Anak Tipu Soal Wali & Guna Wali Hakim, Tok Kadi Jelaskan Pernikahan Perlu Dibubar Jika Terbukti Wali Masih Hidup

Share

Antara syarat sah rukun nikah ialah

  1. Pengantin lelaki
  2. Pengantin perempuan
  3. Wali
  4. Dua orang saksi
  5. Lafaz ijab dan qabul (sighah)

Jika kekurangan salah satu rukun itu maka perkahwinan tidak sah.

Namun menjadi satu isu penting ialah bidang kuasa wali. Terdapat kes kahwin lari, akad nikah berulang, kahwin paksa, bapa angkat bertindak sebagai wali kepada anak angkatnya dan sebagainya, di mana semuanya berkisar mengenai bidang kuasa wali.

Oleh kerana wali merupakan salah satu syarat sah nikah maka bukan semua orang boleh menjadi wali. Syarat-syarat sah menjadi wali ialah:

  1. Islam
  2. Baligh (sekurang-kurangnya sudah berumur 15 tahun).
  3. Berakal – Orang gila, mabuk dan orang yang sangat bodoh tidak sah menjadi wali.
  4. Lelaki – Orang perempuan tidak sah menjadi wali.
  5. Adil
  6. Merdeka

Perkara pertama dalam soal wali ialah wali mujbir iaitu ayah kandung dan datuk ke atas. Mereka ada kuasa untuk menikahkan anak dara/cucu dara tanpa persetujuan mereka dan ada kuasa untuk bubarkan nikah mereka (dengan perintah mahkamah).

Tapi bagaimana kalau anak menipu isu pernikahan, menggunakan isu wali hakim tetapi masa yang sama ayah masih hidup.

Dikongsi dari akaun Tik Tok @Tokadi Hipster, dirinya berkongsi satu info penting yang harus diketahui oleh anak gadis iaitu tidak boleh sebarangan orang lain mewalikan pernikahan mereka kerana pernikahan boleh difaraqkan.

Jelasnya, ia bermula dari pertanyaan seorang bapa yang menyuruhnya membuat semakan mengenai pendaftaran nikah anaknya.

Bapa ini mahu tahu sama ada anaknya sudah bernikah atau belum? Dan sesuatu yang amat mengejutkan, anaknya sudah bernikah kurang dari sebulan berdasarkan semakan dilakukannya,

Dan bapa ini seterusnya bertanya bagaimana anaknya itu telah bernikah sedangkan dirinya bapa dan wali yang sah.

Berdasarkan semakan tok kadi ini mendapati wanita ini membuat permohonan wali hakim dalam borangnya dengan alasan wali ghaib.

Dan mengejutkan di dapati wali tidak ghaib sebaliknya rumah hanya berselang dua taman dari perumahan diduduki anaknya.

“Anak duduk dengan bekas isteri saya ustaz,”kata bapa ini lagi. Dan katanya anaknya itu menipu dan langsung tidak mencari dirinya.

Dalam pada itu, Tokadi Hipster ini menjelaskan, mengikut hukum pernikahan anak ini tidak sah kerana walinya masih hidup tapi anak memohon menggunakan wali hakim.


“Tuan Sebagai wali mujbir boleh memohon memfaraqkan pernikahan ini di mahkamah. Ini kerana wali mujbir boleh memohon faraqkan pernikahan kerana sekufu.

“Sekufu ada beberapa jenis antaranya agama, akhlak, pekerjaan, keturunan dan kesempurnaan fizikal,”kata Ustaz ini lagi. Dan bapa ini akur dan akan buat permohonan di mahkamah unntuk membubarkan pernikahan anaknya.

Published by
almaswa Haji Che Ros