anne

Sejak usianya masih kecil lagi selebriti ini telah mula berlakon. Bakat yang dimiliki memang tak boleh disangkal.

Tetapi kini Datin Annge Ngasri atau nama sebenarnya Ngasriah Ngasri lebih selesa bekerja di belakang tabir sambil menguruskan keluarga besar.

Melihat pada saiz tubuhnya yang kecil dan lincah bergerak aktif, tidak menyangka wanita ini sebenarnya sudah mempunyai enam orang anak masih kecil dan memerlukan perhatian daripadanya sebagai seorang ibu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anne Ngasri (@annengasri_official) on

Bukan senang untuk menguruskan keluarga besarnya dan dalam masa sama perlu menjalankan tugas sebagai seorang isteri kepada suami tercinta.

Namun bagi Anne Ngasri biarpun sibuk menjaga anak-anaknya, beliau tetap cuba untuk meluangkan masa beribadah kepada Allah SWT. Salah satu yang dilakukan adalah dengan membaca kitab suci Al-Quran.

Menurut Anne Ngasri, memang sudah menjadi rutin hariannya sejak dulu lagi membaca Al-Quran setiap hari.

“Saya bukanlah ustazah atau orang yang sepatutnya untuk memberi ayat-ayat yang hebat (dari Al-Quran) yang baik kepada orang lain. Tetapi saya ingin berkongsi amalan yang sering dilakukan setiap hari dan sudah bertahun-tahun saya buat.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anne Ngasri (@annengasri_official) on

“Setiap hari memang wajib dalam kehidupan saya akan mengaji sekurang-kurangnya dalam empat muka surat. Saya akan bangun lima pagi, akan mengaji sehingga Subuh, kemudian saya akan lakukan solat Dhuha.

“Dan inilah amalan yang dilakukan dari dulu hingga kini tanpa lelah dan jemu, kecuali jika ada hari yang tidak dibenarkan (uzur),” ujarnyanya yang sentiasa mengamalkan sikap positif dalam hidupnya.

Beliau yang berkahwin dalam usia muda seawal 21 tahun dan dikurniakan dengan enam cahayamata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anne Ngasri (@annengasri_official) on

IKLAN

Ketika ditanya soal menjaga anak ramai dalam usia yang masih mudah, akui Anne Ngasri ia bukan sesuatu yang mudah tetapi menyeronokkan.

“Jujurnya cukup mencabar menjaga anak ramai sendiri. Memandangkan usia berbeza dan sekolah berbeza. Dengan anak kecil, mana nak kemas rumah, memasak dan sebagainya.

“Tetapi alhamdullah cabaran itu membuatkan saya sangat seronok dan masa yang penuh itu tak membuatkan saya sempat memikirkan benda negatif.

“Mudah-mudahan Allah sentiasa positifkan diri saya, kerana hari-hari terpaksa uruskan anak-anak. Jadi bila nak buat sesuatu yang negatif saya akan fikirkan anak-anak,” jelasnya dalam satu majlis pelancaran produk penjagaan diri bayi, Mek Kembang Baby.

IKLAN
Anggap Anak Ramai Kurniaan Terindah, Anne Ngasri Amalkan Mengaji Setiap Hari Sebagai Sumber Kekuatan
Anne Ngasri bersama Founder & Pemilik Butik Mek Kembang Cotton, Puan Alia Najihah Alias.

Beliau turut menganggap mempunyai anak ramai itu satu kurniaan dan ini cukup istimewa yang Allah berikan pada kita.

Jadi kita patut hargai dan tidak akan rasa beban apabila sudah bersedia dari awal. Dari awal mengandung kita sudah bersedia untuk menerima tanggung jawab.

“Kehidupan saya mencabar kerana anak masih kecil dan masa cukup terhad. Saya uruskan anak-anak sendiri kerana tak punya pembantu rumah, saya uruskan semua nya sendiri, hantar dan ambil anak sekolah. Yang sulung tingkatan tiga, kedua tingkatan dua, ada juga yang bakal duduki UPSR tahun ini, ada darjah 4, darjah 1 dan juga yang bongsu setahun sebulan.

“Saya rasa seronok sangat. Sebab itu saya tiada untuk kawan-kawan kerana sibuk dengan keluarga. Tetapi saya ada me time dengan bercuti dengan kawan-kawan seperti 2 hari satu malam. Tetapi sejak kecil lagi saya sudah bekerja sedari umur 4 tahun lagi.

“Jadi tak banyak masa dengan orang lain, sebaliknya banyak masa dengan keluarga. Setiap minggu sekurang-kurangnya satu hari akan keluar minum bersama.

“Kawan baik saya adalah Darling itulah BFF saya. Saya okey je dan sekurang-kurangnya kawan atau kakak saya itu adalah the best,” ujar Anne lagi yang teruja dapat hadir bersama-sama rakan selebriti lain di majlis pelancaran berkenaan.

Anggap Anak Ramai Kurniaan Terindah, Anne Ngasri Amalkan Mengaji Setiap Hari Sebagai Sumber Kekuatan
Keluarkan set produk penjagaan bayi yang menarik.

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI