Anak ramai tapi mandul, apa maksudnya? Sebenarnya ini adalah persoalan yang diajukan oleh Rasulullah sendiri kepada seorang sahabatnya. Ia berkenaan ibu bapa yang punya anak namun tidak berjaya mendidik mereka dengan baik jauh lagi menjadi anak soleh atau solehah.

Perkara ini dikongsi oleh Dr Ahmad Sanusi Azmi, yang juga merupakan Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia.

Rasulullah bertanya kepada sahabat tentang persoalan mandul. Sabda Nabi:

مَا تَعُدُّونَ الرَّقُوبَ فِيكُمْ؟ قَالَ قُلْنَا: الَّذِي لَا يُولَدُ لَهُ، قَالَ: «لَيْسَ ذَاكَ بِالرَّقُوبِ وَلَكِنَّهُ الرَّجُلُ الَّذِي لَمْ يُقَدِّمْ مِنْ وَلَدِهِ شَيْئًا

“Apa yang kamu faham tentang mandul? Sahabat lalu menjawab: Mandul adalah mereka yang tidak memiliki anak. Lalu Rasulullah bersabda: Mandul yang sebenar adalah mereka yang memiliki anak, tetapi anaknya tidak memberi manfaat buatnya.” (HR Ahmad).

Kepentingan didik anak soleh

Inilah perbezaan pertimbangan manusia dengan penilaian Allah. Rasulullah mendidik sahabat supaya memandang tinggi kepentingan mendidik anak yang soleh. Anak yang ramai belum tentu memberikan manfaat buat ibu bapa terutama di akhirat.

Ads

Sebab itu Rasulullah tegaskan peranan anak yang soleh. Sabda Nabi:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثٍ: مِنْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ، أَوْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ مِنْ بَعْدِهِ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ

“Apabila meninggalnya seorang manusia itu terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: Anak yang soleh yang mendoakannya, sedeqah jariah serta ilmu yang bermanfaat.”

Atas dasar itu Nabi Ibrahim berdoa di dalam al-Quran agar dikurniakan anak yang soleh. Lihatlah betapa pentingnya peranan anak yang soleh sehingga seorang Nabi sendiri berdoa agar dikurniakan anak yang soleh. Doa ini direkodkan di dalam al-Quran. Kata Nabi Ibrahim:

Ads

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah daku anak-anak yang soleh (al-Saffat: 100)

Marilah bersama kita amalkan doa yang dibaca oleh Nabi Ibrahim ini. Mudah-mudahan kita dikurniakan anak yang soleh.

Namun agak malang pada hari ini, ramai ibu bapa yang mempunyai beberapa orang anak namun tidak membesarkan mereka dengan asas didikan agama hingga ada yang langsung tidak tahu mengerjakan solat.

Ads

Lebih mengecewakan anak-anak ini terlibat dalam perbuatan maksiat, zina malah gejala sosial berat seperti jenayah dan dadah. Alangkah ruginya anak yang seharusnya menjadi ladang pahala buat ibu bapa namun jadi sebaliknya.

Sumber: Dr Ahmad Sanusi Azmi

Baca: Hukum Anak Tak Beri Belanja Nafkah Pada Ibu Bapa Yang Hidup Susah

 

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI