
“Andai kakimu tidak pernah membawamu kepada solat, bagaimana mungkin kau harapkan kaki yang sama akan membawamu ke Syurga?”
Apa lagi nikmat yang mahu didustakan? Lengkap anggota fizikal namun masih lagi enggan solat. Nikmat yang diterima terus-terusan tidak digunakan untuk mengingati Allah. Langsung tiada sekelumit perasaan untuk ‘berterima kasih’ kepada Allah ke atas nikmat yang telah diberikan.
KAGUM, SEDIH, HIBA.
Allahuakbar…
Kekurangannya tidak membuatnya surut dalam beribadah menunaikan kewajipan solat 5 waktu.
KAGUM – dia kurang upaya, namun jiwanya bersungguh mencari cinta Tuhannya.
SEDIH – Kita yang kelihatan lebih sempurna dari segi fizikal namun tidak setabah dia dalam mengejar rahmat Allah.
HIBA – Mungkin berkat doa insan-insan seperti dia, kita semua umat islam masih mampu menunaikan solat dan ibadah kepada Allah.
https://www.facebook.com/Ilhamsyah.Irfan/videos/10217186667039356/
Perancangan Allah menginginkan kita mengambil hikmah. Tiada yang sia-sia dalam kehidupan ini dan tiada yang sia-sia dalam tadbir yang Maha Esa.

Hidupkanlah hati kami ya Allah, supaya apa yang berlaku disekeliling kami walaupun sekecil-kecil perkara memperjelaskan lagi kebesaranMu di mata kami.
Kagum dengan semangat insan istimewa ini.
Iman pada TuhanNya telah menguatkan dirinya yang lemah pada pandangan insan.
Moga ianya boleh dijadikan teladan kepada pembaca semua. Aamiin..
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Tak Solat Tapi Puasa Penuh Sampai 30 Hari, Agak-agak Puasa Diterima Atau Tidak

Dari segi ilmu fiqh, ibadah yang dilakukan dengan memenuhi syarat-syarat dan rukun-rukunnya, ibadat itu dikira sah (gugur kewajipan dari pelakunya dan tidak perlu lagi diulangi). Namun ibadat yang sah dari segi fiqh, belum tentu diterima Allah (yakni diberi pahala), kerana di dalam al-Quran dan hadis ada disebutkan faktor-faktor luaran yang menyebabkan amalan ditolak (tidak diberi pahala).
Menurut Imam an-Nawawi; maksud ‘tidak diterima solatnya’ ialah; tidak ada pahala untuknya sekalipun solatnya dikira (iaitu gugur kefardhuan darinya dan tidak perlu lagi dia mengulanginya) (lihat; Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, 14/227, hadis no. 2230/125).
Khusus berkaitan dengan orang yang meninggalkan solat, Nabi SAW bersabda;
مَنْ تَرَكَ صَلاَةَ العَصْرِ فَقَدْ حَبِطَ عَمَلُهُ
“Sesiapa meninggalkan solat asar (dengan sengaja), sesungguhnya rosaklah amalannya” (Soheh al-Bukhari; 553. Dari Buraidah RA).
Menurut ulamak; maksud ‘rosaklah amalannya’; batal pahala amalannya (lihat; Minhatul Bari syarh Soheh al-Bukhari, Syeikh Zakaria al-Ansari, 2/268, hadis no. 553).
Jika meninggalkan satu solat sahaja amalan sudah binasa/rosak, bagaimana dengan meninggalkan kesemua solat. Maka hadis di atas perlu menjadi peringatan kepada orang yang melakukan kebaikan (termasuk puasa) namun enggan solat, kemungkinan besar kebaikan mereka ditolak oleh Allah selama mereka tidak bertaubat (dengan kembali mengerjakan solat).

Apatahlagi puasa diperintahkan Allah dengan tujuan agar orang yang berpuasa bertakwa kepada Allah (lihat; surah al-Baqarah, ayat 183). Tanda ketakwaan yang paling dasar –setelah syahadah- ialah mengerjakan solat lima waktu. Jika kita berpuasa kerana takwa, tidak akan tergamak kita meninggalkan solat kerana kewajipan solat lebih besar dari kewajipan puasa. Di awal surah al-Baqarah, Allah menyebutkan antara ciri orang bertakwa ialah; ‘Orang-orang yang sentiasa mendirikan solat’ (lihat; ayat 3).
Sumber: Ustaz Ahmad Adnan Fadzil
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Kuasa Solat, Banyak Manfaatnya Kepada Wanita Hamil

Ketika bersujud, umat Islam meletakkan kepala mereka ke bumi dan dalam keadaan begini, jantung berada di kedudukan lebih tinggi daripada kepala. Ia memudahkan darah turun ke otak dibantu oleh tekanan graviti.
Peter Russell dalam bukunya, ‘The Brain Book’ berpendapat, “Otak manusia beroperasi tujuh peratus lebih cepat dan empat belas peratus lebih tepat dalam keadaan kepala mereka ke bawah atau inverted.
Merujuk artikel ‘Chronic Pain: Exercise can bring relief’ di laman web mayoclinic.com, pakar-pakar berhujah bahawa senaman secara berterusan adalah penting untuk kesihatan sendi.
Senaman juga mampu mengurangkan sakit dan merangsang pengeluaran hormon endorfin yang berfungsi mengurangkan rasa sakit.
Solat sememangnya bermanfaat kerana ia menggerakkan sendi-sendi badan termasuk tangan dan kaki secara sederhana.
Pada tahun 1967, Professor Dr. Herbert Benson daripada Fakulti Perubatan Harvard membuat kajian ke atas tiga puluh enam orang yang bermeditasi.
Dapatan kajian menunjukkan mereka menggunakan oksigen tujuh belas peratus lebih rendah daripada biasa, jantung mereka berdenyut dengan kadar yang lebih perlahan daripada kelaziman dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelas.
Gelombang theta adalah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada di saat yang amat menenangkan terutamanya ketika hampir terlena.
Kajian yang melibatkan sembilan puluh orang pesakit kanser yang telah melakukan meditasi selama tujuh minggu ini, menemukan para pesakit didapati kurang masalah kesugulan, keresahan dan kemarahan.
Mereka lebih bertenaga, sakit jantung menurun serta masalah pada sistem penghadaman berkurangan. Kajian ini telah diterbitkan dalam majalah Psychosomatic Medicine pada tahun 2000.
Solat serta zikir yang kusyuk boleh diibaratkan seperti bermeditasi yang melebihi meditasi biasa. Maksudnya di sini tampak unsur-unsur meditasi cuma di dalam Islam ia dilakukan sebagai satu ibadah.
Bagaimana pula halnya kaitan manfaat solat pada ibu hamil?
Pakar ‘Fetal Positioning’ & Bidan Profesional mengiktiraf kedudukan Forward Leaning Inversion (FLI) iaitu bersujud adalah bagus diamalkan ibu mengandung. Antara sebabnya:
- Objektif kekerapan FLI setiap hari untuk membebaskan urat tersimpul, ketat dan memaksimumkan kapasiti janin di dalam rahim. Ia turut memberi ruang untuk bayi memasukkan kepalanya dalam rongga saluran pelahiran bila sudah tiba masanya bayi dilahirkan.
- Teknik solusi untuk bayi songsang, lebih efektif dilakukan awal sebelum bayi melebihi tiga puluh enam minggu ke atas. Namun, jangan putus asa, masih ada ruang dan peluang kedudukan janin songsang berubah.
- Kedudukan ini juga telah memperlihatkan kesan dramatik untuk janin berkedudukan melintang dalam rahim berubah.
Jadi, kenapa tidak memperbanyakkan sahaja solat dan sujud lebih lama dengan bacaan sunat dan doa meminta pada Yang Maha Mengetahui?
Posisi rukuk pada sudut sembilan puluh darjah dapat mengurangkan sakit belakang dan boleh digunakan sebagai terapi untuk menurunkan dan memulihkan sakit pinggang. Bukankah ibu-ibu hamil mudah dapat sakit pinggang? Jadi ini antara cara merawat sakit pinggang tersebut.

Pelupa sinonim dengan ibu hamil gara-gara peningkatan hormon progesteron. Menurut beberapa kajian, otak didapati mengeluarkan gelombang alpha yang agak jelas ketika sujud dan jalur frekuensi gelombang gamma selepas solat adalah lebih tinggi berbanding sebelum solat.
Fenomena ini bermaksud penumpuan dan daya ingatan meningkat ke atas mereka yang bersolat dengan penuh kusyuk.
Gementar untuk mengharungi proses bersalin adalah isu lazim bagi mana-mana ibu yang bakal melahirkan. Antara saranan ialah mengaktifkan hormon gembira endorfin bagi menurunkan aras cemas dan gelisah ini.
Telah dinyatakan senaman ringan yang terbit daripada pergerakan kaki dan tangan semasa ibadah solat mampu merembeskan hormon yang membantu ibu menjelang proses melahirkan.
Kekhusyukan dalam solat yang sinonim dengan unsur meditasi telah terbukti mampu memperbaiki emosi yang kurang stabil. Ibu-ibu yang hamil akan melalui fasa emosi tidak menentu dek penangan hormon-hormon yang bekerja keras. Bersolatlah bagi meredakan perasaan yang membelenggu.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Kalau Tak Kejut Anak Bangun Solat Subuh, Ibu Yang Kena Marah

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mendidik anak-anak untuk solat pergi dilakukan sejak anak-anak masih ‘hijau’ lagi. Untuk mengajarkan anak kecil solat memang amanah yang sukar. Apatah lagi untuk solat dengan sempurna. Tetapi semakin sukar sesuatu amanah, semakin besar ganjarannya.
Mendidik anak kecil solat bukanlah satu proses yang sukar, jika kaedah kita betul. Malah mereka akan tertunggu-tunggu untuk solat dengan anda. Berikut perkongsian seorang ibu, Yusliza Abdullah tentang tip dan cara dia mendidik anaknya solat.
Testimoni solat usia 7 tahun dan pukul kalau tak solat usia 10 tahun – Guideline Islam
Saya mengambil masa yang lama untuk decide share cerita ni. Takut timbul riak. Tapi disebabkan saya kekurangan pahala, saya terpksa cari jalan untuk menambahnya. Mudah-mudahan Allah terima sebagai ibadah.
Gambar tu sekitar jam 5.15 pagi. Anak saya paksa saya kejut pukul 5 sebab belum solat Isyak. Dan dia sedang tunggu waktu subuh sambil tido. Kalau terlepas subuh, saya pulak kena marah sebab tak kejut (ada ke patut).
Saya bukanlah alim mana. Dulu-dulu solat pun selalu miss. Tapi saya try ikut panduan ajar solat tu. Sindrom mak-mak, kesian nk kejut anak solat subuh. Alasan cliche: kesian anak bangun pagi…anak lom wajib solat. Sebagai mak yang kejam, saya suruh anak bangun amik wuduk dengan air yang sejuk (tak de water heater-nakk jimat duit karen haha). Masa tu umur 7 tahun.
MULA-MULA MEMANG SUSAH
Awal-awal memang hazab. Sebab lom bole pukul, saya gantikan dengan jeritan tarzan. Berkesan. Tapi biasa la budak-budak. Solat dengan kelajuan cahaya adalah 1 benda yang normal. Saya guna 1 kaedah untuk timbulkan minat untuk solat. Ada dalam album fb bertajuk ‘Melentur buluh’.
Magiknya, selepas 3 tahun diajak solat yang semakin lama semakin improve (daripada kelajuan cahaya kepada kelajuan keretapi bullet Jepun), saya tak perlu pukul pun masa umo 10 tahun. Dia ingat sendiri bila perlu solat. Dan akan kelam kabut dihujung-hujung waktu kalau terleka tengok katun kat tv.

Jadi, sesapa yang ada anak 7-9 tahun, ajaklah solat. Yang dah berumur 10 tahun, paksa lah dan dapat green light untuk pukul. Kalau anak umo 30 tahun? Ntah…saya lom belajar teknik yang sesuai.
Semoga Allah yang berupaya membolak-balikkan hati, akan pelihara hati anak saya supaya istiqamah. Anak saya sorang tu je. Mudah-mudahan dia jadi penyelamat saya di akhirat nanti.
Kepada kawan-kawan, tak payah percaya cakap saya ni. Buat je.
Sumber kredit: FB: Yusliza Abdullah
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI