARA TERBUKA

Bila ada yang menegur, bukan bermaksud nak ME-NERAKA-KAN sesiapa, tetapi Allah dan RasulNya sendiri telah memberitakan ciri-ciri mereka, apa yang Nabi SAW sebut lebih 1400 tahun lepas telah terbukti satu demi satu. Rasulullah SAW bersabda :-
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا.
Maksudnya: “Dua golongan daripada penghuni neraka yang belum pernah aku melihatnya lagi iaitu satu kaum yang memegang cemeti seperti ekor lembu untuk mereka memukul manusia dengannya dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang (memakai pakaian tetapi menampakkan bentuk badan), yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepadanya. Kepala mereka mempunyai sanggul seperti bonggol unta yang senget (atau apa sahaja daya tarikan supaya orang kagum kepada mereka). Mereka tidak akan dapat masuk syurga dan tidak akan menghidu baunya walaupun bau syurga itu mampu untuk dihidu dari jarak perjalanan tertentu.” (HR Muslim, hadis sahih)
Sekarang mari kita semak dengan jujur, adakah kita termasuk golongan yang disebutkan Nabi Muhammad SAW di atas, atau adakah kita nak marahkan Baginda?”. Asma’ binti Abu Bakar pernah memakai pakaian yang agak nipis ketika perintah menutup aurat masih dalam proses secara beransur, Nabi Muhammad SAW terus menegur dan beliau terus ubah tanpa bantah dan beralasan, bahkan ketika turunnya ayat tentang hijab (tudung), terus para wanita ketika itu mencari dan mengambil apa sahaja kain yang ada untuk menutup TANPA BERTANGGUH.
WALAU MATI, BIMBANG DOSA TIDAK BERHENTI
Pernahkah terfikir bagaimana jika suatu hari nanti dipanggil bertemuNya, saat jasad sudah masuk ke liang lahad, namun dosa masih berjalan kerana gambar atau video mendedahkan aurat masih kekal berada di media sosial?. Nauzubillahiminzalik. Moga sempat dipadam oleh diri sendiri, bukan waris, kerana itu adalah tanda sempat bertaubat sebelum mati.
Kita tidak pernah tahu bilakah detik kematian akan kunjung tiba, namun yakinlah setiap hela nafas yang Allah masih pinjamkan buat kita saban hari, itulah peluang berharga untuk kembali kepadaNya. Balaslah kasih sayang Allah dengan mentaati setiap perintah dan meninggalkan laranganNya.
Ingatlah setiap rupa, kekayaan, kemasyhuran, pengaruh, keuntungan, pujian manusia dan bakat yang ada pada diri kita menjadi anugerah dan ibadah jika dimanfaatkan ke arah yang baik, namun apabila digunakan ke jalan bercampur maksiat, ia adalah satu musibah!
Penulisan ini lahir daripada rasa kasih sayang dan hormat kepada semua, atas dasar saudara se-Islam juga teguran ini dibuat. Sebagai seorang wanita Islam, cara hidup kita di atas bumi Allah ini bukan semata-mata bersandarkan kepada logik akal atau pendapat peribadi, tetapi setiap perkara ada garis panduannya menurut al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.
Semoga kita semua sentiasa dalam taufiq dan hidayah-Nya serta bersegera memohon keampunan dan rahmat-Nya.
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi.”
(Surah Ali Imran 3: 8 )
Asma’ binti Harun & Tim Penyelidikan
#UAHSahabatDuniaAkhirat
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
5 Helai Kain Kafan Sahaja ‘Harta’ Dunia Untuk Dibawa Ke Barzakh

Mengejar kemewahan dunia bukanlah tujuan utama kita dihidupkan. Akhirnya, hanya helaian kain kafan putih membaluti jasad peneman di alam barzakh.
Jika kita selalu ingat akan jenazah kita semasa mati nanti, sudah tentu kita tidak perlukan kekayaan material dunia. Memadai dengan segalanya mencukupi bagi keperluan kita dan keluarga. Jika ada pun rezeki kemewahan melimpah ruah, itu sebenarnya bukan untuk kita. Allah salurkan menerusi kita agar memberikannya kepada orang lain yang memerlukan.
Artikel berkaitan: Bolehkah Kafan Kan Jenazah Gunakan Kain Selain Putih?
Artikel berkaitan:Elak Kalut, Panduan Persediaan Awal Urus Ahli Keluarga Meninggal Dunia

Keinsafan seperti ini sangat tinggi nilainya. Dan tentu sahaja perkongsian ringkas puan Rohamiah Muda dari Politeknik Ibrahim Sultan yang juga pakar menguruskan jenazah ini membuatkan kita terbangun dari lena.
Kita ikuti entri di facebooknya semasa menunjuk ajar cara memotong ‘pakaian’ jenazah baru-baru ini.
Antara kepakaran seorang pengurus jenazah ialah memotong kain dijadikan baju untuk jenazah. Bagi jenazah wanita, perlu disediakan lima lapisan kain, iaitu kain bawah dua helai, kain dalam, baju dan telekung.
Baju dan telekung perlu digunting. Bajunya digunting dengan memotong bahagian leher dan lengan sahaja.
Tudung pula, cukup dibuat bulat di bahagian tengah. Namun, ada juga sesetengah waris yang pakaikan telekung solat untuk jenazah. Inilah pakaian kita suatu hari nanti.
Kawan, pakaian kita ketika menjadi jenazah adalah sama sahaja. Tiada beza. Kain putih membaluti tubuh. Itulah harta yang dibawa hingga ke kubur.
Tidak perlu kita bermegah dengan harta dunia yang ada. Berapa duit kita di dalam bank, itu semua kita tidak bawa. Bahkan, ahli waris yang akan guna harta kita.

Orang yang cerdik adalah orang yang ada saham dunia dan akhirat. Jadi, di samping kita menyimpan ke dalam bank dunia, jangan lupa bank akhirat perlu juga ada simpanan.
Hidup selepas mati adalah lebih bererti daripada hidup di dunia ini. Bina masa depan dengan merancang kehidupan selepas kematian.
Kashoorga: Mati itu pasti. Mengingati mati adalah perkara yang diharuskan kerana kita akan sentiasa berwaspada dalam segala tindak tanduk semasa hayat agar tidak melakukan dosa. Bekalan pahala yang dikumpul, itu lah harta yang kita akan bawa ke akhirat kelak.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Bolehkah Baca Al-Quran Dengan Suara Kuat?

Biasa kita mendengar lantangnya suara orang membaca al-Quran ialah semasa pertandingan tilawah al-Quran. Namun ada juga yang gemar membaca kitabullah ini dengan suara yang kuat sehingga boleh terdengar beberapa meter walaupun tanpa pembesar suara.
Artikel berkaitan: Ibu Hamil Elok Baca 14 Surah Ini Untuk Lahirkan Zuriat Hebat
Artikel berkaitan: Tak Pernah Skip Puasa Sunat Isnin Khamis, Rahsia Remaja Lelaki Ini Berjaya Hafaz 30 Juzuk Al-Quran
Bagaimanakah hukumnya jika ada orang yang membaca al-Quran dengan suara kuat? Boleh atau tidak?
Menurut Imam al-Nawawi dalam al-Tibyan fi Adaab Hamalati al-Qur’an, di saat yang sama ada banyak hadis-hadis tentang kesunahan membaca al-Quran dengan suara keras dan suara perlahan.
Menurut Imam al-Ghazali, cara mengkompromikan antara hadis-hadis dan atsar yang bercanggah pendapat tentang hal ini. Pertama, bahawa memperlahankan suara ketika membaca al-Quran itu lebih utama. Kalau yang melakukannya merasa takut terkena sifat riya’ (ingin dipuji).
Tetapi, kalau tidak takut terkena sifat ingin dipuji, menguatkan suara itu tidak jadi masalah. Kerana membaca Alquran dengan suara kuat akan memberikan manfaat kepada orang lain, diantara pada yang mendengarnya.
Faedah lainnya adalah bacaan al-Quran dapat mengetuk hati, membuat pendengaran menjadi peka memperhatikan, mendorong untuk memikirkan maknanya, bahkan boleh membuatkan orang yang lupa dan tertidur menjadi tersedar. Ia juga satu bentuk dakwah secara tidak langsung.
Selama tujuan-tujuannya seperti faedah di atas, maka membaca al-Quran dengan suara kuat adalah dibolehkan. Tak ada masalah. Malahan, akan beroleh pahala yang berlipat ganda.
Diantaranya hadis-hadis yang menjadi dalil disunahkan membaca al-Quran dengan kuat, adalah riwayat Shahih al-Bukhari dan Muslim dari Abu Musa al-Asy’ari;
عن أبي موسى قال النبي صلى الله عليه وسلم إني لأعرف أصوات رفقة الأشعريين بالقرآن حين يدخلون بالليل وأعرف منازلهم من أصواتهم بالقرآن بالليل وإن كنت لم أر منازلهم حين نزلوا بالنهار ومنهم حكيم إذا لقي الخيل أو قال العدو قال لهم إن أصحابي يأمرونكم أن تنظروهمDari Abi Musa Ra., Nabi SAW. bersabda: Sungguh saya mengetahui (kualiti) suara mereka yang berasal dari marga “Asy’ari”, ketika mereka berada di waktu malam. Saya mengetahui kualiti mereka ketika suaranya membaca al-Quran di waktu malam. Dan jika saya tidak melihat rumah-rumah mereka di waktu malam, dapat dilihat di waktu siang. Ada seorang bijak dari mereka, ketika bertemu pasukan kuda atau (mungkin) musuh, ia (tidak lari dan) berkata, “para sahabatku memerintahkan kalian untuk menunggu mereka”
Atau hadis lain yang lebih jelas pernyataannya, diriwayatkan oleh Abu Dawud, al-Nasa’I dan lainnya dari al-Bara’ bin ‘Azib,
زينوا القرآن بأصواتكم
“Hiasilah al-Qquran dengan suara-suaramu (yang indah).

Sementara itu, hadis yang menjadi dalil kesunahan membaca al-Quran dengan suara perlahan adalah hadis hasan riwayat al-Tirmidzi dan Abu Dawud, dari ‘Uqbah bin Amir
سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: الجاهر بالقرآن كالجاهر بالصدقة، والمسرّ بالقرآن كالمسرِّ بالصدقة
Aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda: “Orang yang mengeraskan suara membaca al-Quran seperti orang yang terang-terangan bersedekah. Dan orang yang memelankan suaranya seperti orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi.”
Terakhir, Imam al-Nawawi dalam al-Tibyan menyimpulkan bahawa baik bersuara kuat mahupun perlahan, membaca al-Quran itu bergantung keadaan pembacanya. Jika jahr/bersuara kuat menyebabkan dia melakukan yang tidak direstui agama, sebaiknya janganlah membaca dengan suara kuat.
Tetapi jika tidak ada masalah, disunatkan untuk jahr atau bersuara kuat. Apalagi membacanya dalam keadaan berjemaah, disunatkan untuk bersuara kuat.
Wallahu A’lam
Sumber artikel: bincangsyariah
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI