“Anak Tak Sah Taraf, Tak Berdosa. Doa Sebagai Anak Soleh Mendoakan Orang Tuanya Diterima Allah – Ustaz Riza

Share

Menjadi tanggungjawab seorang anak untuk mendoakan kesejahteraan dan kebaikan kedua ibu bapanya tidak kira di mana mereka berada.

Namun ada persoalan, bagaimana pula dengan status doa bagi anak yang tidak sah taraf atau ada yang lahir tanpa ikatan sah kedua-dua ibu bapanya. Adakah doa mereka ini akan diterima oleh Allah?

Dalam persoalan ini, Pendakwah Bebas, Ustaz Riza Kamaruddin memberikan jawapannya. Menurut beliau anak itu dianggap tidak berdosa. Maka dia boleh sahaja mendoakan kebaikan untuk orang tuanya.

“Anak luar nikah itu tidak berbapa dan hanya beribu sahaja. Maka hadis ‘Dan anak soleh yang mendoakannya’ hanya merujuk kepada si ibu.

“Adapun bapa tirinya (sekiranya pasangan zina itu berkahwin) maka dia bukan bapa bagi anak luar nikah itu.

“Dalam hal ini, maka jelas kepada kita bahawa anak itu sekiranya ia soleh dan ikhlas mendoakan kebajikan ibunya maka tiada sebab untuk Allah tidak memakbulkan doanya,” jawabnya.

Ustaz Riza Kamaruddin

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman