Isu upacara perkahwinan agak luar biasa melibatkan Illi Najwa Anuar atau dipanggil Navpreet Kaur masih mendapat pandangan banyak pihak termasuklah dari Sultan Johor, Sultan Ibrahim, Menteri Agama, Dato Dr Zulkifli Al Bakri dan termasuk Prof Dr Ridhuan Mohd Tee Abdullah yang menulis dari sudut pandangannya sebagai muallaf.
Mungkin ini sekadar pandangannya namun ia harus dipandang oleh ramai anak gadis yang mungkin akan menurut kata hati jika menjalin hubungan cinta dengan lelaki berlainan bangsa. KASHOORGA siarkan pandangannya yang harus difikirkan oleh banyak pihak.
Antara Illi Najwa Anuar dan Navpreet Kaur?
Indah sungguh namamu diberikan ibu bapa, kenapa terima panggilan Navpreet Kaur PANTUN Melayu ada berbunyi Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih saya lurutkan, Buang emak buang saudara, (buang emak buang agama) Kerana kasih saya turutkan.
Hebat orang Melayu dahulu berseloka. Melangkaui zaman. Ternyata sudah menjadi realiti. Ini yang diketahui, yang tidak diketahui, bagaimanalah keadaannya. Buang emak buang agama, kerana kasih, saya turutkan.
Masih terbayang kisah Aishah Bukhari dan Lina Joey.
Sebagai mualaf, terpanggil saya. Izinkan saya untuk berbicara. Tidak usahlah berdolak-dalih lagi. Jika sudah sebegitulah upacara perkahwinannya. Lupakanlah buat sementara bahawa beliau masih lagi beragama Islam. Masih Islam atau tidak, tidak perlu tunggu permohonan untuk murtad. Melihat kepada tingkah laku, sudah dapat diketahui, sama ada sudah murtad mahu pun belum. Jika pasangan tersebut masih berada di Malaysia, mungkin senang untuk diuruskan, tetapi jika sudah terlepas ke Punjab, gigit jarilah jawabnya.
Apa nak jadi dengan umat Islam hari ini. Semakin hari, semakin hilang pedoman dan identiti dirinya.
Ads
Jika di hospital, wad bersalin, boleh dikatakan, saban hari, ada sahaja anak luar nikah dilahirkan.
Di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak diketahui, sejauh mana serius, ada atau tidak kekerapan permohonan untuk keluar Islam. Cuma berdasar kes di mahkamah, memang ada. Ini belum lagi pendedahan, anak-anak perempuan India Muslim bercinta dengan anak-anak lelaki Hindu. Terselamatkah akidah kita? Kepada ultra kiasu, perkara ini tidak ada apa-apa, atas dasar hak asasi manusia. Inilah pun yang mereka perjuangkan selama ini. Dah tentu mereka gembira. Precedent demi precedent bagi memudahkan tugas mereka.
Kepada kita bagaimana? Maruah kita? Perlembagaan kita?
Tak usahlah terlalu defensif dalam perkara ini. Sedarlah, ini semua kelemahan kita. Kelemahan penguatkuasaan undang-undang, kelemahan sistem pendidikan keluarga, kelemahan media yang sentiasa mensensasikan cerita-cerita cinta seperti pantun di atas dan sebagainya.
Kalau dah sampai tunduk kepada berhala, tukar nama, nak bersangka baik lagi bagaimana? Katakanlah keluarga lelaki sudah biasa panggil dengan panggilan Navpreet Kaur, kenapa biarkan. Katakan dengan tegas, nama saya Illi Najwa Anuar. Panggil Illi atau Najwa, kenapa mesti dibiarkan, dipanggil Navpreet Kaur. Kaur dan Singh, itulah identiti agama Sikh.
Ads
Islam memang agama hikmah (wisdom) tetapi bukan 'berhikmah' selamanya. Perlu ada penegasan terutama hal-hal berkaitan, akidah, nikah kawin cerai dan sebagainya. Ia tidak boleh dilakonkan atau olok-olok.
Dalam keadaan itu, kita diminta bertegas.
Sama seperti kedudukan kami sebagai mualaf, tidak ada masalah untuk berbaik dengan ibu bapa, adik beradik dan saudara mara yang belum Islam, setelah memeluk Islam. Malah, dituntut bertambah baik, eratkan hubungan sebaik mungkin.
Tetapi jika mereka paksa kita menyembah berhala, maka penegasan ketika itu amat perlu, kecualilah antara hidup dan mati. Rasanya kita belum berada dalam situasi antara Mashitah (bersama anak) dan Firaun, memilih untuk menyembah Allah atau menyembah Firaun.
Ads
Ketika itu, boleh dibenarkan pilih, bertegas, terjun ke dalam kawah panas atau menyamar ikut Firaun. Mashitah bersama anaknya memilih penegasan daripada menyamar menyembah Firaun, walaupun menyamar itu tidak salah, kerana darurat.
Isunya adakah kita berada dalam situasi antara hidup dan mati? Sudah tentu tidak. Saudaraku, Islam bukan agama main-main? Kemuliaan dan kehebatan Islam kerana penegasan. Apabila perkara berhubung dengan akidah, kita mesti bertegas, tidak boleh tidak. Bukan perkara main-main.
Pemimpin negara perlu bertegas, seperti mana kita bertegas mempertahankan Zakir Naik. Bawa balik Illi Najwa. Buat penegasan, sama ada dia Illi Najwa atau Navpreet Kaur.
Begitu juga dengan suaminya, Manpreet Singh. Dilaporkan telah memeluk agama Islam. Tidak diketahui sama ada namanya sama Manpreet Singh atau ada sedikit tambahan (ubah) dengan identiti nama-nama Arab. Tetapi itu bukanlah suatu yang penting. Ada apa dengan nama. Nama Ridhuan pun, kalau perangai macam mangkok hayun tak guna juga. Justeru, penjelasan dan pengakuan itu yang lebih penting. Jika Manpreet Singh yakin dengan Islam. Maka selamatlah Illi Najwa. Jika sekiranya Manpreet bertindak sebaliknya. Maka hilanglah Illi Najwa, yang ada hanya Navpreet Kaur.
Pilihan seterusnya, jika Illi Najwa bertegas bahawa dia bukan Navpreet Kaur, dia boleh bertegas untuk meninggalkan Manpreet Singh, sebelum keadaan jadi lebih rumit, apabila melahirkan anak nanti. Islamkah anaknya atau sebaliknya?
Persoalannya, mampukan beliau melakukan sedemikian? Mampukah beliau ubah pantun Melayu, demi emak, demi saudara, kerana Islam aku turutkan? Sama-sama kita mendoakan.
Seperti bulan-bulan lain, Ogos juga merupakan bulan yang cukup istimewa. Malah bulan Ogos juga cukup sinonim dengan bulan kemerdekaan dan memberi maksud tersendiri.
Bagaimana pula dengan insan yang lahir di bulan Ogos atau bulan lapan ini. Hasil kajian ini adalah mengikut kajian kajian dari Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah selama 25 tahun tentang sikap dan perwatakan seseorang mengikut bulan kelahiran mereka.
Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan sahaja. Jangan ambil perkara ini terlalu serius.
Insan yang lahir di bulan Ogos ini disifatkan sebagai seorang yang suka melawak dan membuatkan orang lain mudah tertawan dengan sikap mereka.
Mereka juga dikategorikan sebagai orang yang mempunyai sikap santung dan begitu ambil berat soal orang lain.
Individu lahir bulan Ogos juga seorang yang berani, tidak tahu takut dan sangat tegas serta mempunyai ciri-ciri pemimpin.
Namun begitu, mereka juga begitu pandai memujuk orang lain, bersikap pemurah tetapi dalam masa sama mempunyai ego yang tinggi.
Paling istimewa mereka mempunyai semangat juang luar biasa, mempunyai daya pemikiran tajam dan teliti serta mempunyai pemikiran yang teliti, berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat.
Insan kelahiran Ogos juga sangat romantik, pengasih dan penyayang dan paling suka mencari kawan.
Antara selebriti yang lahir di bulan ini adalah Awal Ashari, Shila Amzah, Faezah Elai, Mawi dan juga Stacy.
Shila Amzah antara selebriti yang lahir bulan Ogos.
Jadi bagi yang masih belum bertemu jodoh, boleh pertimbangkan untuk mencari mereka yang lahir di bulan Ogos kerana mempunyai ciri-ciri suami idaman.
Walau bagaimanapun solal jodoh ini adalah urusan Allah dan kita hanya mampu merancang Tuhan juga menentukan.
Gambar sekadar hiasan
OGOS # suka berlawak # mudah tertawan kepadanya # sopan santun dan caring terhadap org lain # berani dan tidak tahu takut # orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan # pandai pujuk org lain # terlalu pemurah & bersikap ego # nilai harga diri yg sangat tinggi # dahagakan pujian # semangat juang yg luar biasa # cepat marah & mudah mengamuk # mudah marah apabila cakapnya dilawan # sangat cemburu # daya pemerhatian yg tajam & teliti # cepat berfikir # fikiran yg berdikari # suka memimpin & dipimpin # sifat suka berangan # berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat # sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk # cepat apabila ditimpa penyakit # belajar utk relax # sikap kelam kabut # romantik ,pengasih,penyayang # suka mencari kawan
Dalam keadaan negara di landa jerebu kita juga turut berdepan dengan masalah cuaca kering. Ini adalah disebabkan hujan yang tidak turun dan menyebakab masalah jerebu menjadi semakin serius.
Dalam menangani masalah ini, sebagai hamba-Nya kita boleh memohon pertolongan padanya. Berdoa agar diturunkan hujan bagi mengelakkan masalah jerebu daripada berlarutan.
Dalam hal ini kita juga dituntut menyempurnakan solat sunat Istisqa iaitu solat untuk meminta diturunkan hujan.
Solat merupakan doa dan ibadat yang paling penting bagi seorang hamba. Melalui
solat ia dapat berhubung secara langsung dan paling hampir dengan Allah SWT.
Bagi sesebuah daerah atau negeri yang menghadapi masalah keputusan air kerana
kemarau, sedang manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan sangat memerlukannya,
ia dituntut untuk menunaikan solat istisqa’ iaitu solat meminta hujan, agar
diturunkan hujan.
Hukumnya sunat muakkad ke atas orang yang mukim, musafir, merdeka, hamba, yang sudah baligh dan belum baligh, lelaki serta perempuan.
Cara Melaksanakan Solat Istisqa’
1. Boleh dilakukan secara sendirian.
2. Lebih afdhal jika dilakukan secara berjamaah.
3. Solat sunat ini dilakukan bagi tujuan meminta hujan. Jika tidak
berkehendakan hujan maka hukumnya tidak harus dan tidak sah.
Persediaan Bagi Melaksanakan Solat Istisqa’
Perlu menginsafi bahawa manusia tidak mempunyai upaya untuk menentukan
sesuatu, kecuali dengan kehendak Allah SWT. Oleh itu sebelum solat atau
bermunajat kepada Allah SWT perlu membuat persediaan berikut, antaranya:
1. Seluruh penduduk diminta meninggalkan maksiat dan bertaubat kepada
Allah SWT.
2. Seluruh penduduk dengan pakaian yang biasa atau sederhana diminta turut
sama keluar beramai-ramai ke masjid atau tanah lapang bagi menunaikan
solat secara berjamaah.
Kredit Foto: Bernama
Kaifiat Solat Istisqa’
Dilakukan dua rakaat sama seperti solat fardhu atau solat sunat yang lain.
untuk memulakan solat. الجامعة الصالة 2. Disunatkan melaungkan
Lafaz niat solat istisqa’: أصلى سنة االستسقاء ركعتين اماما )مأموما( هلل تعالى .
Seperti solat hari raya, selepas membaca doa iftitah bertakbir sebanyak tujuh
kali dengan diselangi bacaan tasbih bagi rekaat pertama dan lima kali takbir
yang juga diselangi denga tasbih bagi rekaat kedua.
اهلل أكبر , سبحان اهلل والحمد هلل وال اله اال اهلل واهلل أكبر , وال حول وال قوة اال بااهلل العلي العظيم .
Imam sunat menyaringkan suara ketika membaca fatihah dan surah.
Selepas fatihah, membaca surah al-A’la bagi rakaat pertama dan surah alGhasyiah bagi rakaat kedua. 7.
Selepas salam dan selesai solat, imam atau khatib disunatkan berkhutbah
(membaca dua khutbah).
‘Niat pewakaf derma untuk bina masjid, NGO wajib salur wang ikut akad.’ Haram agih saluran kebajikan lain. Melainkan memang sedari awal jelas akad sedekah atau derma tersebut.
Ramai antara kita pemurah dan suka menderma, namun begitu sebelum memberi sedekah kita perlu jelas dengan ‘akadnya’ kerana haram kalau niat sedekah untuk bina masjid akhirnya disedekah untuk membuat perigi.
Begitulah juga sebaliknya. Ikuti perkongsian Dr Syed Shahridzan Ben-Aqil dan hadam baik-baik penjelasannya.
Iklan Jelas, Tetapi Akad Tidak Jelas
Saya terima pertanyaan seorang rakan tentang hasrat beliau untuk menderma wang sebagai wakaf pembinaan masjid di salah sebuah negara di Afrika. Iklan secara jelas menunjukkan wang yang didermakan untuk pembinaan masjid.
Namun bila merujuk borang yang disediakan, iaitu pada bahagian pengesahan dan akuan penderma lebih bersifat umum tanpa dispesifikkan pada pembinaan masjid.
Apa yang merisaukan beliau duit wakaf yang beliau salurkan tidak sampai kepada pembinaan masjid kerana berdasarkan akuan penderma membenarkan wang derma itu disalurkan di mana-mana saluran kebajikan selain pembinaan masjid.
NGO Wajib Salur Wang Ikut Akad
Soalannya adakah ini menyalahi hukum syarak?
Jawapan saya, segala pengkhususan wang wakaf atau sedekah di saluran tertentu seperti mana yang diniatkan oleh pewakaf/penderma, maka pihak wakil, iaitu NGO yang bertanggungjawab WAJIB menyalurkan pengkhususan derma/wakaf itu berdasarkan niat si pewakaf/penderma.
Sebagai contoh niat pewakaf menderma untuk pembinaan masjid, maka wakil WAJIB salur wang derma itu pada pembinaan masjid dan HARAM diagihkan pada saluran kebajikan yang lain. Niat pewakaf itu dinilai melalui akad si pewakaf/penderma.
HARAM Agih
Merujuk kepada lafaz pengesahan dan akuan yang disediakan di dalam borang, kalau ikut hukum pihak NGO berhak menyalurkan derma itu di mana-mana saluran kebajikan di Afrika.
Ini kerana lafaz akuan tersebut seolah pihak penderma bersetuju agar wang itu tidak semestinya disalurkan pada pembinaan masjid, iaitu ia boleh disalurkan selain daripada itu.
Beliau bertanya lagi, adakah ini dikira sebagai helah pihak NGO? Saya tidak sifatkan ia sebagai helah yang negatif. Apa boleh disangka baik, mengapa akuan/akad penderma itu tidak dispesifikkan pada pembinaan masjid?
Saluran Kebajikan Lain
Berkemungkinan nanti wang kutipan pembinaan masjid telah mencukupi dan melebihi daripada keperluan, maka wang lebihan itu boleh diagihkan pada saluran-saluran kebajikan yang lain. Namun tidak dinafikan bagi saya ia agak mengelirukan penderma.
Akhirnya beliau mengambil keputusan tidak menderma melalui portal NGO ini kerana bimbang niatnya untuk wakaf masjid tidak ditunai. Beliau akan mencari mana-mana NGO yang benar-benar jelas akadnya untuk wakaf masjid.
Solat jenazah ibu bapa, anak lebih afdal jadi imam...Hati mana yang tak tersentuh bila mana melihat anak yang kematian ibu bapa mengambil tanggungjawab menyempurnakan...