‘Andai allah takdirkan cacat, suami sanggup jaga.’ Isteri ini sedih, trend terkini tinggalkan pasangan ketika diuji dengan kesusahan, kemewahan atau kesihatan.
Ternyata tak ramai yang memilih untuk setia bila diuji dengan ujian-ujian ini. Ada lelaki yang tinggalkan isteri setelah hidup bertambah kaya dan ada pula isteri tinggalkan suami yang lumpuh kerana menyusahkan.
Entah apa di fikiran mereka hingga sanggup mengabaikan amanah Allah dek kerana pentingkan diri sendiri.
Ikuti perkongsian Zulaikha Bakhtiar dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Ada satu pasangan. Nikah suka sama suka.Takdir Allah suami accident. Disahkan OKU. Kepala jadi teleng. Cakap pun tergagap-gagap. Isteri datang mahkamah tuntut cerai.
Satu pasangan lagi, isteri cikgu manakala suami kontraktor. Hidup senang lenang dan bahagia. Ada dua orang anak. Takdir Allah, si suami tiba-tiba jatuh sakit. Terpaksa berkerusi roda. Tak lama lepas itu, kaki suami pula dipotong. Isteri datang mahkamah tuntut cerai.
Suami Sanggup Jaga
Saya tak mahu cerita ‘kisah disebalik kisah’ kerana saya yakin dan percaya setiap orang ada alasan tersendiri di sebalik setiap keputusan.
Ads
Cuma yang mahu saya kongsikan adalah trend terkini, meninggalkan pasangan ketika menghadapi ujian.Nauzubillahhiminzalik.
Sekadar berkongsi kisah.
Saya pernah diuji dengan ujian kesihatan yang berat. Badan seakan separa lumpuh. Mandi berdukung. Jalan berpapah. Berat turun mendadak.
Isteri Ini Sedih
Siapa orang kuat yang berada di sisi saya selain keluarga? Itu. Lelaki yang duduk disebelah saya.
Cukup tabah dan sabar melayan kerenah, emosi dan tahap meroyan saya yang sangat serius.Tak ada hari yang dia pernah angkat suara, apalagi angkat tangan kepada saya walaupun pada ketika itu dia boleh membuat pilihan sama ada meninggalkan atau kekal setia.
Tapi suami memilih untuk setia. Baginya saya adalah amanah yang perlu dia galas pada saat dia menikahi saya kerana dia sedari awal menerima saya apa adanya, bukan ada apanya.
Ads
Trend Terkini Tinggalkan
Katanya lagi, hatta suatu hari Allah takdirkan saya cacat sekalipun, dia akan jaga saya sampai hujung nyawa. Itu “ikrar” suami sewaktu sihatnya pada saya.
Ikhtiar demi ikhtiar, dengan izin Allah, akhirnya saya pulih sepenuhnya. Beberapa tahun berlalu, Allah takdirkan lelaki ini pula diuji tapi ujian ini perlu ditanggungnya seumur hidup.
Setelah semua pengorbanan dilakukan, adakah saya mempunyai sebab untuk meninggalkan lelaki ini pada saat dia telah menyempurnakan kehidupan saya sebagai seorang isteri tanpa cacat cela pada waktu dia mempunyai daya dan upaya?
Ini peringatan Peguam Syarie buat wanita! ‘Kalau lelaki ajak kahwin di Siam, tinggalkan dia.’ Bayangkan undang-undang syariah pun dia sanggup langgar, apatah lagi perkara lain.
Menikah ini bukan untuk sehari, dua tapi untuk seumur hidup. Malahan berkahwin bukan hanya melibatkan dua jiwa, sebaliknya seluruh keluarga. Jika berkahwin sorok-sorok, bagaimana nanti masa depan rumah tangga.
Bernikah di Siam bukanlah penyelesaian masalah, kerana banyak kesan yang perlu diambil kira. Ikuti perkongsian Peguam Syarie, Fahmi Ramli dan fahami apa yang disampaikan.
Selesai sudah satu ‘Misteri’
Saya bimbang akan ada lebih ramai lagi yang akan rasa ‘This is normal’ bila berkahwin poligami di Siam. Saya tak mahu ulas panjang tentang pernikahan pasangan mempelai penuh drama ini.
Peguam Syarie Buat Wanita!
Cukuplah saya nak pesan kepada semua follower wanita yang dikasihi, kalau seorang lelaki proposed nak kahwin dengan seorang wanita di Siam dan tanpa pengetahuan sesiapa, TINGGALKANLAH lelaki tersebut.
Pertama, kalau dia boleh langgar undang-undang yang ditetapkan oleh Malaysia untuk berpoligami, maka besar kemungkinan banyak restu yang dia tak dapat atau mungkin dia tak layak berpoligami.
Kedua, kalau suatu hari nanti, katakanlah jodoh pendek, dia ceraikan anda, pasti yang akan susah naik turun Mahkamah untuk buat pengesahan tu adalah si isteri.
Kalau Lelaki Ajak Kahwin Di Siam
Ketiga, jika anda melahirkan anak, ketahuilah anak-anak tersebut tidak boleh dibin atau bintikan kepada suami tersebut selagi tidak disahkan di Mahkamah Syariah.
Keempat, kalau dia meninggal sebelum sempat buat pengesahan di Mahkamah, dokumen-dokumen pernikahan pulak hilang, apa pun bahagian faraid atau harta sepencarian anda tak layak tuntut.
Tinggalkan Dia
Kelima, walaupun restu atau izin isteri pertama itu tak perlu bagi seseorang lelaki berpoligami, tapi perlu diingat, bimbang kerana kita mungkin sukar dapat kebahagiaan tanpa restu ibu bapa suami atau bimbang kerana kita menjadi penyebab sebuah rumah tangga itu runtuh.
Wallahualam.
Tahniah buat kedua pengantin. Jangan lupa buat pengesahan di Mahkamah Tinggi Syariah kalau masih belum buat pengesahan.
‘Dapat markah 98 peratus.’ Hafizah 30 juzuk Al-Quran raih markah acca kedua tertinggi dunia. Masyallah hebat sungguh!
Paling mengujakan apabila gadis ini bukanlah berasal daripada ‘budak akaun’ ketika SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), tapi berkat kesungguhannya, dia mampu berjaya.
Seorang penghafaz al-Quran atau ‘hafizah’ ini telah meraih pencapaian cemerlang apabila menduduki tempat kedua peringkat dunia dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) bagi sesi Mac lepas.
Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Dungun, Safwa Zamri, 19, menerima Top ACCA Foundation in Accountancy (FIA) Prize bagi kertas ‘FA1-Rekod Transaksi Kewangan’ dengan memperoleh markah 98 peratus, sekali gus berada pada kedudukan pertama di Malaysia.
Hafizah 30 Juzuk Al-Quran
Menurut Safwa, dia tidak mempunyai asas pengajian perakaunan kerana mengambil aliran sains tulen dan hafazan (agama) ketika belajar di Sekolah Menengah Imtiaz Besut.
“Saya memperoleh keputusan 12 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berjaya hafaz 30 juzuk al-Quran ketika berada di tingkatan dua iaitu selepas dua tahun menghafaz al-Quran.
“Ketika mahu menyambung pelajaran ke UiTM, ibu bapa saya mencadangkan supaya saya pilih jurusan perakaunan kerana sesuai dengan kebolehan saya, selain memang minat matematik,” katanya.
“Empat adik-beradik saya lulusan perubatan dan kejuruteraan, jadi biar ada seorang dalam bidang perakaunan,” kata anak bongsu daripada lima beradik itu ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Pengkalan Kubur, Besut, Terengganu.
Raih Markah ACCA Kedua Tertinggi Dunia
Jelas pelajar tajaan Yayasan Terengganu itu, sedari awal dirinya bertekad memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan ACCA, walaupun baru enam bulan belajar tentang perakaunan.
“Ketika mula belajar akaun, saya sedikit buntu tapi saya atasinya dengan kerap membuat latihan dan ulang kaji hingga akhirnya timbul minat terhadap bidang itu,” katanya.
Safwa, yang merupakan anak kepada pasangan guru, Zamri Mohd Amin, 56, dan Rashidah Ab Rahman, 57, cemerlang sejak sekolah rendah lagi (Sekolah Kebangsaan Tembila) apabila sentiasa memperoleh tempat pertama di dalam kelas.
“Apabila hendak sesuatu benda (pelajaran), dia akan berusaha bersungguh-sungguh dan sanggup berjaga malam seorang diri untuk mengulangkaji pelajaran bagi memastikan beliau dapat menguasai sesuatu subjek,” kata Zamri.
Setiap yang hidup pasti akan mati. Itu janji Allah kepada setiap makhlukNya. Cara bagaimana atau bila hanya Allah yang tahu. Tugas kita sebagai hamba adalah terus memperbanyakkan amalan, amal ibadat, perbuatan yang baik dan selebihnya Allah yang menentukan.
Dalam satu perkongsian di Tik Tok atas nama Sakinah Muhammad, @sakinah4779, wanita cekal ini berkongsi kisah sebak di sebalik pemergian suami tercinta, Zasali Ismail yang dijemput Allah pada 13 Julai lalu akibat kanser usus.
Hanya mampu bertahan setahun setengah saja berjuang melawan kanser ganas di mana dari beratnya 78 kg, tubuh arwah menyusut ke 39 kg dan hanya tinggal tulang. Walau seorang yang kuat semangat namun kanser dialaminya cukup ganas. Berulang alik menerima rawatan ke Institut Kanser Nasional (IKN) demi memastikan dirinya bebas, namun takdir Allah mengatasi segala-galanya.
Selepas mengharungi eddah lebih 40 hari, Sakinah baru mempunyai kekuatan berkongsi video kenangan tujuh hari sebelum suaminya meninggal dunia. Sakinah mengakui hubungan mereka sangat akrab bagaikan belangkas membuatnya dia hampir rebah bila suami tiada di sisi. Namun sebagai hambanya dirinya redha biarpun masih perit. Namun apa yang lebih menyedihkan suaminya siap meninggalkan pesan akhir buatnya ketika mereka di dalam kereta selepas balik dari IKN. Malah arwah bagaikan tahu ajalnya sudah mendekat sebelum menitipkan pesanan akhir ini.
Kata arwah, ajal maut itu di tangan Allah.
“Kullu nafsin zaikatal maut. Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati.
Di saat dirinya menangis, suaminya menyatakan sudah bersedia dengan takdir hidupnya.
“Abang dah bersedia dah. Sambil menambah ajal maut, jodoh, rezeki bukan di tangan kita. Rezeki bukan di tangan kita. Kerja kita, kita buat. Kerja Allah, jangan fikirkan,”katanya yang terus mengucapkan perkataan syukur..syukur.
Apa yang lebih sebak, di saat isteri memaklumkan sudah sedaya upaya melakukan yang terbaik di saat suaminya diuji sakit, arwah suami menambah kata-kata yang cukup meninggalkan kesan dan diharapkan oleh semua isteri iaitu redha seorang suami.
“Segala dosa-dosa Ina, sebesar zarah abang dah ampunkan. Tak ada dendam. Abang dah redhakan semuanya,”katanya yang kedengaran sebak.
Beruntung isteri ini, mendapat redha sang suami kerana itulah diperlukan oleh seorang suami untuk memasuki syurga Allah. Al Fatihah buat arwah Zasali Ismail dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Hukum beri zakat kepada orang yang tidak solat dan pelaku maksiat. Dalam hal ini ada yang beranggapan bahawa zakat hanya wajar diberikan kepada mereka...