Entah apa ada dalam pemikiran seorang ibu tua yang sakit, atau mungkin menyedari ajalnya semakin mendekat hinggakan air matanya mengalir saat dibawa menaiki sebuah van jenazah kerana ketidakmampuan anaknya menyewa ambulan.
Di sebalik redha dengan perjalanan akhirnya, dengan kuasa Allah, beberapa jam selepas selamat tiba dari Hospital Sungai Buloh ke rumahnya di Rawang, ibu tua ini menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan anak cucu.
Perkongsian sedih ini dikongsikan dari fb Mr Wan Chai Official yang mana pertubuhan NGO ini menubuhkan Skuad Pengurusan Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) bagi membantu insan yang kurang berkemampuan.
Baca kisah dikongsinya.
IBU YANG MASIH BERNYAWA DIBAWA MENGGUNAKAN VAN JENAZAH
Saya nak minta pendapat dari semua. Hari ke hari saya berfikir tentang perkara ini. Rasa serba salah dibuatnya.
Baru baru ini kami ada menghulurkan bantuan untuk satu perempuan warga emas. Bantuan yang kami hulurkan itu bukan melibatkan pengurusan jenazah. Tetapi khidmat membawa warga emas itu pulang dari hospital ke rumah.
Pada mulanya kami agak keberatan. Membawa orang yang masih hidup menggunakan van jenazah tiada dalam perkhidmatan kami. Tetapi kami terpaksa akur. Anak kepada warga emas tersebut mengharap bantuan dari kami. Mereka terlalu mengharap. Mungkin caj perkhidmatan ambulan sangat tinggi. Mereka tidak mampu.
Ibu mereka perlu dibawa pulang kerumah atas nasihat dari pihak doktor. Sepertinya jangka hayat si ibu untuk hidup lebih lama tiada harapan lagi. Kami tetap membantu walau rasa berat dihati. Lalu satu team digerakkan ke Hospital Sungai Buloh.
Bayangkan bagaimana tubuh seorang ibu yang masih bernafas hendak kami angkat bawa masuk ke dalam van jenazah? Kami kuatkan semangat semata mata untuk membantu ibu tersebut. Perkara yang belum pernah kami lakukan akhirnya kami lakukan juga. Demi memudahkan urusan si ibu dan anak anaknya.
.
Allah…
Tidak tergamak untuk kami melihat situasi tersebut. Bila tubuh si ibu dibawa masuk ke dalam van jenazah. Kami lihat air mata si ibu tiba tiba mengalir. Mungkin si ibu beranggapan kami dan anaknya mahu melihat beliau mati. Jika tidak masakan airmatanya mengalir.
Kami yang melihat terasa sebak pula. Walaupun situasi itu berlaku. Kami tetap meneruskan bantuan menghantar si ibu ke rumahnya di Rawang. Seorang anak perempuan juga ikut bersama menemani si ibu.Alhamdulillah si ibu selamat kami hantar pulang ke rumah.
Anda tahu selepas itu apa yang berlaku? Kami menerima pesanan whats app dari si anak. Ketika itu team yang bertugas dalam perjalanan pulang ke base. Katanya ibunya telah pulang kerahmatullah pada pukul 10.05 malam itu juga. Tidak lama selepas si ibu dibawa pulang.
Si ibu menghembuskan nafas terakhirnya dengan ditemani oleh anak anak. Sebenarnya Allah aturkan untuk si ibu meninggal dunia dirumah bukan di hospital. Cumanya cara membawa balik si ibu ketika masih hidup tidak sesuai.
Saya tidak mahu menyalahkan anak anak. Kos untuk menggunakan perkhidmatan ambulan swasta sememangnya tinggi. Waris terbeban dengan caj perkhidmatan yang dikenakan. Pihak hospital pula tidak menyediakan khidmat bagi membawa pulang pesakit ke rumah. Begitu juga sekiranya pesakit hendak mendapatkan rawatan susulan seperti dialisis.
Ramai waris yang mengeluh untuk mendapatkan khidmat ambulan. Sebab itu rakan rakan saya di Perlis dan Taipeng tubuhkan team ambulan. Jika anda perasan dalam gabungan kami sudah wujudkan ambulan atas inseatif sendiri.
Team VAPT di Perak dan team VAWP di Perlis. Tujuannya untuk membantu waris dan pesakit yang tidak mampu menyewa ambulan swasta. Berkaitan pengalaman yang saya kongsikan kepada anda seperti atas.
Perlukah UKVJ wujudkan perkhidmatan ambulan? Kami ada kekuatan untuk menyumbang tenaga. Untuk beli ambulan kami tidak berkemampuan. Bantu saya