Alam rumah tangga merupakan satu ujian untuk suami dan isteri. Ada ketika pasangan diuji dengan kebahagiaan tetapi ada juga diuji dengan pergaduhan sehingga membawa kepada perceraian. Tidak mengira usia, tua atau muda, ada ketika rumahtangga yang dibina terhenti di tengah jalan.

Pada November tahun lalu, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin memaklumkan jumlah perceraian dalam kalangan rakyat negara ini meningkat 12 peratus kepada 56,975 pada 2019, berbanding 50,862 pada tahun sebelumnya.

Dalam mendirikan rumah tangga, ada kalanya anak lelaki khususnya anak tunggal tersepit di antara tanggungjawab terhadap isteri dan ibu. Bahkan bukan saja anak tunggal, ramai suami tersepit dalam membuat keputusan, sama ada perlu mendahuluikan ibu yang melahirkan atau mendengar cakap pasangan.

Menurut  Ustaz Shahril bin Abd Samad, tanggungjawab anak lelaki terhadap isteri dan mak harus seiring dan lelaki harus bijak membuat keputusan di sebalik membuat keputusan mengenai isu patut lebihkan siapa selepas kahwin, mak atau isteri?

Anak Lelaki Patut Lebihkan Siapa Selepas Berkahwin! Ibu Atau Isteri?Tanggungjawab pada isteri dan mak sama penting

Menurut Ustaz Shahril, tanggungjawab kepada isteri adalah sama pentingnya dengan tanggungjawab kepada ibu yang melahirkan.

“Anak lelaki besar tanggungjawabnya. Sekali pun sudah berumahtangga, menjadi kewajipan kepada anak lelaki untuk tidak mengabaikan ibu yang melahirkan, menjaga dan membesarkan mereka.

“Isteri juga penting tetapi seorang anak lelaki tidak boleh terlalu mengikut telunjuk isteri sehingga menjadi dayus. Lelaki harus menjadi pembuat keputusan yang adil dan tepat. Malah dalam bab memberi duit pun, kalau beri pada isteri, berilah juga pada mak.

“Dalam memberi ceramah, saya selalu berkata, jangan beri jumlah yang sama kepada kedua-duanya kerana keperluan berbeza-beza. Kalau bagi isteri RM500, mak mungkin lebih atau kurang dari jumlah itu. Tergantung kepada keperluan yang penting,” katanya mengakui anak lelaki perlu bijak membuat keputusan.

IKLAN

Mana lebih penting didahulukan kalau dua-dua minta tolong serentak?

Menurut Ustaz Shahril, pertolongan ini juga perlu dilihat kepada betapa pentingnya situasi keadaan pada masa permintaan itu dilakukan.

“Saya ambil contoh, isteri suruh ambil anak di sekolah sebab sibuk mesyuarat tapi masa yang sama, mak pula minta hantar ke hospital kerana keadaannya agak kritikal. Dalam ajaran Islam, kita wajib mendahuluikan mak yang membesarkan kita kerana keadaannya berkaitan nyawa manakala anak kita boleh tunggu seketika. Di sini, anak lelaki harus berperanan dan tahu membezakan mana yang lebih penting.

Jelas Ustaz Shahril lagi, selain perlu bijak membuat keputusan kerana amanah dari Allah ini, suami juga tidak seharusnya tunduk dengan desakan isteri atas alasan sayang dan mengenepikan emaknya begitu sahaja.

“Ada kes begini. Begitu ikut telunjuk isteri dan isteri control rumahtangga. Isteri kena ingat, tanpa mak yang melahirkan suaminya, tak mungkin jodoh mereka tertulis di sini. Di sinilah hak sebagai mak perlu dijaga.

Ini termasuklah anak lelaki dituntut berbuat baik seperti tidak meninggikan suara di hadapan mereka sesuai dengan firman Allah SWT di dalam surah Al-isra ayat 23 : “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya kamu tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah kamu menengking (menyergah) mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

IKLAN

“Rasulullah SAW bersabda anak-anak wajib membantu kedua ibu bapa dari sudut kemampuan setakat yang mampu, taat kepada mereka dan tidak sesekali menderhakai mereka. Malah selepas ibu bapa meninggal dunia, tanggungjawab anak-anak masih tidak lepas iaitu perlu tunaikan hutang-hutang yang wajib iaitu hutang dengan Allah SWT seperti puasa, haji, nazar dan sebagainya.

“Langsaikan hutang-hutang ibu bapa yang telah pergi kepada manusia setakat yang mampu. Anak-anak juga disarankan sentiasa berdoa kepada mereka. Ini kerana, doa seorang anak yang soleh kepada ibubapanya yang telah pergi merupakan amalan yang tidak terputus berdasarkan kepada hadith yang kami nyatakan di atas. Tambahan pula, al-Quran menuntut agar seorang anak itu sentiasa mendoakan kerahmatan dan keampunan buat kedua ibubapanya, menziarahi sahabat-sahabat kepada kedua ibu bapa, bersedekah untuk mereka walaupun selepas ketiadaan mereka selain tunaikan dan penuhi wasiat-wasiat ibubapa yang telah pergi dengan baik.

“Beginilah besarnya tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapanya. Sebab itulah anak lelaki harus membuat keputusan bijak agar tidak membawa kemudaratan kepada hubungan suami isteri dan kedua ibu bapanya,” katanya ketika dihubungi.

Jadi dah tahu mana yang patut suami dahulukan, antara emak atau isteri.

Anak Lelaki Patut Lebihkan Siapa Selepas Berkahwin! Ibu Atau Isteri?

IKLAN

WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI

✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘

Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..

✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽‍♀‍

✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)

✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻

Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-jodoh-suami-kiriman-ilahi/

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI