Kalimah Bismillah atau disebut juga Basmallah sudah tidak asing bagi kita.
"BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" bermaksud “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Malah ayat Bismillah juga menjadi permulaan ayat bagi surah Al-Fatihah, ibu segala doa juga penawar segala masalah.
Malah untuk makan, minum, melangkah, memulai pekerjaan dan apa jua niat, kita digalakkan mengucapkan perkataan Bismillah ini terlebih dahulu untuk memperoleh keberkatan dalam apa juga kita lakukan.
Ads
Bismillah memiliki banyak keutamaan dan keagungan. Apa ada pada kalimah Bismillah ini? Ada empat “rezeki besar” menanti jika kita mengucapkannya.
1) Keampunan :- Dalam Kitab Qurrotul ‘Uyun karya Syekh Muhammad At-Tihamiy, Sayyidina Anas radhiyallahu ‘anhu berkata:-
“Demi Allah yang Maha Agung, maka sungguh Sayyidina Abu Bakar telah menceritakan kepadaku dan beliau berkata:-
“Demi Allah yang Maha Agung maka sungguh Nabi Muhammad SAW yang terpilih telah menceritakan kepadaku dan Baginda telah berkata:-
“Demi Allah Yang Maha Agung maka sungguh Israfil telah menceritakan kepadaku bahawa Allah Ta’ala berfirman:-
“Demi keagungan-Ku, kedermawanan-Ku dan kemuliaan-ku, siapa saja yang membaca ‘Bismillahir-Rohmanir-Rohiim’ yang dihubungkan dengan pembuka Al-Fatihah sebanyak satu kali, maka saksikanlah oleh kalian bahawasanya Aku telah memberi ampunan kepadanya dan Aku menerima amal kebaikannya dan Aku hapuskan semua kesalahannya. Dan Aku tidak akan membakar lidahnya di dalam api neraka dan Aku lindungi ia dari seksa kubur, seksa neraka dan seksa Hari Kiamat. Dan ia akan menemui-Ku sebelum para Nabi dan para wali seluruhnya.”
2) Mendapat keberkatan hidup :- Ulama Yaman Al-Habib Athos Bin Hafizh pernah memberi nasihat:
“Apabila engkau mahu mengerjakan sesuatu yang baik, maka bacalah بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. Mahu duduk, bacalah بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. Mahu berdiri, bacalah بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. Mahu menyentuh suatu benda yang baik dan bagus, bacalah بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. Mahu menaiki kereta, bacalah بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. Mahu memakai pakaian, bacalah بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. Dan semua yang berhubungan dengan kebaikan, maka bacalah بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ.
Ads
Fadhilatnya, Insya Allah apa pun pekerjaan baik yang di dahului dengan membaca Bismillahir-Rohmanir-Rohiim maka kehidupan individu yang membacanya akan mendapat keberkatan dan Malaikat membentangkan sayapnya. Malaikat akan ampun kepada Allah untuk kita dan perbuatan ini dicatat oleh Malaikat sebagai 400 kebaikan. Setiap satu kali perbuatan baik yang didahului oleh بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ akan dicatat dengan 400 kebaikan.”
3) Dihapuskan seluruh dosa:- Syekh Muhammad Mutawalli Asy-Sya’rawi berkata:-
“Jikalau engkau terbiasa mengucapkan kalimat bismillah setiap kali mahu melakukan sesuatu pekerjaan, maka nanti pada hari Kiamat di saat engkau menerima amalan perbuatan selama engkau lakukan di dunia ini, maka engkau akan memulai membacanya dengan kalimat bismillah sebagaimana kebiasaanmu di dunia.
Kemudian tanpa engkau sedari, seluruh dosamu telah dihapuskan, maka engkau pun hairan dengan apa yang telah terjadi (pada hal engkau telah banyak berbuat kemaksiatan ketika di dunia).
Ads
“Wahai hamba-Ku, sesungguhnya engkau telah memanggilku dengan Rahman dan Rahim (Maha Pengasih dan Maha Penyayang) maka aku hapuskan seluruh dosa-dosamu kerana sifatku yang Maha pengasih.”
4) Dimasukkan dalam golongan As-Saddiqin :- Selanjutnya, Syekh Muhammad Mutawalli Asy-Sya’rawi berkata, seketika itu terdengarlah seruan:
“Barang siapa memungut kertas yang bertuliskan ‘Bismillaahirrohmaanirrohiim’ dari lantai, dengan niat agar kalimat itu tidak tercemari oleh kotoran, tidak terpijjak dan dilakukan kerana mengagungkan Allah, maka Allah akan memasukkannya ke dalam golongan as- Saddiqin (para Waliallah yang selalu membenarkan Ajaran Allah) di sisi-Nya, dan kedua orang tuanya diampuni.”. Sumber : Islam Pos
Nah! Mulai hari ini jangan lupa mengucapkan perkataaan Bismillahir-Rohmanir-Rohiim dalam apa jua kita lakukan. Memang terasa rugi kerana tidak melakukannya sebelum ini tapi tiada istilah yang terlambat dalam kamus hidup kita. Moga kita semua memasuki syurga Allah di hari akhirat kelak. Ya, inilah rezeki besar kita kerana hal ini mungkin kita tidak memilikinya di dunia tapi pasti di akhirat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setiap insan yang dilahirkan ke dunia ini ada yang sempurna dan tidak. Namun insan yang dilahirkan kurang sempurna itu tidak pernah menganggap kekurangan itu sebagai alasan untuk berdikari menguruskan diri sendiri.
Seperti perkongsian Pn. Norfarrah Syahirah Shaari yang memberitahu bagaimana dia juga mampu memandu kereta seperti insan normal lain.
Pn Norfarrah Syahirah
Menurutnya ketika diundang menjadi tetamu bagi pengisian Slot Inspirasi Program Pasca PT3 2019 anjuran Panitia ASk sekolah SMK TIWA, dia membeli kereta menggunakan duit hasil titik peluh sendiri sepanjang bekerja.
“Sebelum itu ada bertanya seorang kawan mengenainya dan satu hari saya kemudiannya dibukakan pintu hati untuk mula beli kereta.
“Saya kemudiannya ubah suai menjadi kenderaan sesuai untuk orang OKU dan belajar naik kereta. Dua minggu je saya belajar menaiki kereta menggunakan kaki.
“Perasaan takut itu memang ada maklumlah apabila berada di atas jalan raya, macam-macam risiko boleh berlaku.
“Tapi saya kuatkan semangat kalau saya tak buat memang saya tak mampu akan lakukannya seperti orang normal lakukan,” katanya yang juga turut menunjukkan caranya untuk bermekap, memakai tudung, menulis, minum melipat kain di majlis berkenaan.
Pn Norfarrah Syahirah Shaari yang merupakan Ikon Inspirasi GPMS Daerah Bagan Datoh dan video bagaimana dia menunjukkan cara-cara memakai tudung menggunakan kedua-dua belah kaki kerana tidak mempunyai tangan telah jadi viral di media sosial.
Video yang mencetuskan viral ini telah diambil daripada laman facebook Tcher Collection TC yang dimuat naik Oleh Noraznira Ismail yang berkongsi mengenai aktiviti Pengisian Slot Inspirasi Program Pasca PT3 2019 anjuran Panitia ASk sekolah SMK TIWA.
Syahirah adalah merupakan Ikon Inspirasi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang bertugas sebagai salah seorang staf di Kolej Komuniti Teluk Intan Perak.
Biarpun kekurangan fizikal, tidak mempunyai kedua-dua belah tangan, namun langsung tidak menghalang dia mempunyai kerjaya yang bagus serta turut boleh memandu kenderaan tanpa pertolongan sesiapa.
Jadi tidak hairanlan pihak sekolah SMK Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah telah menjemputnya untuk menyampaikan perkongsian kisah hidup yang menarik buat pelajar-pelajar pasca PT3 ini.
Malah perkongsian ini dapat dijadikan motivasi kepada pelajar supaya tidak mudah putus asa dalam menjalani kehidupan sebenar di masa akan datang.
Rata-rata netizen yang turut melihat perkongsian video ini memberi komen positif. Mereka kagum dengan semangat ditunjukkan wanita ini dan merasakan diri sangat kerdil di sisi Allah.
Nurzafahalila KamisSubhanallah…..kagum sgt…..terasa kerdil sgt kita yg sempurna ni……
MasAyu MamatAllahurabbi… Hebatnya ciptaanmu ya Allah
Lina WanSubhanallah…..kagum sgt…..terasa kerdil sgt kita yg sempurna ni……jd bsyukur lh.. Tiada yg mustahil.. InshAllah..
Nor Suhana HanaSubhanallah…tiada alasan untuk kita manusia yg Allah ciptakan cukup sifat utk bermalas-malasan dan tidak berusaha…semoga dipermudahkan urusannya Ya Allah.
Siti Khairunnisa ZakariaSubhanallah.. Masha allah… menitis air mata melihat kecekalan hati beliau. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Salah satunya adalah dengan melakukan sedekah Subuh. Apakah yang dimaksudkan dengn sedekah Subuh dan kenapa dipanggil begitu.
Perkongsian dari Ahliya Fariza ini menerangkan apa yang dimaksudkan dengan sedekah Subuh dengan nilai RM1 saja.
SEDEKAH SUBUH
Kenapa sedekah subuh? Bukan bererti tidak boleh bersedekah di Waktu lain. Semua sedekah boleh, di setiap waktu dan di setiap saat. Setiap hari, sama ada hari Jumaat atau bukan hari Jumaat.
Tetapi sedekah subuh itu termasuk dalam sedekah terbaik. Kenapa? Kata Rasullah, setiap subuh Allah turunkan Malaikat mendoakan orang yang bersedekah subuh.
Amalkan sedekah Subuh.
Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda “Ya Allah, gantikan yang lebih baik bagi orang-orang yang infaq di subuh hari”
Sedangkan satu lagi riwayat Bukhary “Ya Allah, berikan kerosakkan bagi orang yang menahan hartanya”
Sediakan satu tabung dirumah. Setiap habis solat subuh, isikan sedekah di dalam tabung dan berdoalah. Niatlah di dalam hati dengan terperinci untuk dunia dan akhirat.
“Ya Allah, dgn berkah sedekah ini mudahkan lah pekerjaan saya”
“Ya Allah, dgn sedekah ini aku mohon sampaikan pahalanya utk kedua orang tuaku”
“Ya Allah, dgn berkah sedekah ini tenangkan hati dan jiwa aku supaya tidak emosi lagi”, contoh2nya..
Waktu mustajab selepas solat subuh dan sebelum waktu syuruk. Maka segerakanlah, jangan terlepas waktu syuruk itu.
Rutinkan setiap hari, sehingga 30 – 40 hari. Sesudah sampai masanya, agihkan sedekah2 itu kpd anak yatim/surau masjid atau mana mana amalan terbaik.
Isu perkahwinan melibatkan Illi Najwa Saddique dan ketua pasukan hoki India, Manpreet Singh Pawar terus mendapat perhatian. Jika sebelum ini Sultan Johor, Sultan Ibrahim meminta majlis agama menyiasat secara menyeluruh selain meminta umat Islam tidak membuat spekulasi memandangkan Illi Najwa masih berada di India.
Terkini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meminta semua pihak agar tidak mempolitikkan isu-isu sensitif berkaitan agama kerana ia tindakan tidak matang dan langsung tidak menguntungkan agama.
Masa yang sama, Menteri ini turut menasihat umat Islam agar mengelak perkara syubahah seperti sangkaan yang tidak baik kepada orang ramai, maka sewajarnya dielakkan. "Dalam hal ini, wanita berkenaan serta ahli keluarganya jauh lebih mengetahui situasi sebenar apa yang berlaku, termasuk status agamanya dan pasangannya.
"Di Malaysia, seseorang yang ingin masuk Islam hendaklah mengucap dua kalimah syahadah dan mendaftarkan pengislaman itu hadapan Pendaftar Mualaf atau mana-mana pegawai yang menguruskan pengislaman saudara baharu.
"Saya dimaklumkan, hal ini sedang dalam siasatan pihak berkuasa agama Johor," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan individu berbangsa Melayu adalah beragama Islam.
"Oleh itu, tidak semudah-mudahnya menghukum seseorang yang berbangsa Melayu itu berdasarkan khabar yang belum dipastikan kesahihannya.
"Bagi perkahwinan Muslim yang dibuat di luar negara, permohonan itu perlu dikemukakan kepada Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsul Malaysia di negara itu dan didaftarkan selepas pulang ke Malaysia.
"Adapun perkahwinan silang agama tidak dibenarkan dalam perundangan Malaysia," katanya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...